top of page

BARISAN SELEBRITI MERIAHKAN KARNIVAL SYAWAL 2018 @ STADIUM SHAH ALAM



Program Karnival Syawal 2018 @ Stadium Shah Alam, Selangor yang berlansung pada 1-3 Jun 2018 dan 8-10 Jun 2018, bakal mengumpulkan barisan selebriti tanah air yang terdiri dari dramatis dan penyanyi dan pelawak seperti Dato Nash, Watie Elite , Ako Mustapha, Riezman Khuzaimi, Watie Elite , Serina Redzuan, Man Raja Lawak, Ran Raja Lawak, Caca Raja Lawak, Gmie Screen dan ramai lagi.


Karnival Syawal 2018 ini adalah anjuran Bin Hameed Global Resources dengan kerjasama pengurusan Stadium Shah Alam menyediakan lebih dari 100 buah booth jualan persiapan Aidilfitri disamping pelbagai aktiviti sampingan telah dirancang bagi memeriahkan serta menarik pengunjung untuk datang berbelanja di karnival ini. Kemudahan ruang parkir kereta turut disediakan panganjur bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung.


Antara aktiviti- aktiviti menarik yang bakal diadakan sepanjang karnival ini berlansung adalah seperti acara memasak serta pengagihan lebih 1000 pek bubur lambuk kepada pengunjung, zikir munajat, berbuka puasa dan solat terawikh berjamaah, persembahan artis dan buskers, cabutan bertuah dan acara lelongan raya. Karnival Syawal 2018 ini juga turut diserikan dengan program Sembang Santai Ilmu, pencarian Ustaz Muda serta pencarian bakat baru ‘Stand Up Comedy’ bagi mencungkil bakat baru pelapis pelawak tanah air.


Menurut Dato Nash yang ditemubual semasa sidang akhbar berlansung, objektif penganjuran Karnival Syawal 2018, adalah lebih fokus kepada melahirkan usahawan serta belia yang komited dalam usaha menambah baik pendapatan bagi menjana sebahagian daripada ekonomi individu dan negara.


“Selain dapat membuka peluang kepada usahawan dari kalangan artis dan orang awam dapat menjana pendapatan sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, karnival ini turut menyediakan platform kepada para usahawan untuk memasarkan potensi produk mereka bukan sahaja untuk pasaran tempatan bahkan ke pasaran antarabangsa,” tambahnya lagi.


Karnival Syawal 2018 akan mula beroperasi dari jam 11 pagi sehingga 4 pagi, setiap hari sepanjang karnival berlansung. Pengunjung yang masih belum membuat persiapan lebaran tahun ini adalah dialu- alukan untuk datang berbelanja dan memeriahkan karnival disamping dapat beramah mesra dengan para selebriti tanah air. |MYBUZZ!

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page