DA'I 6 | KEMAMPUAN DA’I AKAN TERUS DIUJI
Tiada penyingkiran di peringkat suku akhir minggu lalu, empat peserta iaitu Da’i Imran, Da’i Adam, Da’i Syahmi dan Da’i Haziq akan meneruskan persaingan mereka di peringkat separuh akhir minggu ini (21 September) untuk merebut tempat ke pentas akhir pada 28 September nanti. Minggu suku akhir, mereka diberi tugasan untuk menyampaikan tazkirah dengan tema “Aku Ingin Ke Syurga”. Minggu lalu juga turut diserikan lagi dengan kehadiran tetamu nusantara iaitu Tuan Abdullah Tuan Harun dari Thailand.
Menurut Ustaz Zarifi Mohamad Daud, juri tetap Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-6, “Peserta di suku akhir ini sudah punya kemahiran asas sebagai seorang pendakwah. Kemahiran asas itu sememangnya telah dikuasai baik dari sudut ilmu-ilmu asas, pengucapan awam, penggunaan pentas dengan penstrukturan isi dan jalan cerita yang baik. Cuma untuk baki dua minggu terakhir ini, saya berharap mereka akan terus fokus. Saya mengharapkan mereka tampil dengan isi tazkirah yang benar-benar berkualiti, yang dapat membantu dalam menyelesaikan masalah masyarakat dan ummat. Saya juga mahu lihat mereka tampil dengan persembahan yang lebih kreatif untuk minggu akhir nanti.”
Minggu suku akhir yang lalu, para juri merasakan para peserta belum cukup diuji. Oleh itu, para juri ingin menguji kesemua peserta dengan memberi tazkirah secara spontan pada sesi imtihan sebagai persediaan mereka untuk ke pentas akhir. Tiada peserta yang tersingkir di peringkat suku akhir kerana setiap peserta telah menunjukkan prestasi yang memuaskan. Peringkat suku akhir juga menyaksikan Da’i Haziq menerima undian populariti daripada penonton yang tertinggi iaitu 68% diikuti Da’i Imran (62%), Da’i Adam (60%) dan Da’i Syahmi (54%). Walaubagaimanapun, markah tazkirah mereka ditentukan sepenuhnya oleh para juri tetap dan juga murabbi.
Berikut adalah topik persembahan peserta mengikut giliran pada suku akhir:
Siapakah yang akan berjaya melangkah ke peringkat akhir nanti? Jangan lupa untuk menonton pentas separuh akhir pada 22 September ini. Jangan lupa undi Da’i pilihan anda di laman twitter dan juga #DaiTV3 di laman sosial anda. Da’i 6 juga boleh ditonton secara langsung di laman youtube @TV3Malaysia. |MYBUZZ!
GALERI | DA'I 6 - PERINGKAT SUKU AKHIR “Aku Ingin Ke Syurga”
Mengenai TV3 Sejak diperkenalkan pada tahun 1984, TV3 sentiasa relevan dan memberi nilai kepada penontonnya menerusi pelbagai program yang merangkumi berita dan isu semasa, kemasyarakatan, keagamaan, majalah dan dokumentari, hiburan, sukan dan drama. Terus mengekalkan kedudukannya sebagai stesen TV Premium Mass Malay, TV3 masih mengekalkan kedudukannya sebagai stesen televisyen nombor satu Malaysia dengan memaparkan program-program berprestij seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Skrin, Nona, Majalah 3, Wanita Hari Ini (WHI) dan Malaysia Hari Ini (MHI). Tambahan lagi TV3 tetap berjaya menyentuh jutaan penonton melalui slot-slot drama Akasia, Lestary, Azalea, Samarinda, Iris, Cerekarama dan yang terbaharu, Seramedi serta pelbagai kempen dan program TV lain yang menarik untuk penonton setianya.
MENGENAI ALMAS BEAUTY & HEALTH ALMAS BEAUTY & HEALTH telah ditubuhkan pada tahun 2009. Ia merupakan syarikat milik penuh 100% Bumiputera. ALMAS mengeluarkan dan mengedarkan produk-produk berasaskan kesihatan dan kecantikan yang berkualiti, bermutu tinggi serta bertaraf antarabangsa. ALMAS diuruskan sepenuhnya oleh YBhg Dato' Hassanal Bolkiah Hj Abdul Wahab bersama YBhg Datin Maziah Haji Mohamed selaku Pengarah Urusan dan dibantu oleh beberapa kakitangan yang bertindak dalam pengurusan syarikat dan hal-hal yang berkaitan mutu syarikat. Bertemakan moto syarikat iaitu CANTIK, CERAH, GEBU , jenama Almas terdiri daripada rangkaian Set Kosmetik. Almas mengeluarkan Jus Nusantara Gold yang digelar sebagai ‘Penghulu Segala Produk’. Almas sangat berhati – hati mengeluarkan satu – satu produk, apatah lagi produk kesihatan di mana kaedah R&D dijalankan.