top of page

Ingin Cuba Sajian Bufet Australia, Jom Singgah The Federal Hotel KL

Anda tak perlu menaiki kapal terbang beribu batu semata-mata untuk merasa makanan orang Australia tetapi hanya terus datang ke The Federal Hotel Kuala Lumpur untuk merasainya sendiri hidangan makan malam secara bufet sempena Discover Australia- a taste of Australia Food festival yang diadakan dari 13 Julai hingga 29 Julai 2018 di Kontiki Restaurant, The Federal Hotel dan Bintang Lounge & Restaurant.


Minggu lalu MB diberi kesempatan untuk merasai sendiri keenakan masakan atau sajian kulinari Australia disini. MB sangat teruja ketika melihat sendiri banyak sekali sajian makanan laut dan hidangan daging BBQ. Sajian yang dikenali sebagai The Great Australian BBQ Buffet Dinner ini menawarkan pelbagai sajian sebenar dan istimewa daripada Pemenang Anugerah Chef daripada The Grace Hotel Sydney Australia iaitu Chef Eksekutif Darren Ho dan Chef Tang Hou Chin.


Discover Australia- a taste of Australia Food Promotion bermula dari 13 Julai lalu hingga 29 Julai ini setiap hari Jumaat hingga Ahad dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.


Harga berbaloi bagi seorang adalah seperti berikut:


RM148 bersih (dewasa) RM55 bersih (Kanak-Kanak*) RM74 bersih (Warga Emas*)


Menu-menu yang diketengahkan adalah seperti berikut:



Discover Australia Food Promotion ini juga bersempena sambutan ke 61 Kemerdekaan Malaysia dan ulangtahun The Federal Kuala Lumpur yang jatuh pada bulan Ogos 2018 dan ia juga sebagai tanda sokongan terhadap hubungan diplomatik antara Australia dan Malaysia yang bertaut setelah lebih 6 dekad.


Kehadiran Pesuruhjaya Tinggi Australia Ke Malaysia H.E Mr Andrew Goledzinowski dan isteri Lyn Allan bagi merasmikan pembukaan Discover Australia dan sekaligus memeriahkan lagi acara ini. Turut hadir Ketua Pengarah Tourism Malaysia YBhg. Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab, Pengarah Operasi & Pembangunan Perniagaan Serta Jualan Kumpulan Pemasaran The Federal Hotel Ooi Lee Ping.


Selain daripada menu yang ditawarkan di Kontiki Restaurant, Bintang Lounge & Retaurant turut memperkenalkan Australian Gourmet 3- Course Set Dinner yang dibuka kepada pengunjung mulai jam 5.00 petang hingga 12.00 malam. Dengan harga berpatutan iaitu RM118 bersih seorang. Terdapat juga diskaun 30% untuk Members of Gracious Rewards & FHI Privilege Club manakala 25% diskaun untuk Pemegang Kad Citibank.


Sebarang maklumat lanjut anda boleh layari fhihotels.com






Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page