DA'I6 | DAKWAH PENUH EMOSI DA’I HAZIQ TARIK PERHATIAN JURI
Da’i Hafiz disingkirkan di minggu ke-4
Da’i Haziq sekali lagi cemerlang dengan dakwah bijaknya dalam menghuraikan topik yang menyesakkan dada iaitu “Perogol dalam Rumah”. Penuh emosi menghuraikan isu sumbang mahram ini, Da’i Haziq bukan sahaja berjaya memikat hati juri dengan konsep penyampaian dakwah yang berlainan, kreatif malah menjentik hati para penonton apabila menerima undian tertinggi iaitu 76% undian di laman twitter mengatasi enam lagi ejen dakwah. Tidak kurang juga buat Da’i Imran yang mengupas topik “Emosi Tercedera”, berjaya menarik perhatian juri dengan sketsa menarik beliau mengenai keretakkan rumah tangga yang membebani jiwa kecil anak-anak.
Namun, berbeza pula nasib Da’i Hafiz apabila tazkirah pendek beliau mengenai “Maruah Yang Mahal” kurang intipatinya dan menyebabkan beliau menjadi peserta ke-empat yang disingkirkan. Selain itu, Da’i Syahmi dan Da’i Amirul turut berada di kedudukan tiga terbawah pada minggu lalu. Selain gaya dan susunan isi yang memberi markah 30% daripada markah keseluruhan, pengisian Al-Quran dan Hadis mempengaruhi penilaian utama para juri dalam pemberian markah sebanyak 30%. Kurangnya huraian Al-Quran dan Hadis bakal menjejaskan peratusan permarkahan setiap perserta. Tidak kurang pula dengan kreativiti, turut menyumbang untuk melengkapkan 80% markah daripada para juri tetap dan 20% lagi adalah daripada para murabbi yang memantau prestasi setiap peserta sepanjang minggu.
Berikanlah sokongan tanpa henti buat kesemua peserta yang masih tinggal untuk berjuang dalam medan dakwah memperjuangkan syiar Islam. Dengarilah suara mereka, hayatilah ilmu yang ingin mereka sampaikan, sebarkanlah kebaikan dengan terus menonton persembahan 6 lagi ejen dakwah Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-6 setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam di TV3 dan #DaiTV3 di laman sosial anda sebagai tanda sokongan. Berikut adalah topik persembahan peserta mengikut giliran pada minggu ke-empat:
GALERI | DA'I6 EPISOD 4
Mengenai TV3
Sejak diperkenalkan pada tahun 1984, TV3 sentiasa relevan dan memberi nilai kepada penontonnya menerusi pelbagai program yang merangkumi berita dan isu semasa, kemasyarakatan, keagamaan, majalah dan dokumentari, hiburan, sukan dan drama. Terus mengekalkan kedudukannya sebagai stesen TV Premium Mass Malay, TV3 masih mengekalkan kedudukannya sebagai stesen televisyen nombor satu Malaysia dengan memaparkan program-program berprestij seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Skrin, Nona, Majalah 3, Wanita Hari Ini (WHI) dan Malaysia Hari Ini (MHI). Tambahan lagi TV3 tetap berjaya menyentuh jutaan penonton melalui slot-slot drama Akasia, Lestary, Azalea, Samarinda, Iris, Cerekarama dan yang terbaharu, Seramedi serta pelbagai kempen dan program TV lain yang menarik untuk penonton setianya.
Mengenai ALMAS BEAUTY & HEALTH
ALMAS BEAUTY & HEALTH telah ditubuhkan pada tahun 2009. Ia merupakan syarikat milik penuh 100% Bumiputera. ALMAS mengeluarkan dan mengedarkan produk-produk berasaskan kesihatan dan kecantikan yang berkualiti, bermutu tinggi serta bertaraf antarabangsa. ALMAS diuruskan sepenuhnya oleh YBhg Dato' Hassanal Bolkiah Hj Abdul Wahab bersama YBhg Datin Maziah Haji Mohamed selaku Pengarah Urusan dan dibantu oleh beberapa kakitangan yang bertindak dalam pengurusan syarikat dan hal-hal yang berkaitan mutu syarikat. Bertemakan moto syarikat iaitu CANTIK, CERAH, GEBU , jenama Almas terdiri daripada rangkaian Set Kosmetik. Almas mengeluarkan Jus Nusantara Gold yang digelar sebagai ‘Penghulu Segala Produk’. Almas sangat berhati – hati mengeluarkan satu – satu produk, apatah lagi produk kesihatan di mana kaedah R&D dijalankan.