top of page

FATTAH AMIN LEBAR SAYAP PERNIAGAAN LANCAR PRODUK MAKANAN KESIHATAN


Fattah Amin secara rasminya melancarkan syarikatnya sendiri, iaitu MRP International Sdn.Bhd. Majlis pelancaran tersebut telah berlangsung di Pacific Ballroom, Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur, Sabtu lalu. Ia dihadiri oleh wakil media, social media influencers serta stokis-stokis syarikat.


Fattah Amin yang juga memegang jawatan sebagai Presiden dan CEO syarikat, telah berkongsi tentang visi & misi syarikatnya yang terlibat dalam pembuatan serta pengedaran produk makanan kesihatan, MRP by Fattah Amin, sejajar dengan minat beliau yang mendalam dalam bidang kesihatan.


MRP International Sdn Bhd, mengedarkan produk-produknya hanya melalui stokis dan agen yang sah sahaja. Stokis dikenali sebagai Fattah's Partner manakala agen pula dikenali sebagai Fattah's Apprentice. Kumpulan ni dipanggil Fattah Business Network (FBN). Konsep perniagaan berjemaah dan dilatih sendiri oleh Mr Presiden, Fattah Amin.


Sekitar majlis pelancaran MRP International dan pengenalan produk makanan kesihatan, MRP by Fattah Amin dan Berrytox


Sistem agen MRP International ini adalah sangat unik dan yang pertama seumpamanya di dunia. Ia menggunakan sistem teknologi maklumat yang canggih dan boleh membantu ramai rakyat Malaysia menjana pendapatan tambahan yang lumayan serta stabil, berjangka masa panjang menggunakan platform online yang telah dibangunkan sendiri oleh syarikatnya. Para stokis dana agen boleh menjual produk MRP INTERNATIONAL melalui online dan juga cara konvensional.


Apa yang menarik tentang system ini adalah, FBN boleh menjana pendapatan tanpa had secara akif dan pasig 24 jam sehari secara global.


Sumber FB: MRP Diet By Fattah Amin


Produk utama yang dikeluarkan pula juga adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia, iaitu 'Sup Kesihatan Rendah Kalori' dalam perisa sup ayam, sup cendawan & sup tom yam. Produk ini dikenali sebagai MRP DIET. MRP Diet boleh didapati dalam samada dalam bentuk pek percubaan yang bernilai RM50 dan pek lengkap yang bernilai RM99 sahaja.


Produk kedua pula adalah minuman detox berperisa buah-buahan berry yang dapat membantu pengguna mengekalkan kesihatan badan terutama pada bahagian usus. Produk ini dikenali sebagai MRP BERRYTOX.


Produk-produk yang dikeluarkan MRP INTERNATIONAL SDN BHD diformulasikan di Switzerland tetapi dikilangkan di produksi bertaraf GMP, HACCP, HALAL serta ISO9001 di Malaysia. Semua produk-produk MRP INTERNATIONAL SDN BHD adalah telah mendapat sijil HALAL dari pihak JAKIM serta lulus KKM.


Ini adalah kali pertama Fattah Amin berniaga secara serius dan berskala besar menggunakan teknologi perniagaan terkini, setelah berjaya menempa nama dalam bidang hiburan.





Sumber FB: MRP Diet By Fattah Amin


Pada majlis itu juga, Fattah Amin telah melancarkan lagu 'jingle' MRP International yang dinyanyikan sendiri oleh beliau. Lirik & melodi tersebut adalah hasil kerjasama Fattah Amin sendiri serta composer terkenal, Mel Ramlan.


Pada majlis pelancaran MRP International Sdn Bhd tersebut, Fattah turut meraikan stokis-stokisnya yang berjaya mencapai sasaran jualan, dengan memberi ganjaran berupa cincin emas. Setiap bulan, stokis yang berjaya mencapai sasaran jualan akan diberikan bonus kepingan emas tulen disamping keuntungan dari jualan masing-masing.


Untuk pertanyaan lanjut berhubung produk MRP by Fattah Amin serta bagaimana untuk menjadi agen dan stokis yang sah, sila hubungi 6019-712 1006 / +603-7886 1477 atau emelkan pertanyaan anda ke info@mrpdiet.com |MYBUZZ!



Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page