PRIMAVALET LANCAR KOLEKSI RAYA EKSKLUSIF SEMPENA LEBARAN 2018
PrimaValet, hub fesyen terbesar di Malaysia telah melancarkan Koleksi Raya 2018 dalam satu acara gemilang yang berlansung di Hotel The Majestic Kuala Lumpur pada 26 April 2018 yang lalu
Majlis yang dihoskan oleh Faizal lsmail dan Elfira Loy dihadiri seramai lebih 800 tetamu dihadiri tetamu tetamu kehormat, barisan selebriti tanahair, pelanggan tetap PrimaValet, ejen, personal shoppers dan ramai lagi. Bertemakan glam lebaran, koleksi raya ini ternyata mempunyai sentuhan eksklusif dan mewah yang pastinya menawan hati semua tetamu yang hadir.
Menghimpunkan lebih daripada 126 orang model memperagakan busana istimewa untuk Hari Raya, koleksi kali ini dijangka memberikan impak yang lebih maksima berbanding tahun sebelumnya. Tidak terikat dengan konsep tertentu, Koleksi Primavalet Raya 2018 menampilkan elemen mewah, eksklusif, kontemporari namun ringkas dan sesuai serta mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat. Antara koleksi yang diperagakan pada malam tersebut termasuk Baju Melayu, Kurta, Baju Kebaya, Baju Kurung, baju kanak-kanak, koleksi sedondon famili dan juga himpunan koleksi baju kurung berasakan fabrik saree yang begitu memukau mata tetamu yang hadir pada malam tersebut. Semua busana yang diperagakan pada malam ini akan mula dijual di seluruh cawangan PrimaValet bermula pada bulan Mei 2018. Koleksi raya ini adalah himpunan terbaik dari Arjuna, Meylana, YoumeAndHunny, Nur Aishah, Shasya Habib, Ezuwan Ismail dan sudah tentunya koleksi pertama dari Primavalet sendiri iaitu PV Man, PV Woman dan PV Kids. Selain dari jenama ini, koleksi koleksi jenama seperti Syus Couture, Zoud, Kukubesi dan Buranku.co akan turut berada di semua outlet Primavalet sempena hari raya nanti. Turut mencuri perhatian apabila Primavalet memperkenalkan barisan duta 2018 yang digelar "Stars of Primavalet” yang menampilkan selebriti yang bukan calang calang antaranya Zul Arifin, Alif Satar, Amar Baharin, Amyra Rosli dan anak beliau Aqeef Anaqi, Asad Mowtah, Zukie, Siti Nordiana, Nabila Razali, Amyra Rosli, Janna Nick, Farah Nabila, Atikah Suhaimie, Asyallie dan Shaheizy Sam. Barisan bintang yang cukup gah ini pasti mampu menarik Iebih ramai pelanggan baru dan lama untuk membeli belah di Primavalet samada di outlet mahupun di atas talian. Menurut Pengarah Urusan Primavalet, Dr. Arshad, pemilihan selebriti dilakukan secara telus berdasarkan imej artis yang sesuai dengan Primavalet dan jumlah pengikut yang ramai di media sosial.
Untuk Syawal kali ini, Primavalet akan melancarkan Iebih dari 70 koleksi dan rekaan untuk digayakan di hari lebaran nanti. Kesemua koleksi ni adalah berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua golongan. ”Untuk raya 2018 ini kami tampil dengan koleksi dari kanak kanak sehinggalah dewasa. Kami juga menyediakan pakej sedondon untuk keluarga untuk mereka yang sukakan konsep sedondon di pagi syawal", ujar Dr. Arshad lagi. (foto) Busana yang diperagakan pada pertunjukan fesyen pada malam ini, akan berada di semua outlet PrimaValet secara berperingkat peringkat bermula 1 Mei ini sehingga 1 Ramadhan dan pelanggan yang berminat boleh terus mendapatkan koleksi koleksi ini di outlet, juga online di www.primavalet.com dan juga melalui ejen dan personal shopper rasmi PrimaValet Mencapai usia genap setahun pada hari ini, PrimaValet terus unggul dalam melebarkan sayapnya untuk menjadi hub fesyen untuk pakaian muslimah dan kontemporari tanah air. Selain mempunyai outlet, terbesarnya di Ostia Bangi, Primavalet turut mempunyai cawangan di Senawang, Negeri Sembilan dan di Kota Bharu, Kelantan dan bakal membuka cawangan terbaharu di Wangsa 118, Wangsa Maju Kuala Lumpur pada 5 Mei 2018 ini. |MYBUZZ!
GALERI | PRIMAVALET RAYA FASHION HUB 2018
Untuk maklumat Ianjut sila hubungi Aidah 012-2944425 atau Ezam - 011-14346426