Quill City Mall Lancar KL YASSS RAYA 2018
Sabtu lalu bersempena dengan bulan Ramadhan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri, pusat beli belah mesra keluarga yang terletak di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur, Quill City Mall, berbesar hati untuk membawakan kepada anda sambutan paling bermakna iaitu pelancaran mega “Yasss Raya 2018”.
Foto Dari Kiri: Mohd Fadzli Abdullah, Naib Presiden Cards Usage & Loyalty, United Overseas Bank (Malaysia) Bhd, Alan Cheong, Pengurus Pusat Quill City Mall KL, Dato’ Ar. Michael Ong, Pengarah Eksekutif Kumpulan dari Kumpulan Syarikal Quill, Dato' Lee Fong Yong, Pengarah Kumpulan Syarikat Quill, Rhyner Cheong Tat Yoon, Ketua Komersil (Malaysia, Singapore & Emerging Markets), Think BIG Digital Sdn Bhd, dan Joseph Teo, Naib President Pemasaran Quill City Mall KL di pelancaran Yasss Raya 2018
Bertemakan salah satu perayaan terbesar di Malaysia, Yasss Raya 2018 diinspirasikan daripada trend raya terkini yang mempamerkan dekorasi moden Hari Raya. Pengunjung pastinya akan terpukau dengan kehebatan dekorasi Yasss Raya 2018 di Quill City Mall KL pada Hari Raya ini. Mengambil inisiatif untuk lari dari tema balik kampung, pengunjung sebaliknya telah disajikan dengan tema moden yang diserikan dengan warna-warna pastel dan lampu neon; sebuah dekorasi separa hipster.
Terokai koleksi-koleksi fesyen terkini dengan lebih 1,000 pilihan koleksi hari raya dan lebih 40 buah gerai jualan yang menampilkan fesyen generasi muda dan separa hipster. Pembeli dan pengunjung yang mencari baju baharu untuk hari raya yang bakal tiba ini, berpeluang untuk mendapatkan busana menarik dari jenama terkemuka oleh para selebriti seperti Rozita Che Wan, NSA Beauty Official, Mora & Haze, Calaqisya, Lily Petuna, Minaz, Teratak Delights, Shelle’e Belle’e by Azura Couture, Furby & Sugar, Anzel Hair, Gajah Duduk, Petra.Rtw, El.Elfiraloy, Dlasha, Fana Couture, Dyxy Cosmetic, Losravelda, Ashh & Annas, De’ Gemilang, Di Moda Closet, Jelitasara, dan ramai lagi. Gerai jualan untuk fesyen raya akan berada di Main Entrance dan Main Atrium. Dapatkan fesyen raya terkini dan ambil gambar anda untuk dikongsikan kepada rakan-rakan anda sekarang.
Nama kempen Yasss Raya 2018 terhasil melalui tema raya tahun ini yang diinspirasikan dari kemeriahan dan kehangatan suasana hari raya. Lampu neon yang menyerlah mewarnai segenap Main Atrium.
Hamparan karpet rumput dan bean bag yang tersedia di ruang Main Atrium memberi ruang kepada keluara dan anak-anak muda untuk berbuka puasa dalam suasana lebih santai. Konsep ruang terbuka ini memberi kebebasan kepada anak muda untuk berinteraksi antara satu sama lain dengan koleksi fesyen terkini disekeliling mereka. Kemeriahan suasana perayaan dengan gemerlapan lampu pastinya menjadi lokasi yang sesuai untuk berswafoto atau swafoto berkumpulan.
Pembeli dan pengunjung akan disajikan dengan paparan skrin LED terbesar yang memaparkan koleksi hari raya yang terkini. Pencinta fesyen amatlah dialu-alukan untuk turut serta kerana kesemua fesyen terkini dibawakan khas untuk generasi muda yang peka dengan perkembangan fesyen terkini.
