top of page

KARNIVAL TEATER JALANAN JADI PENTAS UJIAN BUAT PELAJAR OGY’S CENTERSTAGE & ACADEMY

Siapa yang tidak mengenali Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ogy, seorang entertainer tanah air yang cukup 'versatile'. Berilah apa jua tugasan pasti beliau akan memberikan yang terbaik bukan sahaja 100% bahkan lebih dari itu. Baru-baru ini MB ada mengikuti kemaskini aktiviti beliau di laman instagramnya @kak_ogy. Beliau kini sibuk menjadi hos kepada rancangan 'HURU-HARA' yang kini disiarkan di saluran Hyppinspirasi, UnifiTV. Dalam kesibukan itu rupanya Kak Ogy melalui Ogy’s Centerstage & Academy bakal menganjurkan Karnival Teater Jalanan atau ‘Street Theatre Carnival’ . Karnival ini akan diadakan pada 3 & 4 Mac 2018 di Courtyard Fountain, Street Market, The Curve, Mutiara Damansara.


Konsep Teater Jalanan adalah suatu konsep seni persembahan teater yang telah lama ada dan banyak diadakan di Eropah dan Amerika. Namun di Malaysia, ianya masih asing lagi walaupun seni pemuzik jalanan atau busking semakin mendapat tempat di hati orang ramai. Untuk dapatkan cerita penuh berhubung Karnival Teater Jalanan ini, MB risik-risiklah dengan Kak Ogy!


Menurut Kak Ogy, penganjuran Teater Jalanan ini adalah penganjuran kali kedua seumpamanya di Malaysia. Kali pertama ianya diadakan adalah pada tahun 1990 dibawah arahan Allahyarham Syed Alwi dihadapan Kompleks SOGO dimana Kak Ogy sendiri merupakan salah seorang dari pelakonnya.


Kali ini, penganjuran Karnival Teater Jalanan ini dibuat sebagai menyambung semula apa yang telah dimulakan oleh Allahyarham Syed Alwi. Ianya juga merupakan pentas ujian bagi pelajar-pelajar Bengkel Seni Lakonan Ogy’s Centerstage & Academy yang kini telah masuk kelompok ke-3.


“Saya melihat Teater Jalanan sebagai platform terbaik untuk menguji bakat lakonan para pelajar saya. Cabaran mereka bukan hanya menghafal dan memahami skrip tetapi mereka perlu memikirkan bagaimana mereka mampu untuk menarik perhatian dan minat orang ramai yang lalu lalang di sekeliling mereka dengan lakonan yang mereka persembahkan.”

“Saya menyambung apa yang telah dimulakan oleh Allahyarham Syed Alwi dan saya harap ini akan menjadi legasi yang akan saya tinggalkan untuk industri seni tanahair suatu hari nanti” kata Fauziah Ahmad Daud @ Kak Ogy. (Foto: IG @kak_ogy)


Selain daripada Teater Jalanan, Karnival 2 hari ini turut menganjurkan beberapa acara lain seperti Ujibakat sebagai Pengacara dan Pelakon, Pertandingan Jurumekap Meletop dan Pencarian Lelaki Idaman Malaysia.


Mereka yang berminat untuk menyertai acara-acara yang diadakan dijemput hadir pada hari Karnival ini. Untuk maklumat berkenaan ‘Street Theater Carnival’ sila hubungi talian 011-2358 6780 atau 010-445 4645





Tags:

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page