HABIB SAMBUT ULANG TAHUN KE-20 RUANG PAMERAN DI KLCC
Sebagai sebahagian daripada acara sambutan ulangtahun ruang pameran HABIB ke-20 tahun di Suria KLCC semalam, pihak HABIB telah menganjurkan satu acara pameran barang kemas secara eksklusif kepada wakil media.
Majlis dimulakan dengan pengenalan sebuah koleksi eksklusif oleh Encik Mohd Zaruddin Mahmud, Pengurus Besar HABIB yang memaparkan potongan berlian serta batu permata seperti delima pada gelang, cincin, loket emas, emas putih dan varian emas mawar. Bagi memperingati majlis khas itu juga, pihak HABIB turut menjemput Datin Diana Danielle bagi memperagakan koleksi tersebut yang terdiri daripada rekaan gelang berlian dan reka bentuk cincin yang terkini untuk pelanggan yang suka menyuai padankan barang kemas mereka.
Sebagai meraikan ulangtahun ini juga, pihak HABIB turut tidak lupa untuk memberi penghargaan dan keistimewaan kepada pelanggan mereka pada hujung minggu ini. Bermula dari 28 hingga 30 September 2018,
setiap pelanggan Habib bakal menikmati: -
• Diskaun RM10 - RM20 untuk setiap gram
emas 916/999 • Loket emas 916 pada harga RM118 • Percuma jam tangan “ICE Glam Ice-Watch”
dengan sebarang pembelian barang
kemas berlian dan batu permata bernilai
RM5,000 dan ke atas dalam satu resit * • Potongan 50% hingga 80% untuk permata
berlian & batu permata yang dipilih *
*tertakluk kepada terma dan syarat
Bagi sebuah jenama yang telah berdiri teguh menempuhi dekad masa serta setiap rekaannya kaya dengan warisan dan tradisi yang pelbagai, komitmen HABIB kepada pelanggan tetap tidak pernah berubah. Dato Sri Meer Habib, Pengarah Urusan HABIB berkata "Kami telah berada di Suria KLCC sejak tahun 1998 dan menjalani beberapa peningkatan untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan". Beliau kemudian membuat kesimpulan, "Dua dekad yang lalu di Suria KLCC telah menjadi perjalanan yang luar biasa untuk HABIB dipenuhi dengan hubungan pelanggan yang telah berkembang seiring dengan ribuan detik yang tidak dapat dilupakan dan kami tidak sabar untuk bertambah dengan Suria KLCC untuk bertahun-tahun yang akan datang."
HABIB turut memaklumkan bakal meraikan ulang tahun ke-60 penubuhan mereka tahun ini, dengan sebuah pameran khas yang akan diadakan pada November 2018. Untuk maklumat lanjut mengenai Habib Jewels, sila lawati laman sesawang www.habibjewels.com/ dan di platform media sosial:
Instagram: www.instagram.com/ habibjewelsofficial Facebook: www.facebook.com/habibjewels
GALERI | SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-20 HABIB DI KLCC