Amerika Selatan Destinasi 'Honeymoon' Yuna & Adam
Semalam baru sahaja melafazkan nikah, esok 28 Januari 2018 akan melakar detik terindah buat pasangan bahagia ini yang akan disandingkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Petang tadi telah berlansungnya sesi bertemu para media di mana kebiasaan bila ditanya soal destinasi Honeymoon Yuna berkata ' Sebenarnya kami belum ada perancangan dan mungkin ke South America.....'.
Di samping pengantin baru ini ditanya pelbagai soalan kenapa mereka menjalankan pernikahan secara tertutup dan tidak dihebahkan kepada umum, Yuna memberitahu beliau ingin privasi dan bukannya 'secretive' dan berharap semua pihak memahaminya.
Majlis resepsi esok akan dihadiri oleh Kerabat Di Raja Pahang, Kerabat Diraja Perlis, keluarga terdekat, sahabat rapat, rakan artis dan pihak media.
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja utama iaitu Hearts On Fire (The World's Most Perfectly Cut Diamond) diatas sokongan dari segi barang kemas yang cukup menawan, Reka Teemor untuk deko di Majlis Persandingan, Hatta Dolmat untuk gaun persandingan yang cukup elegen di PICC.
Kami juga ingin berterima kasih kepada penaja lain iaitu Dior Perfumes & Cosmetics, Wowsome Photo Booth, Flores KL dan Lily Lola Cakes di PICC.
Tidak lupa juga kepada pihak media dan peminat-peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan Yuna & Adam, terima kasih atas sokongan anda semua.
Gambar Kahwin @PICC oleh: @jubsi_
Saat- Saat Perkenalan Yuna & Adam Yuna mula mengenali Adam Sinclair, seorang Pengarah di set rakaman untuk iklan televisyen pada awal tahun 2013. Mereka pada mulanya hanya berkawan biasa. Pada akhir tahun 2015, hubungan Yuna dan Adam semakin rapat dan mula merancang dengan lebih serius untuk berkahwin. Yuna sudah pun membawa Adam berjumpa dengan kedua ibu bapanya, dan dia iuga sudah mengenali keluarga Adam. Rancangan untuk bertunang bermula selepas upacara merisik pada 27 Mar 2017. |MYBUZZ|