top of page

MARATON MUZIK DI HUJUNG MINGGU BERSAMA iKON DAN WINNER - 2 ZON TIKET HABIS DIJUAL SEMENTARA ZON LAIN


Konsert iKON 2018 CONTINUE TOUR IN KUALA LUMPUR dan WINNER 2018 EVERYWHERE TOUR IN KUALA LUMPUR, anjuran MacpiePro akan menggegarkan Stadium Malawati, Shah Alam pada pukul 6 petang, 13 Oktober (Sabtu) dan 14 Oktober (Ahad) depan.

Kedua-dua kumpulan idola tersebut merupakan bintang yang bernaung di bawah pengurusan YG Entertainment. Kehadiran iKON ke sini adalah untuk kali kedua, sementara WINNER bakal membuat konsert pertama mereka di Malaysia.

Sambutan terhadap kedua-dua konsert yang dicetuskan oleh MacpiePro mengenai "MUZIK TANPA TEKANAN" itu disambut baik oleh peminat-peminat K-Pop tempatan. Lebih mengujakan lagi, peminat berusia 18 tahun ke bawah ditawarkan harga istimewa untuk tiket pada kadar RM98 berbanding harga RM273 untuk kedua-dua konsert.

Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan MacpiePro untuk membuat konsert dengan menawarkan tiket pada harga berpatutan untuk golongan remaja.


Sehingga kini, tiket berharga RM373 (Zon Hijau) dan RM273 (Zon Biru) untuk KEDUA-DUA malam telah habis dijual. Bagaimanapun tiket untuk zon-zon lain masih lagi ada dan penjualannya bergerak pantas.

Lain-lain zon tiket yang masih boleh didapati ialah RM693 (Zon iKONIC / INNER CIRCLE), RM673 (Zon Merah TETAPI TERHAD), RM573 (Zon Kuning) dan RM483 (Zon Ungu). Tiket-tiket juga boleh dibeli menerusi www.ticketcharge.com.my


Untuk 400 peminat pertama yang membeli tiket Zon iKONIC/INNER CIRCLE, atau 150 orang peminat pertama yang membeli tiket Zon Merah, berhak untuk mendapat PAS SOUNDCHECK, manakala 280 orang peminat pertama yang membeli tiket Zon Kuning akan mendapat PAS SENDOFF untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan kegemaran masing-masing. Selain itu, setiap pembeli akan mendapat poster rasmi juga. Semua itu bergantung kepada terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.


Konsert dua hari berturut-turut pada hujung minggu itu, membuktikan bahawa MacpiePro memenuhi janji untuk menyemarakkan lagi persembahan secara langsung di masa akan datang kepada peminat-peminat K-Pop tempatan.
















Kumpulan iKON dan WINNER masing-masing mempunyai keunikan tersendiri. iKON dianggotai oleh tujuh ahli iaitu, B.I, Jay, Bobby, Song, Ju-ne, DK dan Chan. Huruf "C" dalam "ICON" digantikan dengan "K" bagi membayangkan bahawa anggota kumpulan tersebut mampu menjadi ikon Korea. Sementara itu, kumpulan WINNER yang dianggotai oleh empat pemuda, Yoon, Jinu, Hoony dan Mino.

Pastikan anda mengikuti @MacpiePro di Facebook dan laman web rasmi www.macpiepro.com untuk perkembangan terkini.| MYBUZZ!

Tags:

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page