ENOT KURUS KERANA L...
Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Enot atau nama penuhnya, Aliza Abdullah, 39, selepas berjaya menurunkan berat badan. Perubahan drastik itu mengundang cakap cakap belakang hingga ada yang menuduhnya sakit kerana penyakit kanser usus yang dialami sebelum ini. Hal itu dinafikan pelawak comel itu. Bagaimanapun ibu tunggal anak dua itu sebenarnya kurus bersebab kerana 'L'. 'L' atau lebih dikenali dengan Lemonex diamalkan Enot sejak Ogos tahun lalu. Beratnya yang dulu 129 kilogram kini menjadi 89 kilogram. Bermula sebagai pengguna, dia juga kini dilantik sebagai duta selain stokis.
“Sepanjang tiada tawaran berlakon, Alhamdulillah rezeki saya murah dengan menjual produk itu. Sejak turun berat badan ini, saya lebih senang nak solat. Nak pakai kasut platform pun sudah boleh sedangkan dulu pakai kasut but. Kaki saya pun tak lenguh dan bermasalah lagi.
“Keyakinan diri saya pun jadi tinggi kini. Nak jadi hos pun saya sudah berani sekarang. Kalau dulu punya gementar dan takut nak cakap depan orang. Saya pun jaga pemakanan saya. Selepas pukul 7 malam, saya cuba elak makanan berat. Sejak mula makan, saya berjaya turunkan 4 kilogram selepas tiga minggu. Lebih afdal ia dimakan sebelum kita menggosok gigi dan perut kosong. “Saya pun ada buat bisnes kecil-kecilan menjadi perancang kejutan hari lahir dan menjual sambal bilis petai hijau serta biskut,” katanya yang baru-baru ini terbabit buat pertama kali teater seminar pertama di Malaysia, #YouCanDuit yang dipentaskan di Istana Budaya 21 Januari lalu.. Sementara itu, Pengarah Pemasaran Bot Industries International Sdn Bhd, Zaki Yamani juga optimis menggunakan khidmat Enot sebagai duta.
“Memang banyak produk kurus di luar sana. Tapi ada yang tak tahan lama. Malah kami juga realistik menggunakan model atau duta yang comel yang berjaya mengurangkan berat badan. Kami tak menggunakan model atau duta yang sedia kurus. Kami lihat itu melawan arus pasaran semasa
“Kami yakin dengan produk ini kerana banyak testimoni yang berpuas hati dengan kesan penggunaan Lemonex termasuklah Enot sendiri,” kata Zaki.
Belum setahun di pasaran, produk ini sebenarnya sudah berjaya dijual lebih 300,000 botol. Kita sasarkan 500,000 botol untuk jual pada Mei ini menandakan setahun ia berada di pasaran.
Testimoni dari salah seorang pengguna Lemonex | Sumber: Instagram @enot_78
“Ia dibuat dari limau gedang (grapefruit). Ditambah dengan limau Citrus sebagai perisa melengkapkan lagi rasanya. Limau gedang ini pun terbukti untuk menguruskan badan, membuang toksid, mengempiskan perut. Ia juga sesuai untuk kulit kerana tinggi dengan vitamin C. Mereka yang ada masalah kulit pun berjaya mengurangkannya dengan meminum Lemonex. “Ia juga menggunakan gula Nano. Jadi yang mempunyai penyakit kencing manis pun boleh meminumnya. Produk ini sesuai untuk lelaki dari 12 tahun ke atas manakala untuk wanita pula sesuai dari 16 tahun ke atas. Bagi ibu yang menyusu, digalakkan meminumnya selepas anak berusia enam bulan ke atas. “Ia dijual dengan harga RM179 sebotol. Kini promosi dengan harga RM139 untuk Semenanjung Malaysia dan RM149 (Sabah dan Sarawak). Satu botol memiliki 30 sachet dan ia tahan selama sebulan,” katanya. Bagi yang berminat mendapatkan produk ini boleh ikuti Instagram @enot_78 |MYBUZZ!