top of page

SYAFEEK IKHWAN HARUMKAN NAMA MALAYSIA DI PARIS

Tuah Ayam Nampak di Kaki, Tuah Manusia Siapalah Yang Tahu, Penyanyi yang berjiwa kental Syafeek Ikhwan berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia selepas menjuarai i-Sing World Final 2018 yang telah diadakan di Paris malam tadi.


Syafeek Ikhwan (tengah) bersama Juara keseluruhan Kategori Duet dari Korea Selatan

Tuah membawa lagu Kau Kekasihku (Siti Nurhaliza), beliau berjaya menawan hati juri sekaligus dinobatkan sebagai Juara keseluruhan kategori Solo Lelaki dengan membawa pulang hadiah wang tunai USD2,500 dan sebuah trofi. 

''Perasaan terkejut lagi sebenarnya sebab tadi sebelum diumumkan, saya memang gemuruh sangat-sangat, rasa macam nak sangat menang untuk Malaysia tetapi saingan sengit'' Ujar beliau ketika dihubungi melalui aplikasi whatsapp bersama MB pagi tadi.




Beliau menambah, ''Bila diumumkan sebagai Juara, saya bersyukur sangat, ini semua atas berkat doa kawan-kawan, ahli keluarga, pengikut di laman sosial dan rakyat Malaysia  dimakbulkan, rasa lega sebab saya dapat bawa nama negara dan selesaikan tanggungjawab sampai ke akhirnya..''





Beliau juga berkata antara saingan hebat antaranya peserta dari negara Ukraine, Sepanyol, Filipina, Vietnam dan India.


'' Saya sebenarnya tidak sihat sejak seminggu sebelum belepas ke Paris, sampai terpaksa berhenti berlatih... saya ke sana dalam keadaan bimbang tentang kesihatan... Tetapi Syukur Alhamdulillah berkat semangat dan doa orang ramai, saya dapat habiskan pertandingan selama 6 hari. Setiap kali ke tempat pertandingan, bekalan ubat penuh dalam beg, selimut, bantal, air mineral perlu dibawa bersama.. sementara tunggu giliran sound check.. saya akan tidur di back stage....'' Ujar beliau lagi ketika ditanya tentang persediaan akhir.


Sebelum ini beliau telah menjuarai i-Sing Malaysia 2018 dengan membawa Lagu Cindai (Siti Nurhaliza) yang telah diadakan di Sky Park One City hujung bulan Julai yang lalu. Ia telah membuka ruang kepada beliau untuk mewakili Malaysia ke pertandingan peringkat dunia i-Sing di Paris disamping membawa pulang wang tunai RM1,000.00 beserta trofi.


i-Sing World Final 2018 yang telah diadakan di Novotel Paris berlangsung selama empat hari bermula 19 September hingga 23 September 2018, seramai 44 peserta dari lebih 40 buah negara telah menyertai pertandingan ini antaranya USA, China, Australia, Belgium, England, India, Italy, Romania, Singapore, Vietnam, Hong Kong dan banyak lagi.


Barisan juri profesional terdiri daripada Diane Tell, Kitari Mayele, Ysabelle Arfi, Rio Ling dan Chux Oliveira sebagai Ketua Juri.  MYBUZZ!







Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page