KOMPUTER NOTEBOOK VAIO® S11 DAN S13 BAHARU DIPERKENAL SECARA RASMI DI MALAYSIA
Nexstgo membawa kembali siri komputer notebook VAIO yang ikonik
Para peminat komputer notebook di Malaysia kini boleh bersorak gembira kerana VAIO telah kembali! Siri komputer notebook ikonik dengan rekaan anggun tersebut kini boleh didapati di Malaysia, dengan pelancaran komputer notebook VAIO® S11 dan S13 baharu untuk golongan profesional perniagaan yang menghargai prestasi, kemudahalihan dan gaya.
“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan VAIO Corporation dan membawa kembali siri komputer notebook VAIO yang ikonik ini ke Malaysia. Walaupun telah berehat dari pasaran selama beberapa tahun, persepsi mengenai jenama VAIO masih kuat di kalangan golongan profesional yang telah lama mengiktiraf kualiti ‘Buatan Jepun’ pada komputer notebook VAIO. Model VAIO® S11 dan S13 baharu mewakili segala yang terbaik dalam kemudahalihan, gaya dan prestasi komputer notebook. Inilah bukti kegigihan kami dalam mengejar kecemerlangan,” kata Alex Chung, Ketua Pegawai Eksekutif Nexstgo, rakan pelesenan VAIO Corporation di Asia. (gambar - dari kiri)
Dipasang dengan teliti di Azumino, Wilayah Nagano, Jepun, komputer notebook VAIO® S11 dan S13 baharu mempamerkan kelebihan pengeluaran tahap pertama, elektronik yang canggih, dan obsesi yang tinggi ke atas mutu ketukangan – sebuah set prosedur yang dikenali sebagai “Kemasan Azumino”. Komputer notebook VAIO® S11 dan S13 mengekalkan rekaan ikonik berbentuk heksagon, namun masih nipis dan ringan. Kedua-duanya juga telah melalui pelbagai ujian kualiti yang ketat untuk memastikan ketahanan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
Prestasi Cemerlang dengan Rekaan Anggun
Komputer notebook VAIO® S11 dan S13 baharu dioptimumkan dengan teknologi TruePerformance VAIO, seterusnya meningkatkan prestasi Pemproses Intel® Core™ CPU Generasi ke-8 yang terkini di dalam komputer notebook tersebut sebanyak 11% hingga 13%. Ini disebabkan oleh rekaan dan seni bina sinki habanya yang diperbaharui, membolehkan komputer notebook VAIO beroperasi untuk tempoh yang lebih lama kerana pembebasan haba pemprosesnya yang lebih cekap.
Dengan hayat bateri yang hebat iaitu masing-masing sehingga 8 jam untuk VAIO® S13 dan 11 jam untuk VAIO® S11, golongan profesional perniagaan boleh meyakini bahawa komputer notebook ini akan sentiasa bersedia di saat mereka paling memerlukannya. Sekiranya mereka perlu mengecas semula komputer notebook mereka, pengecasan selama satu jam akan segera mengisi semula 80% kuasa bateri.
Komputer notebook VAIO® S11 dan S13 dilengkapi dengan papan kekunci yang direka dengan teliti untuk mengurangkan bunyi menaip – dan juga kalis tumpahan. Sekiranya air minuman tertumpah, komputer notebook ini tetap akan beroperasi secara normal untuk jangka masa yang mencukupi bagi membolehkan penyimpanan data. Komputer notebook VAIO® S11 dan S13 juga mempunyai pengimbas cap jari untuk memudahkan proses membukanya di samping turut meningkatkan keselamatan data.
Dengan casis gentian karbon ringan, VAIO® S11 hanya seberat 0.85kg dengan paparan IPS FHD 11.6”, menjadikannya pilihan yang lebih ringan antara dua komputer notebook tersebut. VAIO® S13 yang juga ringan pada hanya 1.07kg didatangkan dengan casis aloi magnesium dan paparan IPS FHD 13.3”. Kedua-dua GPU komputer notebook ini dikuasakan oleh Grafik UHD 620 Intel®. RAM yang tinggi sebanyak 16GB ditawarkan oleh kedua-dua model ini, dengan SSD dalaman sebanyak 512GB yang sangat pantas.
Komputer notebook VAIO® S13 hanya boleh didapati dalam warna hitam dan perak, manakala komputer notebook VAIO® S11 yang lebih kecil mempunyai lebih banyak pilihan warna termasuk hitam, perak, perang, merah jambu dan putih. VAIO® S11 akan dijual pada harga RM 6,499 hingga RM 6,699 manakala VAIO® S13 akan dijual pada harga RM 6,199 hingga RM8,399. Pembeli yang berminat boleh mendapatkan komputer notebook VAIO® baharu di Plaza Lowyat, dan Digital Mall yang menempatkan kedai utama Nextsgo. Komputer notebook VAIO® baharu juga akan dijual atas platform dalam talian Lazada.
Untuk maklumat lanjut mengenai ciri-ciri komputer notebook VAIO® S11 dan S13 baharu, sila layari https://my.vaio.com
Spesifikasi Produk
Mengenai VAIO Corporation
VAIO Corporation ditubuhkan pada 1 Julai 2014 sebagai lanjutan daripada perniagaan komputer peribadi Sony. Dengan ibu pejabat dan tapak pengeluaran yang berpusat di Bandar Azumino, Wilayah Nagano, ia terlibat dalam perancangan, rekaan, pembangunan, pengeluaran, jualan dan perkhidmatan sampingan bagi perniagaan komputer peribadi dan EMS.
Mengenai Nexstgo Company Limited Nexstgo Company Limited yang ditubuhkan pada tahun 2016 diasaskan bersama oleh En. Wilson Leung, Ketua Pegawai Eksekutif, Alco Holdings Limited (SEHK:0328), dan En. Alex Chung, atas minat yang dikongsi bersama dan kegigihan dalam mengejar inovasi teknologi yang berkualiti. Nextsgo komited untuk membawakan pelbagai pengalaman revolusi teknologi melalui pengenalan rangkaian produk yang luas termasuklah komputer peribadi, Smart home, IoT, kepintaran buatan dan penyelesaian-penyelesaian korporat.
Nexstgo kini berkembang dengan stabil di rantau Asia Pasifik. Pada bulan Ogos 2016, ibu pejabat Hong Kong dan Pusat Rekaan Taiwan telah dibuka untuk memulakan persiapan bagi perniagaan serantau. Ia memiliki AVITA, sebuah jenama elektronik pengguna dari Amerika Syarikat.
VAIO dan VAIO® adalah tanda dagangan berdaftar milik Sony Corporation. Nama-nama syarikat, produk dan perkhidmatan yang disenaraikan di sini adalah tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan bagi syarikat-syarikat yang berkenaan.