'MERIAH BERSAMA' PROGRAM RAYA ASTRO SAMBIL MENYAKSIKAN 'PIALA DUNIA FIFA 2018'
Syawal semakin menghampiri Umat Islam Negara Ini, dengan itu Astro memperhebatkan lagi kandungan saluran premium dan digital di semua platform, iklan komersial raya serta liputan komprehensif 64 perlawanan ‘Piala Dunia FIFA 2018 Rusia’ sepanjang Syawal
“Musim perayaan adalah masa terbaik untuk mempertautkan kembali silaturahim dan ikatan persaudaraan menerusi tradisi ziarah dan saling berkunjungan. Tradisi meluangkan masa berkumpul di samping keluarga tercinta dan sahabat handai sambil menonton pelbagai aneka rancangan hiburan di televisyen atau menerusi gajet pilihan di ruang digital juga sudah menjadi keperluan yang wajib dibuat bersama-sama.
Memanfaatkan semangat kemeriahan dan kebersamaan ini, Astro menyemarakkan lagi pengisian kempen ‘Meriah Bersama’ dengan menghimpunkan program-program terhebat merangkumi rancangan hiburan, kandungan premium dan digital termasuklah liputan sukan dan berita di kesemua platfrom yang kami miliki. Sebagai tanda penghargaan, kami bawakan juga saluran ‘Raya HD’ istimewa untuk semua para pelanggan tanpa sebarang bayaran tambahan sepanjang Syawal. Pastinya sambutan raya pada tahun ini akan lebih bermakna dengan penawaran kandungan Astro yang amat komprehensif.
Tidak dinafikan, iklan komersial juga merupakan antara perkara yang sering menjadi perhatian ramai dan cukup dinantikan setiap kali musim perayaan. Oleh itu, Astro tidak ketinggalan membawakan sebuah lagi kisah menarik yang dizahirkan dalam bentuk filem pendek sebagai tradisi tahunan. Intipati tema ‘Meriah Bersama’ menerusi kisah ‘Gara Raya Paling Ori’ juga turut diterjemahkan dengan penuh kreatif dan sarat dengan mesej yang cukup dekat dengan masyarakat kita.” Ujar Dato’ Khairul Anwar Salleh,Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro
Dengan tema kempen 'Meriah Bersama' banyak fakta-fakta menarik sepanjang bulan ramadan dan syawal antaranya saluran ‘Ramadan HD’ di 122 yang dibuka secara percuma kepada semua pelanggan Astro, sebuah iklan raya komersial sempena Aidilfitri berjudul ‘Gaya Raya Paling Ori’ (GRPO) dan kesemua pengisian ini boleh diakses menerusi ruang digital dan perkhidmatan ‘OTT’ sebagi satu pilihan fleksibel kepada para pelanggan. Bahang kehangatan Piala Dunia FIFA 2018 juga turut disemarakkan menerusi jalan cerita iklan ini
Sepanjang menyambut bulan Syawal Astrao juga memperkayakan program-program antaranya program khas secara langsung berjudul ‘Bonanza Raya’, telefilem, drama serta rancangan yang membariskan selebriti popular iaitu Neelofa, Zul Ariffin, Scha Alyahya, Emma Maembong dan ramai lagi.
Sempena musim Ramadan dan Raya yang menjelang, Go Shop telah melancarkan promosi perkhidmatan penghantaran waktu Sahur mulai 21 Mei hingga 8 Jun. Pelanggan yang boleh membuat pesanan barangan sebelum jam 7 malam akan menerimanya keesokan hari dari jam 2 pagi hingga jam 5 pagi sebelum Sahur.
Astro dan Kumpulan Media Karangkraf telah mewujudkan perjanjian kerjasama strategik di mana tiga majalah utama terbitan Karangkraf; Mingguan Wanita, Pa & Ma dan Rasa kini akan turut dipertontonkan dalam bentuk program televisyen dan bakal menemui penonton mulai Jun ini.
Majlis Sidang Media dan Tayangan Perdana Program Raya Astro 2018 'Meriah Bersama' ini telah diadakan di Majectic Hotel Kuala Lumpur pada 28 Mei 2018 dan ia turut dihadiri oleh pihak Pengurusan Astro, selebriti, para tetamu dan juga pihak media. Sebarang maklumat lanjut mengenai program Meriah Bersama Astro sepanjang Ramadhan dan Syawal ini anda semua bolehlah melayari www.astro.com.my