top of page

Selebriti Meriahkan Karnival Hari Wilayah Persekutuan 2018

Sempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2018, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengambil insiatif menganjurkan program Karnival Hari Wilayah Persekutuan pada 10 Februari 2018 (Sabtu) bertempat di Dataran Merdeka dan Jalan Raja, Kuala Lumpur bermula dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 malam.


Karnival Hari Wilayah ini bertujuan untuk memeriahkan sambutan Hari Wilayah Persekutuan dengan menerapkan konsep perpaduan, persefahaman serta mengeratkan silaturrahim antara seluruh warga kota Kuala Lumpur tanpa mengira bangsa dan lapisan masyarakat melalui pengisian pelbagai aktiviti seperti acara sukaneka dan rekreasi, pertandingan Xtreme Games, sukan tradisional, pertandingan Muay Thai, pertandingan memasak dan gubahan serta Persembahan Konsert Megastra Hari Wilayah.


Program ini juga adalah ruang kepada pemimpin untuk bersua muka dengan masyarakat bagi menyampaikan aspirasi kerajaan dan beramah mesra bersama mereka.


Pemilihan Dataran Merdeka dan di Jalan Raja juga sebagai salah satu usaha bagi mempromosikan Kawasan Kolam Biru kepada orang awam dan pelancong asing setelah dirasmikan oleh YB Perdana Menteri Malaysia pada 28 Ogos 2017 yang lalu.


Menteri Wilayah Persekutuan, Yang Berhormat Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor akan hadir merasmikan Karnival Hari Wilayah 2018 bersama kehadiran tetamu kenamaan yang lain.


Karnival Hari Wilayah 2018 adalah terbuka kepada semua wargakota termasuk pelancong dalam dan luar negara untuk menyertai acara dan pertandingan seperti berikut:

  1. Zumba/ Senam Robik;

  2. Pertandingan Bola Keranjang/ Basket Ball (3x3);

  3. Pertandingan Tamiya;

  4. Pertandingan/ Persembahan Muay Thai;

  5. Pertandingan Tarik Tali;

  6. Pertandingan/ Permainan Tradisional Malaysia;

→Dam Aji;





→Congkak;







→Batu Seremban;

Selain itu, Silambam, Catur Cina, Galah Panjang, Chap Teh turut diadakan.


7. Pertandingan Bola Jaring;

8.Pertandingan Tatarias;

9.Pertandingan Memasak;

10.Pertandingan Gubahan;

11.Sukan Integrasi OKU;

12.Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak;

13.Pertandingan Free Style Dancing/ Break Dance (BBoy); dan

14.Pertandingan Xtreme Games (Skateboard/ BMX).


Kemuncak Program Karnival Hari Wilayah adalah Konsert Hari Wilayah yang akan berlangsung pada jam 8.45 malam di Pentas Utama Dataran Merdeka. Konsert gemilang ini akan menampilkan 10 artis terkemuka tanahair yang akan membuat persembahan dengan iringan Kumpulan Orkestra Kuala Lumpur.


10 orang artis terkemuka tanahair yang akan membuat persembahan adalah seperti Black, Zamani (Slam), Siti Noordiana, Amelina, Liza Hanim, Elda Susanti, Hazami, Lan Solo, Nabila Razali, Maisarah Ukulele, Razak A ‘ Ai, Syazwanie Mentor, Putera Muhammad, Ikhwan Fatarna dan Kumpulan Bunkface. Konsert ini akan disemarakkan dengan dua ikon pengacara komersial Malaysia yang telah mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pengacaraan iaitu Faizal Ismail dan Tasneem.


Selain dari acara sukan dan konsert, Karnival Hari Wilayah turut menyediakan acara sampingan yang diadakan sepanjang hari seperti berikut:

  1. Persembahan KL Street Artiste (Buskers/ Pelukis/ Clown/ Magicians/ Kraftangan);

  2. Inflatable Games untuk kanak-kanak.


Sebagai kemudahan kepada pengunjung, DBKL menempatkan pengusaha Food Truck yang menyediakan jualan pelbagai makanan dan minuman, kadar tetap (flat rate) caj bayaran letak kereta yang memakir kenderaan di Tempat Letak Kereta Dataran Underground pada 10 Februari 2018 bermula dari jam 6:00 pagi hingga 12 malam serta kemudahan ruang surau untuk solat di Bangunan Sultan Abdul Samad.


Program Karnival Hari Wilayah ini dianjurkan dengan kerjasama beberapa pertubuhan NGO dan persatuan seperti berikut :


  1. Yayasan Artis 1Malaysia;

  2. Puteri Umno Wilayah Persekutuan;

  3. Wanita Umno Wilayah Persekutuan;

  4. Pemuda Umno Wilayah Persekutuan;

  5. Kelab Sukan Tradisional Harmoni;

  6. Kelab Sukan DBKL;

  7. Majlis Paralimpik Malaysia;

  8. Persatuan Belia Progresif;

  9. Barra (Batu Road Retailers Association) – Foodtruck; dan

  10. Jabatan Dalaman DBKL.


Penglibatan dan kerjasama dari agensi/ pihak lain adalah seperti Pengurusan Dataran Underground dan Polis DiRaja Malaysia yang akan membantu dalam penyediaan anggota untuk kawalan keselamatan. |MYBUZZ|


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page