Acara pelancaran gilang gemilang ini dibawakan khas oleh Quill City Mall kepada rakan-rakan media, rakan kongsi dan para pembeli. Acara ini akan dimulakan dengan persembahan tarian dan diteruskan dengan ucapan Hari Raya beserta ucapan alu-aluan kepada rakan media dan pembeli oleh Pengarah Eksekutif dari Kumpulan Syarikat Quill, Dato’ Ar. Michael Ong. Acara akan diteruskan dengan pelancaran rasmi oleh Dato’ Ar. Michael Ong, Pengarah Eksekutif, Dato’ Lee Fong Yong Pengerusi, Encik Alan Cheong, Pengurus Pusat Quill City Mall Kuala Lumpur dan Joseph Teo, Timbalan Presiden, Pemasaran Quill City Mall.
Acara turut diserikan dengan persembahan IamNEETA yang telah menghiburkan para pembeli dan pengunjung. Selain itu, acara ini turut diserikan dengan kehadiran selebriti terkemuka seperti Annas Easkey, Anzalna Nasir, Azura Mazaruddin, Hafiza Hamid, Hafiz Mahamad, Yaya Zahir, Rafidah, Yana Khairuddin dan Hazwan Faiz. Tidak ketinggalan juga persembahan tarian yang memperagakan fesyen terkini yang pasti memukau pembeli dan pengunjung.
Seramai 50 orang kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan & Penjagaan Nur Hidayah telah diraikan dalam “Majlis Berbuka Puasa” sebagai inisiatif tanggungjawab Sosial Korporat bersempena dengan sambutan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri. Kanak-kanak ini juga dijemput untuk meluangkan waktu mereka di Quill City Mall KL bersempena dengan sambutan Hari Raya..
“Saya ingin berterima kasih kepada selebriti muda yang turut serta untuk menyumbang dalam pertunjukan koleksi fesyen raya untuk tahun ini. Kami amat berbesar hati untuk menjadi tuan rumah kepada pelancaran mega kempen Yasss Raya 2018 dan Inisiatif tanggungjawab sosial korporat.
Melalui acara ini, Quill City Mall KL berharap untuk menyampaikan makna sebenar Ramadhan kepada anak-anak dari Pertubuhan Kebajikan & Penjagaan Nur Hidayah. Bersempena dengan acara yang berbahagia ini, kami berharap agar anak-anak ini berbahagia sepanjang perayaan yang indah, dilimpahi dengan kebaikan; kerana kami turut tidak melupakan golongan yang kurang bernasib baik di seluruh dunia. Inisiatif ini sememangnya untuk memberikan kenangan yang tidak dapat dilupakan kepada anak-anak ini sempena Hari Raya tahun ini, sekaligus menyemarakkan kegembiraan dan berbahagi kasih kepada golongan kurang bernasib baik,” kata Dato’ Ar. Michael Ong, Pengarah Eksekutif Kumpulan dari Kumpulan Syarikat Quill.
Sebagai sebahagian daripada usaha murni untuk menyebarluas kasih sayang bersempena Hari Raya ini, Quill City Mall KL telah memberikan saguhati paket Yasss Rayakepada anak-anak ini. Mereka telah menerima saguhati paket Hari Raya dari pihak pengurusan Quill City Mall KL.
Kanak-kanak ini kemudiannya telah diraikan dalam satu jamuan berbuka puasa di Aragan Yokocho, sebuah restoran Jepun yang menyajikan makanan-makanan Jepun – restoran pertama seumpamanya dan terbesar di Asia. Restoran ini menyediakan ruang makan yang berbeza-beza mengikut 4 musim seperti di Jepun: musim luruh, musim panas, musim bunga dan musim sejuk. Pembeli juga boleh turut serta untuk merasai 4 musim Berbuka Puasa di sini.
