Fitri Haris Juarai Gema Gegar Vaganza Musim Kedua
Alhamdulillah berakhirlah sudah malam tadi minggu ketujuh konsert Gema Gegar Vaganza Musim Kedua yang bertemakan Gema Irama Terindah. Program dipancarkan secara langsung oleh Astro Oasis (Saluran 106) dan juga ditayangkan secara serentak di saluran Maya HD (saluran 135), Astro Ria (saluran 104), Ria HD (saluran 123) dan saluran terbaharu sempena ramadan, Ramadan HD (saluran 122).
Fitri Haris menjuarai GGV sekaligus membawa pulang wang tunai RM100,000 dengan mengalahkan enam peserta lain di konsert akhir dengan markah yang terhampir dengan naib juara iaitu Adeep Nahar dengan 89.27% dan 89.0% (beza 0.27%).
Dari kiri Adeep Nahar, Fitri Haris & Awi Rafael
Naib Juara Adeep Nahar membawa pulang wang tunai RM30,000, Tempat ketiga Awi Rafael RM20,000, tempat keempat jatuh kepada kumpulan InTeam RM15,000, tempat kelima RM10,000 iaitu Heliza & Hazwani Helmi dan tempat keenam milik Brothers bawa pulang wang tunai RM5,000. Selain wang tunai, semua peserta membawa pulang sebuah trofi.
Mari kita ikuti sidang media sejurus berakhirnya konsert akhir GGV
Berikut lagu-lagu yang dipertaruhkan oleh semua peserta.
Mengenai Gema Gegar Vaganza
Gema Gegar Vaganza musim kedua menampilkan 11 barisan peserta yang terdiri daripada enam peserta berkumpulan dan lima peserta solo. Mereka akan berentap dalam sebuah persembahan nyanyian mingguan berdasarkan tema yang diberi bagi merebut gelaran juara. Persembahan setiap peserta diadili oleh dua orang juri tetap dan seorang juri jemputan. Seleksi lagu yang dipersembahkan setiap peserta pula terdiri daripada lagu-lagu yang berunsurkan ketuhanan, kemanusiaan, kerohanian dan mengandungi mesej-mesej positif yang boleh dimanfaatkan oleh setiap lapisan masyarakat. MYBUZZ!