top of page

HUJAN X MASDO UMUM KONSERT BERSAMA OKTOBER 2018


Dua buah kumpulan kugiran tempatan terkenal iaitu Hujan dan Masdo baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka bakal bergabung di dalam sebuah konsert yang dikenali sebagai Konsert Hujan X Masdo.

Konsert yang buat pertama kali menggabungkan kedua-dua kumpulan ini bakal berlangsung pada hari Sabtu, 6 Oktober 2018 bertempat di Pintu 2, MAEPS Serdang jam 8.30 malam.

Hingga tarikh siaran akhbar ini dikeluarkan hampir 1000 keping tiket telahpun habis dijual. Pihak penganjur sudah menetapkan untuk meletakkan had kapasiti penonton konsert sebanyak 2500 sahaja namun sekiranya terdapat permintaan yang lebih banyak, kapasiti mungkin akan ditambah.


HUJAN X MASDO

Ini juga merupakan kolaborasi pertama serta konsert berskala besar buat kedua-dua kumpulan.Malah merekajuga bakal mengadakan persembahan berkonsep ‘battle of the bands’ di mana kedua-dua kumpulan akan ‘bertarung’ untuk memberikan persembahan terbaik.


Lebih menarik lagi, mereka juga bakal mengadakan segmen tribute khas yang didedikasikan kepada pergerakan kumpulan-kumpulan ‘Indie’ tempatan. Pasti ramai yang ternanti-nanti dengan apa yang bakal disajikan oleh mereka. Seperti yang diketahui ramai Hujan bukanlah nama baru dalam industri muzik tempatan dan telah lama bertapak di Malaysia.

Sebagai salah sebuah kumpulan Indie yang paling berjaya. Muzik yang mereka tampilkan juga mendapat perhatian pencinta muzik luar seperti Indonesia, Singapura, Australia dan banyak lagi.

Kugiran Masdo pula merupakan kumpulan yang agak baru muncul di arus perdana muzik tempatan dan turut mendapat perhatian oleh ramai pihak. Malah kemunculan mereka boleh dibanggakan kerana biarpun agak baru dikenali oleh peminat muzik tanahair, lagu-lagu serta gaya persembahan mereka menjadi tular dan berjaya mengumpul ramai pengikut serta peminat.


Menurut wakil Hujan dan Masdo, pada era muzik moden kini, tidak ramai artis atau kumpulan kugiran (atau band) terutamanya band baru seperti mereka yang mahu atau berani untuk mengadakan konsert, jadi mereka berharap selepas ini lebih banyak konsert-konsert artis dan band tempatan bagi memeriahkan-industrimuzik tempatan seperti suatu masa dahulu.


Konsert ini bakal diterajui dan diterbitkan oleh Rosli Mohamed, yang juga pengasas CST Production sejak tahun 2005 lagi. Rosli yang bermula dengan bidang fotografi dan videografi telah banyak menghasilkan kandungan berunsur hiburan termasuk rancangan TV, video muzik dan juga pelbagai video tular.

Buatjulung-julung kali, Rosli akan bekerjasama dengan DGRANDSTAGE EVENTS untuk menerbitkan konsert mereka yang pertama. Dia juga bakal memberikan sentuhan baru dalam penerbitan konsert ini dengan menggabungkan karya videografi ke dalam

persembahan acara. Para penonton dijangka akan dapat meyaksikan sebuah pertunjukan bunyi dan cahaya yang hebat dan bakal digambarkan dengan ajnas input video kreatif yang akan dipaparkan di layar LED.

Tiket konsert sudahpun mula dijual dan terdapat hadiah istimewa lagi eksklusif buat mereka yang memesan tiket konsert lebih awal. Tiket-tiket ‘earlybird’ ini boleh didapati di ilassotickets.com atau dengan menghubungi talian 03-21706333 / 010-3837552.

Malah pihak penganjur baru sahaja diberitahu bahawa tiket Rock Zone dengan sesi ramah mesra atau ‘meet and greet’ pada harga RM200 telahpun habis dijual.

Ini menunjukkan masih ramai yang rindu untuk bertemu Hujan secara dekat. Untuk itu harga tiket yang tinggal adalah seperti berikut:

Rock Zone : RM150 + hadiah percuma (tanpa meet and greet/ sesi ramah mesra) Zone 1 : RM100 + Beg percuma Zone 2 : RM50 + ‘Wristband’ percuma

Tawaran tiket ‘early bird’ bermula dari sekarang hingga 9 September 2018 sahaja. Untuk sebarang hal ehwal media hubungi JOE SAIFUL di talian +60122048142/ joe.saiful@gmail.com |MYBUZZ!

 

GALERI | HUJAN X KUGIRAN MASDO

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page