SAIFUL SYAFIQ JUARAI PENCARIAN BAKAT BAHARU ONE REPUBLIC “HUNTING FOR NEW VOICES”
Pencarian bakat baharu “Hunting For New Voices” merupakan satu (1) pertandingan nyanyian yang diadakan oleh penganjur WGW Entertainment, sempena konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018. Pertandingan berkenaan yang berlangsung di ruang legar Berjaya Times Square, semalam memperlihatkan ramai bakat baharu yang sekali gus merupakan peminat kumpulan OneRepublic mempersembahkan bakat masing-masing untuk menarik perhatian penonton dan para juri. Para peserta termasuk solo dan berkumpulan yang bertanding semalam dipilih berdasarkan penyertaan mereka dalam talian. Semua peserta akan terlebih dahulu bersaing dalam pusingan awal, dan hanya 10 finalis akan dipilih ke peringkat akhir untuk bersaing untuk merebut gelaran juara.
Sebelum pertandingan tersebut bermula, Phat Fabes selaku pengacara pada majlis tersebut berkongsi sedikit info mengenai KONSERT ONE REPUBLIC yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur dan PENCARIAN BAKAT BAHARU, diikuti oleh ucapan oleh Pengarah Urusan WGW Entertainment, Encik Hendrick Huang dan Pengurus Urusan, Universal Music Malaysia & Singapura, Encik Kenny Ong. Encik Hendrick Huang turut menyampaikan cenderamata kepada Encik Kenny Ong sebagai tanda penghargaan kepada pihak Universal Music kerana menyokong acara tersebut.
Peserta perlu menunjukkan persembahan yang terbaik ketika mendendangkan lagu-lagu hit kumpulan OneRepublic kerana aksi mereka di pentas akan dinilai oleh juri profesional. Persembahan peserta dinilai berdasarkan suara dan bunyi, irama dan tempo, ungkapan vokal dan persembahan pentas.
Pada pertandingan tersebut, peserta dari Johor, Saiful Syafiq Bin Sarmon (28) dinobatkan sebagai juara. Saiful atau Pitt Sarmon membawakan lagu OneRepublic berjudul "Stop & Stare" . Sementara itu tempat kedua menjadi milik Muhammad Affan Bin Mazlan (18), dari Negri Sembilan. Affan mempersembahkan lagi "Apologize" dengan iringan keyboard manakala tempat ketiga dimenangi oelh peserta dari Sarawak, Ullyseus Vincent Anak James, yang turut mempersembahkan lagu yang sama oleh kumpulan OneRepublic.
Saiful syafiq b sarmon @ Pitt Sarmon (28) dinobatkan sebagai juara OneRepublic's Hunting For New Voice
Muhammad Affan B Mazlan @ Affan (18) selaku naib johan pertandingan OneRepublic's Hunting For New Voices
Ullyseus Vincent Anak James @ Ullyseus (26) , pemenang tempat ketiga
Hadiah kemenangan pada petang itu disampikan oleh Encik Hendrick Huang. Selain menerima tiket 2 ROCK ZONE bernilai RM578 setiap satu (1), Pemenang pertama, kedua (2) dan ketiga (3) juga akan menerima wang tunai masing-masing sebanyak RM3000, RM2000 dan RM1000. Manakala tujuh (7) finalis lain berhak mendapat 2 pasang tiket CAT3 masing-masing bernilai RM298. WGW Entertainment berasa bangga kerana berpeluang menyediakan platform kepada bakat baharu untuk menunjukkan kebolehan dan minat mereka dalam bidang seni suara. Pada masa yang sama juga turut memberi mereka peluang untuk menonton konsert OneRepublic Live di Malaysia 2018. Satu (1) zon tiket untuk konsert OneRepublic Live di Malaysia 2018 telah habis dijual dan sambutan untuk zon lain juga amat menggalakkan. Sila dapatkan segera tiket-tiket di zon berkenaan sebelum terlewat. Untuk butiran lanjut sila lawati www.ticketcharge.com.my atau hubungi 03-9222 8811. Konsert OneRepublic Live di Kuala Lumpur 2018 dianjurkan oleh WGW Entertainment dan disokong oleh Malaysia Major Events (MME), satu bahagian Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MYCEB), agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC), dengan ODR LUBRICANTS, YOUTH LITE YOUTH FOR LIFE, PREMIUMLOGY, VIRAL CHAM!, MASTERCRAFT EVENT, BIG POST dan OH BULAN! sebagai rakan kongsi rasmi, MIX sebagai rakan kongsi radio rasmi, ERA, MY dan HITZ sebagai rakan kongsi sokongan radio, ENTREPRENEUR INSIGHT sebagai rakan majalah rasmi, INSYNC GROUP YOUR FAMILY TRUST ADVISOR sebagai rakan penasihat kewangan rasmi, OD RACING sebagai rakan kongsi pasukan perlumbaan rasmi, DIRECTD MOBILE PHONE 8: ACCESSORIES sebagai rakan kongsi telefon mudah alih rasmi, APOLLO ASIA TRAVEL GROUP sebagai ejen pelancongan rasmi, BERJAYA TIMES SQUARE KUALA LUMPUR sebagai rakan kongsi mall rasmi, PARADIGM EVENT sebagai rakan kongsi roadshow rasmi dan UNIVERSAL MUSIC sebagai label rekod.
GALERI : SEKITAR PERTANDINGAN ONEREPUBLIC's "HUNTING FOR NEW VOICES"
Mengenai Malaysia Major Events 》
Malaysia Major Events (MME) adalah satu (1) bahagian Biro Konvensyen & Pameran Malaysia (MYCEB), agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Malaysia (MOTAC). MME ditubuhkan di bawah Program Transformasi Ekonomi Kerajaan (Projek Permulaan 7) untuk mengenal pasti, mempromosikan, memudahkan serta menyokong acara antarabangsa yang berdaya maju yang akan diadakan di Malaysia. Dengan objektif utamanya untuk meningkatkan pertumbuhan dan profil ekonomi Malaysia, MME juga ditugaskan untuk mengenal pasti dan menyokong tawaran acara utama untuk sukan, kesenian, gaya hidup dan acara hiburan dan memberi bantuan acara tempatan untuk memperkukuh Malaysia sebagai tempat pilihan untuk acara utama di rantau ini. MME juga bertindak sebagai saluran antara sector awam dan sektor swasta dalam memastikan proses lancar dicapai melalui hubungan sinergi dengan pelbagai pihak dalam mempamerkan kejayaan di Malaysia Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mymajorevents.com.my, atau anda boleh mengikuti kami di facebook.com/MalaysiaMajorEvents dan Instagram / MyMajorEvents.