TEATER JALANAN - PENTAS ‘DIHUJANI’ UJIAN BUAT PELAJAR OGY'S CENTERSTAGE & ACADEMY
Harapan Ogy agar pelajar-pelajarnya diuji sewaktu pementasan teater jalanan Seni... Itulah Rupanya!, benar-benar jadi nyata. Mana tidaknya sebelum pementasan bermula, kawasan di Courtyard Fountain, Street Market, The Curve, Mutiara Damansara basah dek kerana hujan.
Sewaktu pementasan berlansung hujan renyai masih belum berhenti. Itu tidak mematahkan semangat semua pelajarnya dan menjadikan ia alasan untuk persembahan dihentikan.
Sabtu lalu (3-4 Mac2018), Seniwati Fauziah Ahmad Daud, melalui Ogy’s Centerstage & Academy telah menganjurkan ‘Street Theatre Carnival’ atau Karnival Teater Jalanan. Karnival ini akan diadakan pada 3 & 4 Mac 2018 di Courtyard Fountain, Street Market, The Curve, Mutiara Damansara. Konsep Teater Jalanan adalah suatu konsep seni persembahan teater yang telah lama ada dan banyak diadakan di Eropah dan Amerika. Namun di Malaysia, ianya masih asing iagi walaupun seni pemuzik jalanan atau busking semakin mendapat tempat di hati orang ramai.
“Ini merupakan inisiatif kedua (2) seumpamanya di Malaysia. Kali pertama ianya diadakan adalah pada tahun 1990 dibawah arahan Allahyarham Syed Alwi dihadapan Kompleks SOGO,” ujar Ogy sewaktu ditanya selepas pementasan selesai. Ogy juga merupakan salah seorang pelakonnya ketika itu. Teater Jalanan yang diberi tajuk ‘Seni.. Itu Rupanya!’ ini diarah sendiri oleh Fauziah Ahmad Daud sambil di bantu oleh Cikgu Rosman Ishak sebagai Penolong Pengarah, Akid Jabran sebagai Koreografer, Dya Zaed sebagai Pengurus Pentas dan skripnya ditulis oleh Azrie Izham. lanya akan dilakonkan oleh pelajar-pelajar bengkel Iakonan yang dianjurkan oleh Ogy’s Centerstage & Academy Mereka akan berlakon dihadapan khalayak umum di ruang terbuka dimana persembahan ini akan memerlukan mereka untuk berlakon, menari dan menyany' menggunakan teknik-teknik serta ilmu yang didapati sewaktu sessi bengkel dahulu. Selain daripada persembahan Teater Jalanan ini, terdapat juga acara-acara Iain yang akan diadakan sepanjang Karnival 2 hari ini seperti Ujibakat mencari Pelakon dan Pengacara. Jurusolek Meletops dan Pencanan Jejaka Idaman Malaysia. Mereka yang terpilih didalam ujibakat ini akan diserapkan dan sebagai artis naungan Ogy Centerstage & Academy. Penganjuran Street Theatre Carnival ini tidak akan berjaya jika tidak ada sokongan pihak penaja seperti QSR , mySmink dan Nang Surya.
TENTANG OGYY CENTERSTAGE & ACADEMY
Ogy Centerstage & Academy adalah sebuah inisiatif yang ditubuhkan oleh Fauziah Ahmad Daud bagi melatih, menggilap serta mencungkil bakat-bakat yang ada dalam seni persembahan dan menggilapnya menjadi artis yang bukan sahaja berbakat tinggi malah bakat-bakat yang mempunyai jiwa dan daya fikir yang tinggi dalam menggalas setiap tugas yang diberikan. Masih di peringkat yang sangat baru usia penubuhannya, inisiatif yang ditubuhkan bersama rakan kongsi Dato Mahadhir Mahideen ini telah mampu mendapat sambutan yang amatbaik dikalangan mereka yang mahukan ilmu dalam seni persembahan. Untuk maklumat berkenaan ‘Street Theater Carnival’ atau ‘Ogy Centerstage & Academy’ sila hubungi talian 011-2358 6780 atau 010-445 4645
GALERI | KARNIVAL TEATER JALANAN OGYY CENTERSTAGE & ACADEMY