top of page

ADIDAS MALAYSIA LANCAR PEK "TEAM MODE" DI FOOTBAL REPUBLIK


adidas Malaysia melancarkan pek terbaru mereka iaitu “Team Mode” di butik sukan premium, Football Republic, Suria KLCC hari ini.

Bersempena dengan pelancaran pek terbaru itu, adidas Malaysia sebagai jenama sukan terkemuka terus memberi dorongan dan sokongan kepada pasukan Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) B-13 dan B-14 di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) dengan menghadiahkan but keluaran terbaru kepada pemain-pemain muda skuad itu.

Turut hadir ke majlis adalah tiga pemain AMD B-13, Hazriq Haqqim Mohd Izham, Rohisham Haiqal Hashim dan Mohammad Haykal Danish yang pernah dijemput pasukan utama B-13 Paris Saint Germain (PSG) bagi beraksi bersama mereka dalam satu kejohanan Jun lalu. Sebelum pelancaran, tiga pemain ini juga didedahkan dengan sesi penampilan diri serta sesi penggambaran dengan produk adidas Tango.

Ini bukanlah kali pertama adidas Malaysia menghargai pemain-pemain AMD dengan memberikan produk keluaran mereka. Malahan sebelum ini juga, pelbagai kelengkapan sukan, kit rasmi pasukan, dan sebagainya turut dibekalkan adidas Malaysia kepada pasukan berpotensi ini.


Para pemain AMD B-13 dan B-14 ketika satu sesi bersama pemain bola sepak profesional tajaan adidas iaitu Shahrom Kalam (duduk di tengah) dan Jafri Firdaus Chew (duduk di kanan) semasa Pelancaran Pek Team Mode di Football Republic, KLCC, semalam.

Cheng Yik Hoong, Pengurus Komunikasi Jenama dan Pemasaran Sukan adidas Malaysia berkata, “Di adidas Malaysia, kami sentiasa menghargai pemain-pemain muda yang mempunyai bakat besar dalam bola sepak. Kami percaya mereka mampu mengharumkan nama negara dan sebagai satu jenama besar dalam bidang sukan, sudah pastilah adidas berasa terpanggil untuk memberikan sokongan kepada anak muda ini.

“Melalui teknologi yang ada pada but keluaran adidas, kami berharap pek Team Mode ini dapat membantu untuk memberikan keselesaan dan “kuasa” kepada pemain-pemain AMD sekaligus memantapkan lagi permainan mereka,”kata Yik Hoong.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PPBN, Safirul Azli Bin Abu Bakar pula berkata, “Kami menghargai segala usaha pihak adidas Malaysia dan Football Republic yang menjemput pasukan AMD ke acara pelancaran but terbaru hari ini.

“Saya harap ia akan menjadi satu lonjakan semangat kepada pemain untuk terus berusaha bagi memartabatkan bola sepak negara. Sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak adidas Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan terhadap PPBN,”ujar Safirul.

Selain pemain-pemain AMD, antara pemain profesional tempatan tajaan adidas yang turut hadir semasa majlis pelancaran adalah Shahrom Kalam (Felcra FC) dan Jafri Firdaus Chew (PKNS FC). Mereka berkongsi pengalaman mengenakan but adidas dalam karier mereka, suka duka selaku pemain dan kata-kata motivasi kepada skuad AMD.

Empat variasi but adidas iaitu Nemeziz 18+, Predator 18+, X18+, dan COPA 18 akan menghiasi pek Team Mode kali ini. Kesemua but ini boleh didapati secara ekslusif di Football Republic, Suria KLCC.

Sila layari adidas.com/football atau ikuti @adidasfootball dan #adidasMY di Instagram dan Twitter untuk sebarang maklumat berkaitan. |MYBUZZ!

 

Tags:

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page