top of page

hoco. Janjikan Produk Berkualiti Tinggi Kepada Para Pelanggannya

Kalau anda sering ke Plaza Lowyat di Bukit Bintang  tidak sah untuk melihat gajet-gajet canggih ataupun aksesori terkini yang dijual di dalam gedung membeli-belah ini yang dikenali sebagai Pusat Digital Terbesar di Kuala Lumpur.



hoco Malaysia jenama yang tidak asing lagi daripada  haoco [hoco.] Technology Co. Ltd. yang berpangkalan di Hong Kong sejak 2009 ini menjanjikan produk berkualiti tinggi ke atas setiap produk keluaran mereka bagi memastikan setiap pelanggan berpuas hati menggunakannya.


Baru-baru ini hoco. Malaysia melalui syarikat Cosmos Online Sdn Bhd telah melancarkan kedai berkonsep runcit atau Retail Concept Store yang pertama di Malaysia yang terletak di aras 1 Plaza Low Yat. 


Majlis potong reben dihadiri oleh Gavin Ou , Pengurus Besar hoco, Hong Kong dan Pengerusi Cosmos Online Sdn Bhd Encik Choong Sang Joo. Turut hadiri ialah Raymond Foo, Pengurus A&P dan Komunikasi Permasaran Plaza Lowyat dan wakil Malaysia Mobile Communication Association (PPTM).



''Kami meletakkan sasaran RM10 juta setahun hasil jualan produk hoco. Malaysia ......'' Ujar Raymond Foo, Pengerusi Cosmos Online Sdn Bhd ketika ditemubual oleh pihak media.


Foto produk-produk hoco. yang popular


Produk-produk aksesorinya melibatkan jenama Apple, Samsung, HTC, MEIZU dan sebagainya telah kukuh berada di pasaran antarabangsa seperti di China, Hong Kong, Taiwan, Asia Selatan, Amerika Utara, Timur Tengah, Eropah dan lain-lain. Ini menjadikan hoco. jenama yang mengungguli pasaran aksesori digital serantau.



Dalam majlis yang sama, hoco. Malaysia melancarkan peluang perniagaan Online-to-Offline [O2O] dimana ia dapat memperluaskan kehendak pelanggan dengan strategi permasaran yang menarik seperti brick and mortar marketing.


Sebarang info lanjut anda bolehlah melayari hocomalaysia.com





Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page