top of page

HAEL HUSAINI JAMPI 6.1 JUTA PENONTON


Foto Hael Husaini ketika menyampaikan lagu JAMPI setelah diumumkan sebagai Juara AJL32

Lebih 6.1 juta penonton telah di Jampi oleh Hael Husaini pada Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32) yang telah berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 11 Februari lalu . AJL 32 telah berjaya mendominasi separuh penonton dengan 56.3% market share mengatasi pelbagai program menarik yang turut bersiaran pada masa dan waktu yang sama di stesen televisyen lain. (sumber: Nielsen)


Platform penstriman video pertama dan nombor satu di Malaysia, tonton, yang menyiarkan acara gilang gemilang AJL 32 secara langsung dan berdefinisi tinggi (HD) turut mencatatkan peningkatan dua kali ganda berbanding tahun lepas apabila menarik 350,000 pelawat (peningkatan unjuran lebih dari 121%) berbanding 2017 dicatatkan menonton menerusi portal video rasmi tonton (www.tonton.com.my), tonton Facebook (Live), serta aplikasi tontonmy di tablet dan telefon bimbit (android/iOS). tonton menyiarkan siaran langsung AJL 32 bermula dengan acara Karpet Merah Pop TV, jam 8.30 malam selain turut mengisi kandungan istimewa `tonton Backstage Live’ serta 4 kapsul semasa tayangan slot iklan bersama hos Zulin Aziz istimewa buat pelanggan VIP tonton.


Buat julung kalinya tonton mengambil inisiatif menganjurkan acara pasca parti `After Party Rated Xtra’ yang berjaya menarik hampir 73,000 penonton menerusi laman Facebook @tontonmy yang disiarkan bermula jam 12.00 tengah malam, selama satu jam. Acara Karpet Merah dan tontonan 15 minit pertama AJL 32 di laman Facebook yang sama turut berjaya menarik tontonan hampir 80,000 penonton. Satu kejutan bagi portal terbaharu xtra.com.my apabila berjaya mencatatkan 160,000 tontonan video di laman Facebook tonton Xtra Viral. Paparan halaman pula menghampiri 200,000 unit di laman xtra.com.my manakala bilangan pelawat unik mencecah 110,000 pengunjung.


Selain itu, AJL 32 turut trending nombor 1 di Malaysia dan di seluruh dunia! Mengikut statistik atas talian (online), #AJL32 telah digunakan sebanyak 3.5 juta di laman sosial (Facebook, Instagram & Twitter) sepanjang tiga jam AJL 32 bersiaran langsung.


Menurut Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, “Kami amat berbangga dengan peningkatan jumlah tontonan pada tahun ini serta pujian yang diterima dengan reka bentuk pentas AJL 32 yang kelihatan gah, pemilihan persembahan dan artis selingan bertepatan dengan tema Fesyen dan Muzik dan juga gandingan pengacara yang berjaya mengawal suasana dengan baik sekaligus memberi tanda aras baru yang memberi impak bagi penganjuran AJL, AJL 32 adalah di antara yang terbaik pernah dianjurkan. Tidak dapat dinafikan juga, barisan finalis pada tahun ini dengan gabungan penyanyi lama dan baru ini menjadi daya penarik terbesar yang menambahkan lagi peningkatan jumlah tontonan tidak hanya di kaca televisyan malahan melalui platform digital juga telah naik lebih 100% memberi tanggapan lagu-lagu mereka ini menepati citarasa masyarakat kini.”


Sudah tentu, AJL 32 tidak akan berjaya direalisasikan tanpa Nivea dan Samsung yang sudi menaja kami. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga kerja khususnya krew penerbitan AJL32 yang telah berhempas pulas bagi menjayakan acara muzik no. 1 di Malaysia ini.” ujarnya lagi.

 

KEPUTUSAN PENUH AJL 32

Juara: Jampi - Hael Husaini

Tempat Kedua: Sejati - Azmi Caliph Buskers (nyanyian asal Faizal Tahir)

Tempat Ketiga: Tergantung Sepi - Haqiem Rusli

Vokal Terbaik: Aku Cinta – Syamel & Ernie Zakri

Persembahan Terbaik (dibawakan oleh Samsung): Amboi - Altimet

Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung: Bayang – Khai Bahar

 

GALERI FOTO AJL32

BACA ARTIKEL TERDAHULU : JAMPI Bergelar Juara AJL32 |MYBUZZ





Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page