TULUS TERUJA SAMBUTAN LUAR JANGKA PEMINAT MALAYSIA
Penampilan sulung Tulus di Istana Budaya semalam (18 September) benar benar mendapat sambutan diluar jangkaan dari peminat-peminat aliran muziknya di Malaysia. Konsert mini yang berlansung selama 1 jam 30 minit penuh tenaga dan memukau semua penonton yang hadir bagi menyaksikan konsert Tulus Live At Istana Budaya yang julung kali diadakan di Malaysia.
Membuka tirai pentas seawal jam 9 malam, Tulus memulakan persembahan beliau dengan menyampaikan lagu ‘Baru’ dipetik dari album keduanya, Gajah (2014), diikuti 'Kisah Sebentar' dari album sulungnya, Tulus (2011) dan ‘Tukar Jiwa’ dari album ketiga, Monokrom (2016). Momentum persembahan Tulus diteruskan lagi dengan dendangan rangkaian 12 lagu yang diambil dari ketiga-tiga albumnya termasuk single terbaharu 'Libirin' yang baru lancarkan Ogos lalu.
Rata-rata penonton yang hadir begitu teruja kerana bukan sekadar dapat menonton malah turut sama berduet dan bergoyang dansa bersama-sama Tulus di sepanjang konsert berlansung. Tulus juga turut merasakan keterujaannya apabila hampir keseluruhan penonton menghafal kesemua lirik lagu yang disampaikan. Lebih manis baginya apabila single baharu beliau “Libirin” yang baru 3 minggu dilancarkan, turut dinyanyikan bersama oleh peminat-peminatnya.
“Secara keseluruhan dari aspek teknikal saya amat berpuas hati kerna semuanya berjalan lancar, secara anergi pula sejujurnya ekspaktasi saya tidak sebesar ini walaupun saya diberitahu jualan tiketnya habis. Itupun melalui teman teman lewat sosial media. Akan tetapi energi yang diterima pada malam ini sememangnya diluar jangkaan saya”. Ujar Tulus sewaktu ditanyakan wakil media selepas selesai persembahannya semalam.
Tulus juga turut memaklumkan dia bakal mengadakan persembahan di satu festival musik yang akan diadakan di Kuching tidak lama lagi. Beliau juga berharap agar dapat kembali lagi ke Kuala Lumpur secepat mungkin untuk bersama-sama peminatnya disini.
“Rencananya saya mahu tinggal lama di Kuala Lumpur, saya lagi ketagihan sama nasi ayam di sini”. tambah Tulus lagi.
Konsert Tulus Live at Istana Budaya semalam yang dibawakan oleh Shiraz Projects, turut dihadiri artis-artis tempatan seperti Dato Sri Siti Nurhaliza dan suami, Dato’ Afdlin Syauki, Misha Omar, Nabila Huda, Sherry Al-Hadad serta ramai lagi sebagai memberi tanda sokongan.terhadap Tulus. |MYBUZZ!
GALERI | TULUS LIVE AT ISTANA BUDAYA
Foto : Ajako Watanabe/ Shiraz Projects