Persembahan Secara Langsung dan Kemunculan Para Selebriti Untuk Memeriahkan Suasana
Persembahan Secara Langsung dan kemunculan selebriti undangan pada Tarikh-tarikh tertentu akan menyerikan lagi acara ini. Antaranya ialah Annas Easkey, Anzalna Nasir, Azura Mazaruddin, Hafiza Hamid, Hafiz Mahamad, Yaya Zahir, Rafidah, Yana Khairuddin dan Hazwan Faiz. Kehadiran mereka pastinya menggamatkan lagi suasana Yasss Raya 2018. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan selebriti kegemaran anda sepanjang kempen ini berlangsung. Pembeli dan pengunjung akan berpeluang untuk bertemu dengan selebriti kesayangan semasa kempen ini berlangsung. Sila rujuk lampiran yang disediakan.
Promosi dan Pertandingan Hari Raya
Penebusan paket raya yang unik dari Yasss Raya, Cabutan Bertuah Yasss Raya, Carousel Ride, Pertandingan Gambar Yasss Raya dan banyak lagi menanti anda di Quill City Mall KL. Rebut peluang untuk menebus hadiah edisi terhad dan menangi hadiah-hadiah menarik sepanjang berlangsungnya Yasss Raya 2018 ketika anda singgah di Quill City Mall KL. Tertakluk kepada terma dan syarat. Sila rujuk lampiran yang disediakan.
Pertandingan Gambar Yasss Raya akan memberikan pembeli dan pengunjung untuk merakam dan berkongsi detik bermakna bersama rakan dan keluarga ketika memriahkan suasana Hari Raya di sini. Dekorasi yang cantik dan terkini akan menghiasi acara ini.
Pertandingan akan bermula pada 17 Mei sehingga 12 Jun 2018, hanya satu gambar untuk setiap penyertaan, peserta boleh menyertai pertandingan ini tanpa had dan hanya 3 pemenang akan dipilih secara rawak untuk memenangi baucer tunai membeli belah dari Quill City Mall KL sebanyak RM500.00.
Anda pernah terfikir untuk mendermakan baju lama yang masih boleh dipakai? Anda boleh menyumbangkan baju anda di Refash. Refash merupakan platform yang membolehkan anda untuk berjual-beli pakaian. Anda boleh menjual baju-baju anda kepada pihak Quill City Mall KL untuk mendapatkan pulangan berupa baucar.
Dengan kerjasama United Overseas Bank (UOB), anda berpeluang untuk mendapatkan kad UOB dan gajet-gajet hebat setiap minggu. Anda hanya perlu berbelanja menggunakan Kad UOB anda dan berpeluang untuk memenangi sebuah Apple MacBook 1.2GHz Hari Raya ini. Anda layak untuk menyertai peluang ini untuk setiap pembelian bernilai RM50. Semakin banyak peluang yang anda miliki, semakin tinggi peluang untuk anda menang.
Anda juga berpeluang untuk mendapatkan saguhati dengan setia pembelian minimum RM250 dengan kad UOB atau RM350 untuk pengguna bukan ahli UOB di Quill City Mall KL dan tebus bantal leher eksklusif dan tambahan 500 AirAsia BIG Points percuma. Hadiah ini boleh ditebus di Kaunter Pengaktifan UOB, Main Atrium, Ground Floor. Stok terhad untuk 200 pembeli terawal sahaja. Penebusan hanya boleh dilakukan setiap minggu bermula jam 10 pagi-10 malam, setiap Khamis hingga Ahad. Promosi ini bermula dari 17 Mei sehingga 12 Jun 2018. Tertakluk pada terma dan syarat.
Tidak ketinggalan juga penyertaan untuk Shop, Dine and Win 3.0 yang bermula dari 18 Mei hingga 29 Julai 2018 yang menawarkan ganjaran sehingga RM15,000 untuk dimenangi. Mari membeli belah di sini untuk keperluan Hari Raya anda dan menangi hadiah mingguan yang tersedia. Tiga kali ganda kegembiraan yang diserikan oleh Jualan Mega, Kumpul AirAsia BIG Points dan menangi hadiah mingguan. Tiga (3) pemenang bertuah akan dipilih secara rawak setiap 2 minggu sekali. Sila rujuk pada lampiran untuk hadiah mingguan Shop, Dine & Win 3.0.
