LAWABANA Bawa Kraf Asli Borneo Ke Peringkat Global
Hasil buatan tangan terutamanya produk Kraf sering menjadi aksesori mewah dan juga turut digayakan oleh semua lapisan masyarakat. Tetapi kebelakangan ini produk-produk kraf sering dipinggir oleh arus pemodenan. Oleh itu LAWABANA yang bermaksud 'Sangat Cantik' ingin menyerlahkan dan mengketengahkan produk warisan kraf eksklusif Borneo untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa.
Baru-baru ini satu majlis pelancaran yang gah telah diadakan di Hilton Kuala Lumpur bersama para tetamu kehormat, pembida produk kraf dan para media.
Dari Kiri Datuk Seri Rahman Dahlan, Datin Seri Norazlina Awang Had bersama dif jemputan melihat kain Tenun asli Borneo
LAWABANA diilhamkan oleh Datin Seri Norazlina Awang Had ini seorang yang amat menghargai kesenian kraftangan tradisional dan ingin mencari pengusaha kraf di serata Borneo bagi tujuan membantu mereka memasarkan produk dengan lebih efektif melalui segmen pemasaran terkini iaitu platfom e-dagang.
Bagi memastikan produk kraf Borneo ini untuk terus releven pada masa kini dan untuk terus diingati oleh generasi akan datang, selain e-dagang, LAWABANA mempelbagaikan menggunakan saluran pemasaran seperti pameran dan publisiti produk kraf bagi membantu pengusaha kraf meraih pendapatan dan menjana keuntungan.
''........................ Dibawah payung LAWABANA, Roomaku adalah platform e-dagang yang akan memasarkan produk artis. Kami berharap hasil kraftangan itu akan dapat menarik minat masyarakat terhadap produk kraf yang begitu tinggi kesenian dan buatannya....' Kata Datin Seri Norazlina Awang Had, Pengasas LAWABANA ketika ucaptama.
LAWABANA juga akan memastikan dalam mengekalkan keaslian buatan setiap produk kraf, setiap rekaan dan kaedah pembuatan mestilah memenuhi estetika dan gaya hidup yang lebih kontemporari untuk pasaran luar negara.
Pada majlis tersebut, pertunjukan fesyen Borneo dan acara lelongan kraf turut diadakan dan telah memungut sebanyak RM25,975.00 bagi mengutip dana untuk Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun.
'Kami percaya sinergi antara Yayasan dan LAWABANA sangat diperlukan bagi melahirkan lebih ramai pengusahan kraf tempatan...' Ujar Datin Seri Norazlina Awang Had, Pengasas LAWABANA lagi.
Untuk info lanjut bolehla melayari lawabana.com