top of page

JS KEMUNCAK NIAGA ANJUR PAMERAN PENGANTIN 18 HARI DI SACC MALL


Program WEDDING FAlR SACC MALL 2018 telah bermula dari 01/10/2018 dan bakal berakhir pada 18/10/2018 nanti. Program ini dianjurkan oleh JS Kemuncak Niaga (Jedan) dan turut bekerjasama dengan SACC MALL dan PKNS REAL ESTATE SDN BHD. Program ini menghimpunkan semua pengusaha pengusaha dalam dunia industri perkahwinan yang turut menempatkan Iebih sepuluh booth pameran dan jualan daripada usahawan-usahawan bumiputera seluruh tanahair.


Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengetengahkan usahawan-usahawan dalam industri pengurusan mailis perkahwinan kepada masyarakat yang kini lebih peka dan cakna daiam selok belok industri ini. Program WEDDING FAIR SACC MALL 2018 turut menyediakan pakej perkahwinan yang lengkap dengan harga mampu milik dan turut melibatkan pengusahapengusaha yang professional dan berpengalaman dalam bidang masing-masing.


lndustri pengurusan majlis perkahwinan sebelum ini telah dicemari dengan pelbagai kes-kes penipuan bermula daripada penipuan pelamin hinggalah ke Andaman pengantin. Walau bagaimanapun, pihak penganjur telah memastikan setiap usahawan-usahawan yang terlibat di dalam program ini mempunyai pengalaman lebih dari lima tahun dan turut mempunyai rekod yang baik selama mereka berkhidmat di dalam industri ini. Justeru, pihak penganjur turut memudahkan bakal-bakal pengantin membuat pilihan yang hijak tanpa keraguan.


Pameran jualan yang terdapat dalam program ini adalah Pelamin, Hiasan, Busana, Katering, Jurugambar dan sebagainya yang istimewa khusus buat bakal-bakal raja sehari. Kami turut mensasarkan jualan sebanyak RM500 ribu dalam program ini dan telah mencecah hampir sasaran jualan.


Majlis turut dihadiri oleh Yg Berbahagia Puan Masdiana binti Muhamad, isteri kepada Menteri Besar Selangor sebagai tetamu kehormat. Turut hadir sama Puan Netty Hezreena Abd Malik, wakil dari PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) sebagai pemberi ucaptama majlis ini.

Antara pengisian progam adalah beauty talk dan tutorial oleh ZV Cosmetic dan amaxMALL.




Selain itu ada juga Pertandingan solekan yang disertai oleh 40 orang MUA. Juri pertandingan MUA terdiri dari kalangan professional seperti Datin Saidatul Nisa, Nurul Shukor, Vian Hassan, Mariam Pesona Pengantin, Aisyah (penyanyi janji manismu) sebagai ketua Juri dan wakil dari PKNS Real Estate Sdn Bhd. Puan Netty. Pertunjukan fesyen dari Iedan Collection dan Adriana Rose juga turut diadakan pada hari ini. Selain itu pertandingan LIVE KARAOKE juga diadakan dimana 15 orang peserta telibat. Hadiah untuk pertandingan karaoke akan berpeluang menjadi artis rakaman dibawah RADICAL RECORD. Saringan akhir pertandingan karaoke akan berlangsung pada 14hb Oktober 2018. Selain itu pertandingan menghias Pulut kuning juga diadakan, dimana 6 org peserta terlibat dlm pertandingan itu.


Pada 14/10/2018 YBhg. Datuk Nadzim Johan selaku ketua aktivis PPIM akan memberi motivasi selama satu (1) jam bermula dari pukul 12ptg hingga 1ptg mengenai perkahwinan dan kepenggunaan.


Program ini mempunyai kesinambungannya pada masa akan datang dengan skop yang Iebih besar dan sasaran jualan yang lebih tinggi. Program ini akan dijadikan sebagai salah satu program tahunan untuk SACC MALL. Hal ini kerana SACC MALL terkenal sebagai ’Fashion MaII’ oleh masyarakat setempat. SACC MALL menghimpunkan pelbagai jenis jenama dan jualan buat pelanggan agar tidak perlu mencari di serata tempat kerana semuanya ada disini.


Program ini telah medapat tajaan daripada pelbagai jenis usahawan yang terkenal dan baru dalam industri. Antara penaja kami adalah WANGI WORLD, MAK DARA, BIOSTEEN PROLINK SDN BHD, ZV BEAUTY COLLECTION, GOODMAN COFFE, KAIO STUDIO, ILLIYYINA WEDDINGS, DEWAN SERI HARTINIE, FAME COSMETICS, DNS COLLECTION , ZENIV dan amaxMALL, FCC FARMASI COLOUR COSMETICS dan DM CETERER & EVENT SERVICES.

Tags:

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page