Quill City Mall ialah pilihan terbaik untuk anda berkumpul Bersama keluarga dan sahabat handai pada hari raya ini kerana anda boleh menikmati pelbagai tawaran hebat seperti makanan, fesyen, hiburan dan banyak lagi. Dapatkan hadiah percuma hari raya daripada penjual seperti Modemarket, NSA Beauty Official, Mora & Haze, Calaqisya, Lily Petuna, Minaz, Teratak Delights, Shelle’e Belle’e by Azura Couture, Furby & Sugar, Anzel Hair, Gajah Duduk, Petra.Rtw, El.Elfiraloy, Dlasha, Fana Couture, Dyxy Cosmetic, Losravelda, Ashh & Annas, De’ Gemilang, Di Moda Closet, Jelitasara, dan ramai lagi.
Selain daripada Program Kesetiaan BIG Points AirAsia, pembeli juga berpeluang untuk menebus 2 BIG Points untuk setiap pembelian RM1 pada hari bekerja dan 1 BIG Point untuk setiap pembelian RM1 pada hujung minggu di setiap outlet yang terdapat di Quill City Mall KL; dengan kerjasama Program Kesetiaan BIG Points AirAsia yang menawarkan tawaran eksklusif ini.
Bermula dari 17 Mei 2018 sehingga 24 Jun 2018, pembeli boleh mendapatkan 2X BIG Points untuk pembelian di setiap kedai di Quill City Mall KL. Pembeli berpeluang untuk menebus 4 BIG Points untuk setiap pembelian RM1 pada hari bekerja dan 2 BIG Points pada hujung minggu. Pembeli juga berpeluang untuk menikmati 3X BIG Points eksklusif untuk pembelian di GSC. Pembeli berpeluang untuk menebus 6 BIG Points untuk setiap pembelian RM1 pada hari bekerja dan 3 BIG Points untuk setiap pembelian RM1 pada hujung minggu. Ahli Program Kesetiaan BIG Points AirAsia boleh mengumpul point untuk ditukarkan kepada tiket penerbangan serendah 500 BIG Points AirAsia. Pembeli boleh memilih destinasi seperti Alor Setar, Penang, Jakarta, Surabaya dan banyak lagi dengan point serendah 50 sehingga 500 point. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Lokasi strategik Quill City Mall yang berdekatan dengan Lebuhraya, pengangkutan awam dan monorel Medan Tuanku yang terletak di Jalan Sultan Ismail, berhadapan dengan Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur dan Asian Heritage Row; memberikan kemudahan yang pelbagai kepada pengunjung dan pembeli. Sertai kami untuk berbuka puasa di Quill City Mall untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas waktu puncak. Parking percuma bermula jam 5 petang pad hari bekerja dan kadar rata RM3 pada hujung minggu.
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran raya, dapatkan naskah Yasss Raya 2018 anda sekarang.
Shopping Sampai Cun! Sebuah Acara Untuk Meraikan Kemeriahan Sambutan Hari Raya Dan Menyemarakkan Bahang Kehangatan Ramadhan & Hari Raya Aidilfitri.
Bulan Ramadhan bulan mulia,
Di Quill City Mall kita raikan;
Beraneka fesyen terbaru sedia ada,
Promosi dan ganjaran BIG Points menjadi tarikan.
Neon Pink menceriakan suasana,
Singgah di Quill City Mall Bersama rakan;
Adik-adikku buka puasa Bersama artis di YASSS Raya,
Tanggungjawab social tidak dilupakan.
Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran untuk program dan promosi di Quill City Mall KL, layari laman sosial kami di Facebook dan Instagram: QuillCityMallKualaLumpur atau di laman web kami http://www.quillcitymall.com.my. MYBUZZ!