top of page

SAYEMBARA NYANYIAN PATRIOTIK SELANGOR 2018 KEMBALI TAWAR HADIAH LUMAYAN LEBIH RM10,000


Untuk tahun kedua berturut turut, Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor (SNPS) bakal kembali sekali lagi. Setelah kejayaan cemerlang SNPS 2017, kerajaan negeri Selangor Darul Ehsan melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Selangor akan menganjurkan SNPS 2018 berlokasi di Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.


Matlamat utama SNPS 2018 adalah untuk menggalakkan masyarakat khususnya golongan belia untuk berkongsi semangat kebangsaan mereka melalui nyanyian. SNPS 2018 juga adalah program yang menjurus kepada aktiviti aktiviti sihat yang di titik beratkan oleh kerajaan negeri Selangor Darul Ehsan.


Dengan wujudnya aktiviti aktiviti sebegini, ianya mampu untuk melahirkan generasi yang punyai semangat kebangsaan yang tinggi. SNPS 2018 juga adalah aktiviti positif mengisi masa lapang masyarakat dalam usaha membanteras musuh nombor satu negara iaitu najis dadah.

Sesi penerangan SNPS 2018 oleh Dato' Mohd Azizi bin Mohd Zain, Datuk Bandar Petaling Jaya


Untuk SNPS 2018, MBPJ akan menjadi tuan rumah sejajar dengan matlamat kerajaan negeri Selangor Darul Ehsan iaitu Petaling Jaya selaku salah satu lokasi Kota Seni di Selangor Darul Ehsan. Banyak aktiviti aktiviti kebudayaan dan kesenian telah berlangsung dan yang bakal berlangsung dibawah anjuran oleh pihak MBPJ sepanjang tahun ini.


Pastinya SNPS 2018 adalah salah satu program kesenian yang bakal mengangkat Kota Seni Petaling Jaya dengan lebih gemilang. SNPS 2018 terbahagi kepada 3 kategori iaitu bawah 12 tahun, bawah 18 tahun dan 19 tahun ke atas (terbuka) sama ada secara solo, duet atau berkumpulan.


Para peserta perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum 12 Ogos 2018 dan pendaftaran adalah percuma. Borang pendaftaran boleh didapati di laman Facebook Majlis Bandaraya Petaling Jaya atau laman Facebook Pemadam Negeri Selangor. Para peserta juga boleh menghubungi melalui WhatsApp talian 016 680 6489 dan pautan (link) Borang Pendaftaran akan diberikan.


Para peserta juga boleh menghantar email di bob@atlasoneevents.com


Para peserta yang mendaftar akan menerima email pengesahan untuk ke ujian saringan yang akan berlangsung selama dua hari berturut turut pada 18 & 19 Ogos 2018 (Sabtu & Ahad) bermula jam 8 pagi bertempat di Kompleks Arena Petaling Jaya (Pusat Rakan Muda).


Ujian saringan ini akan diadili oleh tiga juri profesional iaitu penyanyi dan komposer Korie Aminuddin, pengurus artis lagenda Jojie Aminuddin dan guru vokal Sarah Ismail.


Empat peserta terbaik dari setiap kategori akan melangkah ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 22 September 2018 (Sabtu) bermula jam 8.30 malam bertempat di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya. Mereka akan sekali lagi diadili oleh juri juri profesional iaitu Korie, Jojie dan Sarah.


Pada malam yang sama juga, para peserta akan berkongsi pentas bersama selebriti terkenal tanahair iaitu pemenang Gegar Vaganza 2016, Azharina yang bakal menyampaikan lagu lagu beliau untuk menyemarakkan lagi suasana malam Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor 2018.

Barisan selebriti yang bakal menjayakan SNPS 2018; dari kiri Korie, Dylea, Azharina, Sarah Ismail dan Abang Gee


Selain Azharina, komposer dan penyanyi Korie yang juga juri profesional akan mempersembahkan lagu beliau. Bakat baru Dylea serta selebriti YouTube terkenal, Fauzi Yusoff atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Gee akan membuat persembahan lagu rakyat ketika pembukaan pertandingan akhir SNPS 2018.


Masuk adalah percuma melalui sistem bertiket. Untuk mendapatkan tiket percuma (tiket adalah terhad), sila hubungi 016 680 6489 atau email di bob@atlasoneevents.com


Senarai lagu lagu yang dipertandingkan:

1. Warna Warna Malaysiaku – Datuk Siti Nurhaliza 2. Standing In The Eyes of the World – Ella 3. Anak Merdeka – Ella & The Boys 4. Dirgahayu Tanah Airku – Lagu Rakyat 5. Dikir Puteri – Noraniza Idris 6. Anak Malaysia – Aris Ariwatan 7. Warisan – Datuk Sudirman 8. Hijau Bumi Tuhan – XPDC 9. Sejahtera Malaysia – Zurin Aziz / Roy 10. Hijau – Datuk Zainal Abidin 11. Lagenda – Datuk Sheila Majid 12. Sehati Sejiwa – Alif Satar 13. Gemuruh – Faizal Tahir 14. Arjuna Beta – Fynn Jamal 15. Bahtera Merdeka - Aishah 16. Assalamualaikum – Faizal Tahir 17. Ghazal Untuk Rabiah – Datuk Jamal Abdillah 18. Terbang Tunduk – Fynn Jamal 19. Malaysia – Faizal Tahir 20. Mentera Semerah Padi – Datuk M.Nasir


Senarai hadiah para pemenang berjumlah RM 10,450.00 (jumlah terkumpul) :


Bawah 12 tahun 1. RM1000 2. RM700 3. RM400 4. RM150


Bawah 18 tahun 1. RM1500 2. RM1000 3. RM500 4. RM200


19 Tahun ke atas 1. RM2500 2. RM1500 3. RM700 4. RM300

 

GALERI | SIDANG MEDIA SAYEMBARA NYANYIAN PATRIOTIK SELANGOR 2018



Anjuran : Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan Selangor Darul Ehsan Anjuran Bersama : Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Selangor Dikendalikan oleh : Atlas One Events Sdn Bhd 66-1 Jalan PJU 5/21, The Strand Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya,Selangor Darul Ehsan Tel : 03 6142 4335 / 016 680 6489 Email : bob@atlasoneevents.com

Foto: Kredit Facebook Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

photo_2018-08-14_16-44-22.jpg

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

photo_2018-08-14_16-46-18.jpg

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.

bottom of page