top of page

DA'I6 | SECANTIK & SEINDAH ORKID CATTELYA

Tazkirah Da’i Imran Terima Pujian Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin


“Secantik dan Seindah Orkid Cattleya” - Itulah pujian yang diterima ejen dakwah Da’i Imran apabila tazkirah beliau bertajuk Madinah Kota Cinta disampaikan penuh pengertian, memberi gambaran tepat tentang keindahan islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W setelah berhijrah daripada kota Mekah. Mengupas intipati tazkirah minggu keenam bertemakan Iktibar Dari Tanah Suci dengan konsep muhasabah yang disampaikan oleh Da’i Imran, Kota Madinah digambarkan tertegak berteraskan dari Ad-Din (agama), yang bermaksud cara hidup yang melengkapi segala aspek kehidupan. Da’i Imran menerima 60% undian daripada para penonton yang meletakkan beliau di kedudukan tiga teratas menerima undian tertinggi selain Da’i Haziq (78%) dan Da’i Raisyah (68%).


Pentas Da’i Pendakwah Nusantara Musim ke-6 juga semakin sukar apabila tiga peserta terendah akan diuji dengan soalan “imtihan” di pusingan penyingkiran. Kelemahan Da’i Amirul menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh para juri menjadikan beliau peserta keenam tersingkir pada minggu lalu. Peserta telah dinilai oleh juri tetap Prof. Madya Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail dan juri jemputan Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin yang memberi markah 80% secara keseluruhan manakala 20% lagi adalah daripada pemerhatian para murabbi.


Kini hanya tinggal lima peserta yang akan meneruskan perjuangan mereka di pentas dakwah Da’i musim ke-6 ini iaitu Da’i Adam, Da’i Haziq, Da’i Imran, Da’i Syahmi dan juga Da’i Raisyah. Sekali lagi mereka akan diuji dengan tema yang mencabar minda di minggu ketujuh nanti. Nantikan ejen-ejen dakwah ini beraksi sekali lagi pada hari Jumaat ini ( 31 Ogos), jam 9.00 di TV3. Da’i Pendakwah Nusantara turut boleh di tonton di seluruh dunia melalui laman youtube TV3Malaysia dan jangan lupa #daiTV3 di laman sosial anda sebagai tanda sokongan!

Berikut adalah topik persembahan peserta mengikut giliran pada minggu ke-enam:

 

GALERI | DA'I 6 MINGGU 6


 

Mengenai TV3

Sejak diperkenalkan pada tahun 1984, TV3 sentiasa relevan dan memberi nilai kepada penontonnya menerusi pelbagai program yang merangkumi berita dan isu semasa, kemasyarakatan, keagamaan, majalah dan dokumentari, hiburan, sukan dan drama. Terus mengekalkan kedudukannya sebagai stesen TV Premium Mass Malay, TV3 masih mengekalkan kedudukannya sebagai stesen televisyen nombor satu Malaysia dengan memaparkan program-program berprestij seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Skrin, Nona, Majalah 3, Wanita Hari Ini (WHI) dan Malaysia Hari Ini (MHI). Tambahan lagi TV3 tetap berjaya menyentuh jutaan penonton melalui slot-slot drama Akasia, Lestary, Azalea, Samarinda, Iris, Cerekarama dan yang terbaharu, Seramedi serta pelbagai kempen dan program TV lain yang menarik untuk penonton setianya.

MENGENAI ALMAS BEAUTY & HEALTH

ALMAS BEAUTY & HEALTH telah ditubuhkan pada tahun 2009. Ia merupakan syarikat milik penuh 100% Bumiputera. ALMAS mengeluarkan dan mengedarkan produk-produk berasaskan kesihatan dan kecantikan yang berkualiti, bermutu tinggi serta bertaraf antarabangsa. ALMAS diuruskan sepenuhnya oleh YBhg Dato' Hassanal Bolkiah Hj Abdul Wahab bersama YBhg Datin Maziah Haji Mohamed selaku Pengarah Urusan dan dibantu oleh beberapa kakitangan yang bertindak dalam pengurusan syarikat dan hal-hal yang berkaitan mutu syarikat. Bertemakan moto syarikat iaitu CANTIK, CERAH, GEBU , jenama Almas terdiri daripada rangkaian Set Kosmetik. Almas mengeluarkan Jus Nusantara Gold yang digelar sebagai ‘Penghulu Segala Produk’. Almas sangat berhati – hati mengeluarkan satu – satu produk, apatah lagi produk kesihatan di mana kaedah R&D dijalankan.

Tags:

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page