DA'I 6 | TIADA PENYINGKIRAN DI MINGGU KE-5
Peserta Semakin Menyerlah dan Berkeyakinan
Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-6 sekali lagi bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral minggu lalu dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor dan Da’i Izzhar, minggu kelima dengan tema “Isu Aku & Kamu” menyaksikan tiada ejen dakwah disingkirkan bagi meneruskan perjuangan mereka di pentas dakwah ini. Mereka dilihat semakin berkeyakinan dan semakin bijak mempelbagaikan persembahan mereka dengan tema dan konsep yang telah ditetapkan.
Sekali lagi, Da’i Haziq cemerlang apabila menerima undian tertinggi daripada penonton sebanyak 79% diikuti oleh Da’i Adam 73% dan Da’i amirul 70%. Penampilan Da’i Haziq yang berbeza setiap minggu menarik hati juri tetap Prof. Madya Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail, kerana gaya penampilan turut menjadi tumpuan para penonton. Da’i Haziq juga memberi contoh yang cukup dekat dengan hati para penonton disokong pula dengan fakta yang kukuh.
Peserta termuda Da’i Raisyah turut mendapat perhatian, walaupun baru berusia 18 tahun, ilmu, kepetahan dan intonasinya dalam memberi tazkirah mendapat pujian juri iaitu Ustaz Roslan menggantikan tempat juri tetap Ustaz Mohamad Zarifi yang sedang menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci. Tidak kurang mantapnya, Da’i Imran lancar menyampaikan tazkirahnya yang bertajuk “Aku Cemburu”. Menariknya, tazkirah beliau turut disertakan dengan contoh-contoh dari Hamka, Hamzah Fansuri & Ibnu Qayyim. Begitulah yang diharapkan menerusi program dakwah sebegini, mahu melahirkan generasi pendakwah muda yang berkaliber dan memberi inspirasi buat masyarakat khususnya golongan muda.
Markah setiap peserta adalah daripada juri tetap sebanyak 80% dan para murabbi iaitu Ustaz Harryanto Rizal Rokman dan Ustaz Fakhrul Radhi Khamarudin sebanyak 20%. Jangan lupa untuk terus mengikuti perjalanan enam para Da’i musim ke-6 ini pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 di TV3 dan boleh ditonton di seluruh dunia melalui laman youtube TV3Malaysia. #daiTV3 di laman sosial anda sebagai tanda sokongan dan untuk menyemarakkan lagi Da’i musim ke-6, Penyambung Legasi Dakwah!.
Berikut adalah topik persembahan peserta mengikut giliran pada minggu kelima:
GALERI | DA'I 6 MINGGU 5 - ISU "AKU & KAMU"
Mengenai TV3
Sejak diperkenalkan pada tahun 1984, TV3 sentiasa relevan dan memberi nilai kepada penontonnya menerusi pelbagai program yang merangkumi berita dan isu semasa, kemasyarakatan, keagamaan, majalah dan dokumentari, hiburan, sukan dan drama. Terus mengekalkan kedudukannya sebagai stesen TV Premium Mass Malay, TV3 masih mengekalkan kedudukannya sebagai stesen televisyen nombor satu Malaysia dengan memaparkan program-program berprestij seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Skrin, Nona, Majalah 3, Wanita Hari Ini (WHI) dan Malaysia Hari Ini (MHI). Tambahan lagi TV3 tetap berjaya menyentuh jutaan penonton melalui slot-slot drama Akasia, Lestary, Azalea, Samarinda, Iris, Cerekarama dan yang terbaharu, Seramedi serta pelbagai kempen dan program TV lain yang menarik untuk penonton setianya.
MENGENAI ALMAS BEAUTY & HEALTH
ALMAS BEAUTY & HEALTH telah ditubuhkan pada tahun 2009. Ia merupakan syarikat milik penuh 100% Bumiputera. ALMAS mengeluarkan dan mengedarkan produk-produk berasaskan kesihatan dan kecantikan yang berkualiti, bermutu tinggi serta bertaraf antarabangsa. ALMAS diuruskan sepenuhnya oleh YBhg Dato' Hassanal Bolkiah Hj Abdul Wahab bersama YBhg Datin Maziah Haji Mohamed selaku Pengarah Urusan dan dibantu oleh beberapa kakitangan yang bertindak dalam pengurusan syarikat dan hal-hal yang berkaitan mutu syarikat. Bertemakan moto syarikat iaitu CANTIK, CERAH, GEBU , jenama Almas terdiri daripada rangkaian Set Kosmetik. Almas mengeluarkan Jus Nusantara Gold yang digelar sebagai ‘Penghulu Segala Produk’. Almas sangat berhati – hati mengeluarkan satu – satu produk, apatah lagi produk kesihatan di mana kaedah R&D dijalankan.