DA'I 6 | MERDEKAKAH JIWA DAN MINDA KITA?
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Kata keramat yang sering didengari apabila tanggal 31 Ogos menjelma. 61 tahun merdeka, sudah merdekakah jiwa dan minda kita? Minggu lalu, lima peserta Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-6 iaitu Da’i Imran, Da’i Adam, Da’i Raisyah, Da’i Haziq dan Da’i Syahmi diberi tugasan mengupas erti kemerdekaan dari kaca mata Islam bersempena Hari Kebangsaan Malaysia dengan tema “Memerdekakan Minda & Jiwa”.
Berlainan dengan minggu-minggu sebelum ini, pentas minggu ketujuh telah dibuka dengan persembahan pidato dan bacaan Rukun Negara oleh adik Umar Shakur yang menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam kalangan para penonton tidak kira di studio mahupun di rumah.
Da’i Imran sekali lagi cemerlang dengan tazkirah beliau yang mengupas mengenai kemerdekaan pada zaman Rasulullah S.A.W 1400 tahun dahulu dengan naratif lengkap yang menyokong isi persembahan beliau sehingga menerima pujian oleh Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud yang kembali menggalas tugas juri sekembalinya beliau daripada Tanah Suci Mekah. Da’i Imran bijak menerangkan bagaimana kedatangan Rasullullah memerdekakan jiwa-jiwa manusia daripada tuhan-tuhan palsu kepada tuhan yang Maha Satu!.
Tiga peserta yang memperoleh undian tertinggi menerusi undian di laman sosial twitter pada minggu lalu adalah Da’i Haziq (76%), Da’i Adam (70%) dan Da’i Imran (66%). Namun mendapat undian tertinggi tidak menentukan mereka akan terus terselamat kerana markah 100% adalah daripada juri professional dan juga murabbi mereka.
Berikut adalah topik persembahan peserta mengikut giliran pada minggu ketujuh:
Tiada penyingkiran pada minggu lalu, ini bermakna lima peserta akan terus kekal dalam persaingan mereka ke pentas akhir yang hanya tinggal empat minggu sahaja lagi. Ayuh, berikan sokongan kepada para pendakwah muda ini dengan menonton persembahan mereka sekali lagi pada hari Jumaat ini, 7 September, jam 9.00 malam di TV3. Jika anda ingin ketahui aktiviti-aktiviti luar yang dilakukan oleh para Da’i musim ke-6 ini, jangan ketinggalan untuk turut menonton jurnal Da’i pada jam 7.55 malam pada hari yang sama dan teruskan untuk #DaiTV3 di laman sosial anda!. |MYBUZZ!
GALERI | DA'I 6 MINGGU KE-7
Mengenai TV3 Sejak diperkenalkan pada tahun 1984, TV3 sentiasa relevan dan memberi nilai kepada penontonnya menerusi pelbagai program yang merangkumi berita dan isu semasa, kemasyarakatan, keagamaan, majalah dan dokumentari, hiburan, sukan dan drama. Terus mengekalkan kedudukannya sebagai stesen TV Premium Mass Malay, TV3 masih mengekalkan kedudukannya sebagai stesen televisyen nombor satu Malaysia dengan memaparkan program-program berprestij seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Skrin, Nona, Majalah 3, Wanita Hari Ini (WHI) dan Malaysia Hari Ini (MHI). Tambahan lagi TV3 tetap berjaya menyentuh jutaan penonton melalui slot-slot drama Akasia, Lestary, Azalea, Samarinda, Iris, Cerekarama dan yang terbaharu, Seramedi serta pelbagai kempen dan program TV lain yang menarik untuk penonton setianya.
MENGENAI ALMAS BEAUTY & HEALTH ALMAS BEAUTY & HEALTH telah ditubuhkan pada tahun 2009. Ia merupakan syarikat milik penuh 100% Bumiputera. ALMAS mengeluarkan dan mengedarkan produk-produk berasaskan kesihatan dan kecantikan yang berkualiti, bermutu tinggi serta bertaraf antarabangsa. ALMAS diuruskan sepenuhnya oleh YBhg Dato' Hassanal Bolkiah Hj Abdul Wahab bersama YBhg Datin Maziah Haji Mohamed selaku Pengarah Urusan dan dibantu oleh beberapa kakitangan yang bertindak dalam pengurusan syarikat dan hal-hal yang berkaitan mutu syarikat. Bertemakan moto syarikat iaitu CANTIK, CERAH, GEBU , jenama Almas terdiri daripada rangkaian Set Kosmetik. Almas mengeluarkan Jus Nusantara Gold yang digelar sebagai ‘Penghulu Segala Produk’. Almas sangat berhati – hati mengeluarkan satu – satu produk, apatah lagi produk kesihatan di mana kaedah R&D dijalankan.