top of page

TIMBA ILMU BERSAMA BARISAN KARYAWAN TERHEBAT DI DFKL2018


Usai sudah siri jelajah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018 di Johor Bahru dan Kuala Lumpur, kempen yang meraikan penggiat seni dan industri drama tanah air ini berterusan dengan bengkel perkongsian bersama 8 karyawan hebat. Berlangsung selama dua hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 31 Mac dan 1 April 2018, para peserta akan diberi pendedahan mengenai teknik lakonan, asas dalam pengarahan dan penulisan kreatif.


Menurut Pengarah Penjenamaan, Kandungan Dan Strategi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Cik Sherina Nordin, “DFKL sudah pun memasuki tahun kelima dan sesi bengkel berjaya mendapat sambutan memberangsangkan daripada orang ramai yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perjalanan barisan karyawan dan juga pengalaman mereka dalam industri lakonan, Pelbagai pengalaman dan tips-tips berguna untuk menjadi seorang anak seni yang berilmu akan dikongsikan kepada para peserta. Insya Allah, setiap ilmu yang dicurahkan mampu membantu mereka untuk bersinar dalam dunia seni pada masa hadapan.”


Sesi bengkel kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran duta-duta DFKL 2018 iaitu Syazuwan Hassan dan Pauline Tan, serta barisan artis jemputan yang menampilkan Raja Hakim DFKL, Riena Diana, Aidil Aziz, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, dan ErwinDawson dan juga pelakon drama Cina iaitu Lynn dan Ziah. Lebih menarik lagi, barisan pelakon drama Cina berudul "Persona 2" yang dibariisi Hao Ren, Jojo, serta Emily akan membuat penampilan khas di hari kedua bengkel DFKL 2018.



Tiket penyertaan adalah RM60.00 untuk sehari, manakala bengkel untuk dua hari adalah RM100.00. Maklumat lanjut mengenai bengkel seperti di bawah:


Bengkel DFKL 2018 ini turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti seperti sesi uji bakat yang masih diteruskan untuk mencari bakat-bakat baharu bagi pelakon lelaki, wanita dan kanak-kanak yang berbakat dalam lakonan dan pertandingan sesi kongsi. Selain itu, satu sesi penyampaian hadiah bagi pertandingan sesi kongsi dan pertandingan drama pendek peringkat Sekolah Menengah turut diadakan.


Mereka yang hadir di PWTO turut dapat dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh Ippo Hafiz, Shah Rezza, Sissy lman, Syada Amzah dan Gerhana Ska Cinta yang mendendangkan lagu-lagu tema drama yang tercalon di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018.


DFKL telah melahirkan bakat-bakat baharu seperti Raja Afiq, Syazuwan Hassan, Indah Emeerlda, Nafiz Muaz, Jaja lliyes, dan Riena Diana yang sedang rancak atur kerjaya seni masing-masing.


Untuk maklumat lanjut mengenai DFKL 2018, layari laman web rasmi www.dfklcom.my. MYBUZZ!

Tags:

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page