Selepas Oh Si Kacak, Adakah Ini Cinta Jadi Taruhan Maisarah Ukulele
Seawal usia 17 tahun Maisarah Faizal atau dikenali sebagai Maisarah Ukulele sudah pun mempunyai album tersendiri dengan memuatkan 5 buah lagu iaitu Tak Mungkin Sendiri, Prasetia, Oh Si Kacak, Siapa Lagi dan Adakah Ini Cinta edaran OneMuse.
Selepas mendapat lebih 100K jumlah tontontan lagu Oh Si Kacak di saluran Youtube, gadis muda ini terus mempergiatkan promosi lagu-lagu yang dimuatkan dalam album tersebut.
Adakah Ini Cinta lagu berentak Pop dengan sentuhan rap ini membuatkan Maisarah lebih lincah semasa menyampaikan lagu ini dikhalayak ramai. MB sempat bertemu dan menemubual beliau ketika acara Badminton sempena Kejohanan Grand Asian Celebriti Charity Badminton anjuran Forever GACC Sdn Bhd dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air dan beberapa pertubuhan lain di Stadium Titiwangsa minggu lalu.
ARTIKEL TERDAHULU : Meer Nash & Maisarah Ukulele Percaya Rezeki Masing-Masing
Lagu Adakah Ini Cinta dicipta dan ditulis lirik oleh beliau sendiri manakala terbitan Cat Ruffedge, Arranger : Chow Yam dan Penerbit: Ong Peng Chu. Selain daripada menyanyi beliau juga sibuk memfokuskan diri untuk menghadapi peperiksaan SPM tahun ini. Sekiranya anda ingin mengikuti perkembangan beliau bolehla melawat IG Maisarah Ukulele. MYBUZZ!
Aksi Maisarah Ketika menyampai lagu Adakah Ini Cinta.
Lirik Lagu Adakah Ini Cinta:
Mahu Fikir Mahu Baca
Mahu Buat Kira-Kira
Ingin Bersama Mu Juga
Kau Buat Ku Naik Gila
Buka Buku Nampak Dia
Tak Boleh Hendak Ku Membaca
Adakah Ini Cinta
Ku Rasa Tiba- Tiba
Senyumanmu Ku Terbayang
Hatiku Tambah Bimbang
Perasaan Ini Takkan Hilang
Dan Hatiku Berdup Dap
Tudu Tada Tada Hati Ku
Dup Dap Tudu Tada Tada Tidak tenang
Hati Ku Tidak Keruan
Mahu Mengaku Cinta Ku
Cintaku Kepadamu Adalah Kau Sayang Ku
Juga Ah Ah Ah Ah Dengar dan Jangan Ketawakan
BIla Ku Meluahkan Cinta Yang Dalam Hatiku
Semuanya Milik Kamu
Aku Cinta padamu Memang Lucu Bunyinya
Jadi Terima Ku Seadanya
Supaya Hubungan Kita
Kekal Selamanya
Yo! Yo! Pujangga Bila Dah Cinta Mulalah
Angau Pejam Celik Ada Saja
Dia Mengacau Biar Betul Jangan Bergurau
Otak Pusing Macam Aku Di Santau Kau
Dah Paw Hati Kecil Ini
Kau Dah Paw Jiwa Yang Besar Ini
Kau Mau Tau This Is Real
Suka Ku Simpan Ku Tergolek