top of page

The Regency Jerai Hill Resort Penginapan Terbaik Atas Puncak Gunung Jerai

Dingin dan mendamaikan ketika berada pada aras ketinggian 856 meter dari aras laut di puncak Gunung Jerai menjanjikan keselesaan kepada pengunjung di The Regency Jerai Hill Resort, Gurun, Kedah.


Seakan-akan berada di atas awan, angin-angin sejuk akan membuat para pengunjung terpesona dengan keindahan resort di atas puncak gunung ini.


Untuk sampai ke The Regency Jerai Hill Resort ini telah mengambil masa selama hampir 45 minit dari Bandar Alor Setar ke puncak gunung jerai.


Kelibat sekawan monyet dan kera mengamitkan suasana riang pendakian ke puncak gunung dengan dikelilingi kehijauan flora serta pokok renek yang berada di sekitarnya.

Semasa Travelogue Kedah ini juga kami telah menginap selama satu malam bagi merasai sendiri menginap di atas puncak gunung.

Setibanya, kami terpegun melihat keindahan lanskap hotel ini dan pemandangan cerun gunung menambahkan lagi perasaan keterujaan kami.


MB ingin membawa anda melihat keadaan bilik yang cukup selesa dan persekitaran resort yang cukup mendamaikan.

Pada sebelah malam kami dibawa ke restoran resort dan disajikan Steambot Dinner yang lazat ini bagi mengurangkan rasa kesejukan cuaca di atas puncak gunung ini.

 

Keseluruhannya MYBUZZ bagi...

Ulasan MB anda harus menginap disini dan rasai pengalamannye ok!!!. Sebarang info lanjut bolehla layari jeraihill.theregency.com.my. MYBUZZ!

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page