top of page

FILEM SURF THIS LOVE (STL) : GELORA JUARA CARI KELAINAN TONJOL SUKAN LUNCUR OMBAK


Ingin lari dari cliché tema filem cinta dan sukan extreme yang pernah diangkat ke layar perak sebelum ini, membuatkan penerbit Global Solution Resources, Amie Zhu berani untuk menerbitkan filem Surf This Love : Gelora Juara yang menonjolkan sukan lasak luncur ombak (surfing) sebagai taruhan filem pertama terbitan syarikatnya.


Filem yang menelan belanja pembikinan lebih RM1 juta ini mengambil Pulau Tioman dan Bali sebagai lokasi penggambaran keseluruhan filem tersebut. Filem STL menggandingkan pelakon-pelakon seperti Shukri Yahaya, Christina Suzanne, Ardell Aryana, Pekin Ibrahim, Josiah Hogan, Mustaqim Bahadun dan Syuhaida Abraz (Dottie).


Filem STL: Gelora Juara diarahkan Waan Hafiz yang sebelum ini juga pernah mengarahkan beberapa buah filem antaranya; Tok Mudim, Mat Tudung dan Puaka Balai Gombak berkata beliau tertarik dengan kelainan yang ada pada jalan cerita filem ini dan bersetuju ketika ditawarkan untuk menjadi pengarah bagi filem tersebut. Menurutnya beliau tidak pernah lagi mengarahkan filem yang berkaitan sukan luncur ombak dan tawaran ini merupakan cabaran buatnya.


Menurut beliau lagi skrip filem STL ini, cerita asalnya diterima dari penulis Khairul Kiasan hanya berkisah tentang kisah cinta. Skripnya terpaksa melalui 7 kali rombakan untuk dimasukkan lebih banyak elemen yang berkaitan dengan jiwa filem ini. Merasakan perlu ada perubahan untuk mencantikkan dan mengimbangi filem ini, Waan Hafiz cuba menyuntik pelbagai elemen seperti aksi surfing dan babak zero-to-hero. Sementara itu, elemen cinta dalam filem ini digarap hanya sekadar pada dasar dan komedinya pula digarap secara sederhana dan tidak terlalu berlebihan.


Filem Surf To Love: Gelora Juara bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula pada 22/02/2018. |MYBUZZ!

 

GALERI | DISEBALIK TABIR SURF THIS LOVE : GELORA JUARA


MENARIK |

 

SINOPSIS |


Bahasa: Melayu Sarikata: Inggeris Klasifikasi: P13 Tarikh Tayangan: 22 Februari 2018 Genre: Komedi / Romantik / Sukan Durasi: 1 Jam 43 Minit Edaran: Empire Film Solution Pelakon: Shukri Yahaya, Cristina Suzanne, Pekin Ibrahim, Josiah Hogan, Ardell Aryana, Mustaqim Bahadun, Syuhaida Abraz (Dottie) Pengarah: Waan Hafiz Format: 2D

Promo trailer filem Surf This Love: Gelora Juara


Kisah seorang pemuda, Billy (Shukri Yahaya), seorang pemandu pelancong di Pulau Tioman yang membantu kakak kembarnya, Siti (Dottie) mengusahakan perkhidmatan logistik dipulau peranginan itu. Billy pada masa yang sama mahu mengikut jejak langkah abangnya, Bobby (Mustaqim Bahadun) menjadi juara luncur ombak, telah meminta bantuan rakan abangnya, Jimmy John (Pekin), seorang bekas juara luncur ombak yang tidak lagi aktif selepas mengalami kecederaan pada kaki.


Mia (Christina Suzanne), seorang blogger datang ke Pulau Tioman untuk bertemu teman kolejnya Lia (Ardell Aryana) bagi mendapatkan bahan penulisan untuk blognya. Perkenalan Billy dengan Mia bermula apabila Siti meminta Billy membawa Mia melawat tempat-tempat menarik yang terletak di pulau itu. Dalam diam Billy sudah jatuh cinta dengan Mia sehinggalah kehadiran Mike Malaya (Josiah Hogan), seorang juara luncur ombak dunia membuka rahsia siapa Mia sebenarnya.


Konflik berlaku apabila Billy dan Mia mengetahui diri mereka telah dipermainkan oleh Mike Malaya yang mana insiden itu telah membuka hati Jimmy John untuk melatih Billy menjadi seorang peluncur.


Mampukah Billy menjadi seorang peluncur ombak yang hebat? Adakah Mia akan membuka hati dan menerima cinta Billy?





Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page