OPPO X SHISEIDO LANCAR KOTAK EDISI TERHAD OPPO F9 STARRY PURPLE
Jenama global telefon pintar, OPPO telah mengumumkan projek jaringan terbaharunya bersama jenama antarabangsa terkemuka, Shiseido. Kerjasama ini sekali lagi membuktikan bahawa OPPO adalah jenama yang sentiasa menggabungkan nilai-nilai estetika dan kepelbagaian fungsi.
Mempunyai sasaran pengguna yang sama, OPPO dan Shiseido memberi tumpuan kepada generasi muda, bergaya dan hebat untuk menghasilkan produk bermutu tinggi yang menemukan standard kepelbagaian fungsi dan penampilan. Melalui kolaborasi ini, kedua-dua jenama telah diinspirasikan oleh satu sama lain dan menantikan lebih banyak projek kolaborasi yang lain pada masa akan datang. Bagi OPPO, telefon pintar bukan sahaja sekadar alat komunikasi tetapi juga merupakan satu karya seni.
F9 menggabungkan beberapa fungsi terbaharu yang merevolusikan OPPO F-Series. Dengan hanya mengecas selama lima minit, pengguna boleh mendapat dua jam waktu berbual. Tambahan lagi, F9 juga dilengkapi dengan dwi kamera belakang AI-enhanced (16MP + 2MP) bagi membantu mencapai kesan Bokeh yang mengagumkan bila mengambil gambar. Kamera hadapan OPPO F9 25MP juga tidak mengecewakan. Penciptaan semula teknologi 'Sensor-HDR' mempertingkatkan lampu belakang swafoto secara dramatik dan membolehkan para pengguna memeriksa kesan-kesan dedahan dinamik tinggi sebenar serta-merta.
“Sejak dulu, OPPO telah menjadi jenama yang memahami keperluan para pengguna. Walaupun keutamaan kami adalah untuk memastikan inovasi dalam menghasilkan telefon-telefon yang berkualiti tinggi, kita juga mengutamakan penampilan telefon-telefon juga. Kerjasama kami bersama Shiseido membuktikan sekali lagi bahawa F9 ni mempunyai pelbagai kemungkinan yang menjadikan ia lebih dari sekadar telefon pintar dan kami amat gembira menyaksikan hasil kolaborasi ini” menurut Nikki Chen, Pengarah Penjenamaan OPPO Malaysia.
“Kami amat gembira dengan kolaborasi bersama OPPO bagi pelancaran edisi terhad F9 x Shiseido Starry Purple. Berpeluang untuk bekerjasama bagi menghasilkan kotak edisi terhad yang istimewa ini akan menjadi penanda aras sebagai jenama kosmetik dan juga untuk jenama telefon pintar” menurut Denise Chen, Penolong Pengarah Am Shiseido.
Kolaborasi bersama Shiseido
Bagi menambahkan lagi keterujaan pelancaran Starry Purple adalah kolaborasi OPPO dengan jenama kosmetik antarbangsa terkemuka Shiseido. Kerjasama berantara kedua-dua jenama ni telah menghasilkan kotak edisi terhad ekslusif bagi rona terbaharu F9 – menandakan telefon ini sebagai satu adunan serasi nilai-nilai estatik dan teknologi. Kotak edisi terhad ni didatangkan dengan gincu Shiseido bermodel Rouge Rouge dalam tona Primrose Sun (RS419) bernilai RM108 dan servis solekan flash yang memberikan para pengguna peluang untuk merasai servis solekan yang direka secara ekslusif bagi OPPO F9 Starry Purple. Terdapat dua jenis pilihan solekan samada Solekan Harian Romantik atau Malam yang Chic dan anggun.
Kotak Edisi Terhad OPPO F9 Starry Purple X Shiseido
“Pengguna kelmarin telah menjadi semakin celik teknologi dan sentiasa mencari telefon pintar terbaik bagi memenuhi keperluan-keperluan mereka samada dalam penampilan dan pelbagai fungsi. OPPO F9 sememangnya mampu memenuhi keperluan-keperluan tersebut melalui teknologi ekslusif OPPO VOOC Flash Charge selain mempelopori skrin estatik titisan air dengan kecerunan rekaan warna dengan pencapaian terbaiknya apabila 32 unit terjual setiap minit semasa hari pertama jualan F9, kami mengharapkan pencapaian yang lebih daripada kali ini dengan Starry Purple.” menurut Nikki Chen, Pengarah Penjenamaan OPPO Malaysia.
Sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan dan untuk lebih memenuhi keperluan penguna-penguna kami, kami mendapati kecantikan dan teknolgi sepatutnya digambarkan melalui keseluruhan telefon, samada luar dan dalam. Oleh itu kerjasama kami bersama Shisheido mewakili tujuan ini dan kami amat berbangga untuk mengumumkan kolabarasi kami bersama Shisheido, yang secara tidak langsung mengatasi batasan kami sendiri dan persepsi-persepsi orang ramai terhadap jenama-jenama telefon pintar. Untuk menghampiri dengan para pengguna, kami melancarkan kotak edisi terhad F9 Starry Purple, dihasilkan istimewa untuk kepelbagaian warna Starry Purple,” tambah beliau lagi.
Menurut Cik Denise Chen, Penolong Pengarah Am Shiseido, beliau berkata bahawa “Sebagai sebuah jenama kecantikan terkemuka dan yang dipercayai selama 145 tahun, kami sangat teruja untuk memulakan kerjasama ini bersama OPPO. Industri kecantikan sedang berkembang pesat dan mengabungkan penggunaan teknologi dan bekerjasama dengan OPPO merupakan satu penghargaan dan ia memberikan Shisehido satu landasan untuk melebarkan sayap kami dan berhubung dengan pengguna-pengguna kami dari pelbagai peringkat. Kolaborasi dengan F9 Starry Purple adalah usaha jenama kami dalam meneroka pelbagai kemungkinan dan mencipta pelbagai aspek ke arah jenama kami.”
Majlis pelancaran ini telah diadakan baru-baru ini dengan kehadiran Duta OPPO selebriti Malaysia terkenal Ayda Jebat dan selebriti dari Taiwan Hebe Tien.
Duta OPPO F9 Starry Purple
AYDA JEBAT - PELAKON/PENYANYI MALAYSIA
HEBE TIEN - SELEBRITI TAIWAN
Kecemerlangan Rekaan: Skrin Titisan Air dengan Kecerunan warna-warna
Memandangkan telefon pintar semakin digemari golongan muda, OPPO menerokai citarasa mereka melalui fesyen dan stail untuk mereka produk-produk dengan daya tarikan lebih meluas. Selepas pelancaran dua rona warna kombinasi F9 pada Ogos yang lalu, Starry Purple juga dilengkapi dengan teknologi Kecerunan Semburan dan teknologi “Bingkai Kecerunan” digunakan oleh OPPO bagi memberikan kombinasi sempurna kecerunan rekaan pada belakang dan memberikan pengguna pengalaman tontonan yang lebih menyeluruh Rekaan estatik-estatik warna menonjol kepada pengguna-pengguna muda seluruh dunia. Satu lagi rekaan unggul yang dipertingkatkan melalui model ini adalah Skrin Titisan Air yang diinspirasikan oleh titisan air yang hampir menitis.
F9 didatangkan dengan skrin 6.3 inci tanpa bezel mengagumkan yang menampilkan resolusi 2340x1080 FHD+ dan nisbah aspek 19.5:9, nisbah 90.8%.super-high screen-to-body.
Kecemerlangan melalui pengecasan: Pengecas laju dengan VOOC
Kelebihan utama set OPPO F9 yang membezakan ia dari F-Series yang lain adalah kecemerlangan dalam pengecasan melalui Pengecas VOOC Flash. Teknologi ini yang dibangunkan sendiri oleh OPPO, mempunyai kelajuan pengecas empat kali ganda lebih laju dari pengencas biasa pada 5V1A.
Bagi mereka yang ingin cepat, pengecasan 5 minit sudah memadai untuk memberikan waktu berbual selama 2 jam. Selain dari meningkatkan kelajuan pengecasan sebanyak empat kali ganda, VOOC juga didatangkan dengan sistem keselamatan lima lapisan dari penyesuai ke pot dan bahagian dalaman telefon. VOOC telah menggantikan pengurangan litar voltan dengan MCU, menghalang telefon bimbit dari kepanasan melampau secara efektif dan menjadikan VOOC sebagai salah satu solusi pengecas yang terpantas dan terselamat dalam pasaran. Anda juga boleh menggunakan telefon anda sambil mengecas dengan kelajuan tinggi, dimana pengecas arus tinggi biasa tidak dapat melakukannya.
