Container Kebab Mula Bertapak Di Malaysia Julai Ini
![](https://static.wixstatic.com/media/50a2d9_4efb2ed1eb52440386ec5d9f4f9e9c30~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_513,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/50a2d9_4efb2ed1eb52440386ec5d9f4f9e9c30~mv2.jpg)
Foto dari kiri: Alvern Lin-Pengarah CK Sdn Bhd, Kenny Poh-Pengarah Urusan CK Sdn Bhd, Pak Hendy Setiono- Presiden Pengarah, Baba Rafi Enterprise dan Khalil Idaoumahmoud- Pegawai Pembangunan Perniagaan Antarabangsa
Baru- baru ini satu perjanjian diantara di Master Franchisee jenama makanan popular di Indonesia Container Kebab by Baba Rafi dimeterai bersama Container Kebab Sdn Bhd bagi membawa jenama tersebut di Malaysia.
''Kami percaya dan yakin bahawa jenama ini akan mendapat tumpuan oleh masyarakat Malaysia di mana makanan atau produk berasaskan kebab direka khusus untuk menepati selera masyarakat tempatan...'' Ujar Encik Kenny Poh, Pengarah Urusan Container Kebab Sdn Bhd.
Container Kebab merupakan jenama yang terkenal dan sudah mempunyai lebih 1,300 cawangan di pelbagai negara mulai di Indonesia sejak 2003 hasil inisiatif Pak Hendy Setiono. Antaranya negara-negara tersebut ialah Filipina, Qatar dan beberapa negara lain di Timur Tengah.
''Saya yakin selaku Franchisee Utama Container Kebab by Baba Rafi, Malaysia merupakan negara yang masyarakatnya dapat menerima baik makanan-makanan yang berasaskan kebab. Kami juga akan memperkenalkan Kebab Nasi Lemak bagi memenuhi permintaan dan citarasa masyarakat setempat...." Ujar Pak Hendy Setiono, Presiden Pengarah Baba Rafi Enterprise.
Encik Kenny Poh juga mengalu-alukan usahawan-usahawan yang berminat untuk mengusahakan Container Kebab secara licensing atau kerjasama perniagaan 'joint venture' supaya jenama ini dapat mengukuhkan pasarannya di Malaysia. Beliau juga menjangkakan sekitar 20 ke 30 cawangan akan dibuka dalam masa setahun.
Foto sekitar majlis menandatagani perjanjian Container Kebab Malaysia bersama Master Franchisee Container Kebab Indonesia yang telah diadakan di Glo Damansara.
Dengan kemampuan kos permulaan perniagaan sekitar RM120,000 hingga RM150,000 menjadikan peluang emas kepada mereka yang ingin membuat pelaburan serta menceburi bidang F & B.
Rajah Container Kebab
![](https://static.wixstatic.com/media/50a2d9_eeab476ed2b840529c05f21a42b209bf~mv2_d_4032_3024_s_4_2.jpg/v1/fill/w_980,h_735,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/50a2d9_eeab476ed2b840529c05f21a42b209bf~mv2_d_4032_3024_s_4_2.jpg)
Pek Container Kebab
Cawangan pertama Container Kebab akan dibuka di Wangsa Walk Mall sekitar bulan Julai ini dan sekaligus merupakan cawangan sulung di Malaysia. Di samping itu, sedikit hasil jualan Container Kebab Malaysia akan disumbangkan kepada The Hope Factory bagi mengutip dana untuk membantu kepada mereka yang memerlukan dalam 6 keadaan keperluan kritikal iaitu Save A Life, Protect The Children, Shelter The Homeless, Educated Our Future Leaders, Feed The Hungry dan Rescue The Abandoned Animals dengan penjualan air mineral 500ml.
Sebarang info lanjut anda boleh hubungi Encik Kenny Poh di talian 016-9321663 atau melalui emel ke kenny@containerkebab.com.my atau ikuti mereka di laman sosial Instagram Container Kebab dan Facebook Container Kebab. MYBUZZ!