ABPBH31 RAIH HAMPIR 6 JUTA TONTONAN!
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari Ahad, 7 Oktober 2018 lalu, disaksikan hampir enam juta penonton. Acara berprestij tahunan itu bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air disamping memberi peluang kepada peminat dan pengikut setia BH untuk memilih artis popular dan menyertai malam kemuncak anugerah itu.
Menurut Nielsen Malaysia, ABPBH yang telah bersiaran langsung bermula 9 malam hingga 12 tengah malam itu telah ditonton hampir 3 juta penonton secara purata dan hampir 6 juta secara menyeluruh sepanjang hampir tiga jam bersiaran. Dengan pencapaian itu, ABPBH31 telah memonopoli 41.3% syer waktu udara menandingi pelbagai program-program yang telah keudara pada waktu yang sama.
Selain daripada bersiaran di televisyen, ABPBH turut bersiar secara langsung di platform digital di saluran Youtube TV3, Berita Harian, Harian Metro, dan New Straits Times. ABPBH telah ditonton hampir 600,000 penonton selama ia bersiaran. Di samping itu, suapan langsung (Live Feed) itu turut dikongsi di platform media sosial Facebook Berita Harian, dan The New Straits Times, telah meraih 263,646. Manakala, tonton dan tonton xtra telah meraih 140,510 jumlah tontonan, menjadikan jumlah tontonan seluruh saluran digital mencecah 1 juta tontonan.
Pada malam itu, Wany Hasrita, penyandang Anugerah Bintang Paling Popular telah memenangi sebuah kereta Citroen Picasso C4 yang berharga RM126,000 serta trofi. Pihak ABPBH31 dan TV3 turut menyuarakan ucapan tahniah kepada barisan pemenang anugerah pada malam kemuncak ABPBH31:
Bintang Paling Popular : Wany Hasrita Artis Baharu Lelaki Popular : Fendy Bakry Artis Baharu Wanita Popular : Farah Nabilah Pelakon TV Lelaki Popular : Fattah Amin Pelakon TV Wanita Popular : Nur Fazura Pelakon Filem Lelaki Popular : Zul Ariffin Pelakon Filem Wanita Popular : Emma Maembong Penyanyi Lelaki Popular : Khai Bahar Penyanyi Wanita Popular : Wany Hasrita Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular : Syamel & Ernie Zakri Artis Komedi Popular : Zizan Razak Artis Versatil Popular : Alif Satar Pengacara TV Popular : Neelofa Penyampai Radio Popular : Haziq (Hot FM) Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat : Noor Kumalasari
Kategori Online Gandingan Serasi Drama Popular : Fattah Amin & Nur Fazura Gandingan Serasi Filem Popular : Zul Ariffin & Nur Fazura Artis Sensasi Popular : Neelofa Instafamous Cilik Popular : Arif Jiwa Personaliti Media Sosial Popular : Fatimah Omar Mukhlis
ABPBH31 telah bertemakan Infiniti yang merujuk kepada ruang tanpa sempadan boleh dijelmakan dalam konteks evolusi BH yang sentiasa berusaha memperbaiki dan menyediakan kandungan merentasi pelbagai platform, baik bercetak mahupun digital, menerusi laman web mudah alih mahupun platform media sosial.
Bertepatan dengan tema Infiniti, ABPBH31 telah berkolaborasi dengan rakan-rakan media rasmi seperti Kool FM dan Hot FM sebagai stesen radio rasmi, tonton sebagai platform digital rasmi, Hijab & Heels sebagai Media Digital Rasmi, dan Apa Kes? sebagai Kapsul Hiburan Rasmi. Selain itu, kejayaan ABPBH31 tidak akan tercapai tanpa sokongan para penaja, Alha Alfa sebagai Penaja Utama serta Maggi Pedas Giler, Mc Café, Samsung, Habib Jewels, Naza Euro Motor Sdn Bhd, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), selaku penaja bersama.
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi ABPBH31 (www.abpbh.com.my) atau tonton xtra (www.xtra.com.my). Saksikan juga sedutan-sedutan menarik ABPBH31 di saluran Youtube TV3 Malaysia.
GALERI | ANUGERAH BINTANG POPULAR ABPBH31
MENGENAI ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN Bermula tahun 1987 dengan nama Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular 1987 (APPP87) - Nescafe Classic. Hanya tujuh kategori dipertandingkan ketika itu iaitu Pelakon Lelaki Popular, Pelakon Wanita Popular, Pelakon Pembantu Lelaki Popular, Pelakon Pembantu Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular dan Penyanyi Berkumpulan Popular. Memperkenalkan kategori Artis Paling Popular pada tahun 1990 yang kini menjadi Bintang Paling Popular. Anugerah ’People’s Choice’ terunggul yang dianjurkan secara konsisten di Malaysia. Sistem undian secara online 100 peratus di laman web ABPBH diperkenalkan pada tahun 2017 berbanding pengundian melalui akhbar BH dan SMS pada tahun-tahun sebelumnya. Acara ABPBH pada tahun 2017 telah menarik lebih 1.5 juta undi. Diadakan setiap tahun bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air, memberi peluang kepada peminat dan pengikut setia BH untuk memilih artis ppopular serta menyertai malam kemuncak anugerah dan menjadi platform kepada penggiat seni untuk mengetahui sejauh mana pembabitan mereka dalam industri dikenali, diiktiraf dan memberi impak kepada orang ramai.