Kecemerlangan dalam fotografi: Dari Swafoto ke Potret Seni
Legasi OPPO yang utuh dalam fotografi telah menyaksikan mereka menjadi ‘Pakar Swafoto’ lebih maju dengan OPPO F9 baharu. Kini, OPPO telah mula memfokuskan pada merakamkan kecantikan menyeluruh. Buat pertama kali, OPPO F Series dilengkapi dengan kamera dwi belakang (16MP + 2MP). Kerjasama antara kedua-dua kamera ini membantu pemproses mengira kedalaman ruang dan mencapai kesan Bokeh. Apabila mengambil gambar menggunakan kamera belakang, F9 dilengkapi dengan dwi kamera untuk merakam setiap detik. Pengabungan 16 bebas dan 800 babak boleh dikenalpasti melalui Pengecaman Babak AI.
Kamera hadapan OPPO F9 25MP juga tidak mengecewakan. Penciptaan semula teknologi 'Sensor-HDR' mempertingkatkan lampu belakang swafoto secara dramatik dan membolehkan para pengguna memeriksa kesan-kesan dedahan dinamik tinggi sebenar serta-merta. Disamping itu, sekarang OPPO F9 mampu mengumpul 296 ciri-ciri raut dengan tepat untk setiap objek, merujuk mereka kepada pangkalan data yang besar bagi imej-imej raut wajah, menganalisa raut-raut sebelum membuat sebarang pengubahsuaian bersesuaian bagi setiap subjek. Teknologi Kecantikan AI memberikan para pengguna 8 juta kesan pencantikan yang berlainan dalam swafoto-swafoto yang diperibadikan dengan lebih menarik disamping mengekalkan kecantikan semula jadi bagi setiap objek insan.
Tambahan lagi, F9 juga menyokong pelbagai fungsi kamera yang menarik seperti AR Stickers, mode pencerahan dan video gerak perlahan.
Penemuan cemerlang dalam pengalaman: Sistem ColorOS 5.2 AI Intuitive
Berdasarkan Android 8.1, OPPO membawakan system kendalian ColorOS 5.2 bagi mencipta pengalaman interaktif yang lebih bijak kepada para pengguna. Kepintaran berada di mana-mana pada sistem ColorOS 5.2 yang membolehkan tabiat dan kecenderungan penggunanya dianalisa secara berterusan, membawakan kandungan-kandungan yang diminati pengguna dan membolehkan F9 sentiasa menjadi “Selangkah ke Hadapan”. F9 juga dilengkapi dengan lensa Google yang mampu mengenalpasti objek dan menunjukan hasil-hasil carian dan infomasi yang berkaitan. Bagi perkakasannya pula, kombinasi memori 6GB+64GM mempertingkatkan lagi kelajuan pengendalian. F9 juga menyokong pelebaran memori 256GB. Untuk memuaskan para pengguna dengan penggunaan kad sim pelbagai, F9 menampilkan rekaan slot 3 kad, dua untuk kad sim dan satu kad penyimpanan.
Dijual pada harga RM1,399, OPPO F9 x Shiseido Starry Purple edisi terhad ini boleh didapati secara ekslusif di rakan e-commerce OPPO, Lazada online bermula dari 3 Oktober 2018 dari jam 12 petang, sementara stok masih ada. Untuk edisi biasa pula, dengan harga yang sama RM1,399, tempahan boleh dilakukan bermula dari 2 Oktober sehingga 5 Oktober. Para pelanggan boleh juga berkunjung ke Kedai Konsep OPPO, kedai-kedai pengedar sah OPPO untuk mendapatkan OPPO F9 Starry Purple ini.
Untuk maklumat lanjut OPPO F9 Starry Purple, sila melayari:
Website OPPO : http://www.oppo.com/my/
Facebook OPPO : https://www.facebook.com/malaysiaoppo/
Lazada Pre-Link Order : https://goo.gl/MivgTZ