top of page

LULU RAIKAN PEMENANG PERADUAN SHOP & WIN SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-2 DI MALAYSIA


Pasaraya Besar LuLu, minggu lalu telah meraikan para pemenang bagi peraduan 'Shop & Win' yang telah dianjurkan sejak 4 May 2018 sehingga 31 Ogos 2018 yang lalu. Sebanyak 200,000 penyertaan telah diterima disepanjang tempoh peraduan berkenaan berlansung.


Bagi meraikan ulangtahun ke-2 penubuhan pusat membeli belah dan pasaraya LuLu di Malaysia, pihak pengurusan Lulu Group Retail Sdn. Bhd telah menyediakan 2 kereta MYVI Edisi 2018 untuk pemenang utama peraduan Shop & Win . Selain dari itu terdapat pelbagai hadiah menarik lain turut disediakan seperti 4 buah motor Yamaha Lagenda 115Z, telefon pintar Huawei P10 serta baucar beli belah di LuLu.


Orang ramai yang ingin menyertai pertandingan ini haruslah membuat pembelian bernilai RM50 dan keatas didalam satu resit di pusat membeli belah dan pasaraya LuLu semasa tempoh peraduan berlansung. Setiap pelanggan yang layak akan diberikan kupon cabutan bertuah. Pihak pengurusan pusat membeli belah dan pasaraya LuLu sebelum ini telah mengadakan 2 sesi pemilihan pemenang pada bulan Julai dan September 2018. Kesemua pemenang utama yang telah dipilih di raikan pada majlis tersebut.


Pemenang utama peraduan Shop & Win yang merupakan 2 kereta MYVI Edisi 2018 menjadi milik Cik Norhafizah binti Abdul Ghani dari Kg. Baru, Kuala Lumpur dan Madiha Siddiqui dari Delhi, India. Kedua-dua pemenang tersebut benar-benar tidak menyangka dipilih menjadi pemenang utama diantara 200,000 penyertaan lain.


Pihak pusat membeli belah dan pasaraya LuLu turut mengundang Datin Hajah Fouziah Gous bagi menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang pada majlis tersebut. Pada majlis tersebut juga turut diadakan majlis penyerahan rasmi produk minuman kesihatan sarang burung, FG Walet oleh Datin Hajah Fouziah Gous kepada pihak pengurusan pusat membeli belah dan pasaraya LuLu.


 

PROMOSI JUALAN 'LIGHT UP YOUR DEEPAVALI' SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN DEEPAVALI


Bagi merancakkan jualan, bermula dari 19 Oktober sehingga 6 November 2018, pusat membeli belah dan pasaraya LuLu sedang mengadakan jualan 'Light Up Your Deepavali' bersempena dengan sambutan hari Deepavali yang akan menjelang tidak lama lagi.


Sepanjang 19 hari, pengunjung di pasaraya LuLu akan diberikan tawaran hebat keatas semua barang keperluan perayaan bermula dari barang keperluan harian, barang runcit,produk kesihatan dan kecantikan, peralatan rumah, perabot sertakan kelengkapan elektrik dan IT. Pengguna bukan sahaja dapat berjimat bahkanmendapat nilai hebat disepanjang promosi berlansung.


Selain dari itu satu sesi promosi jualan 'FLAT 50% OFF' bakal diadakan selama 3 hari bermula dari 2 sehingga 4 November 2018. Sebanyak 20 jenama merangkumi fesyen, kasut, beg tangan, barangan segar, bakeri, makanan runcit , peralatan dan kelengkapan rumah, barangan elektrik, permainan, bagasi serta peralatan alat tulis akan diberikan diskaun sebanyak 50%. Pastinya Deepavali tahun ini akan lebih meriah dan bergaya.


Untuk mengetahui promosi serta aktiviti menarik di Lulu Malaysia, sila layari http://www.luluhypermarket.com/MY/all

 

MENGENAI PUSAT MEMBELI BELAH DAN PASARAYA LULU


Lulu Group Retail Sdn Bhd merupakan jaringan pasaraya yang telah memulakan perniagaan sejak tahun 2000. Diasaskan oleh MA Yousuf Ali yang juga merupakan Pengarah Urusan bagi kumpulan dan syarikat-syarikat yang beribu pejabat di Abu Dhabi. Lulu Group Retail International kini memiliki lebih dari 145 cawangan serta 45,000 kakitangan di seluruh dunia.


Pusat membeli belah dan pasaraya LuLu yang pertama di Malaysia mula beroperasi pada 25 Jun 2016 di Capital Square, Lot 159, Persiaran Cap Square, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.


Kini Lulu melebarkan lagi perniagaan mereka di Malaysia dengan pembukaan cawangan teerbaharu di 1 Shamelin pada awal suku pertama 2019, Setia City Mall pada suku akhir 2019, Bangi Gateway dan Perling Mall,masing masing pada tahun 2020. Lulu berhasrat untuk mempunyai 10 cawangan diseluruh Malaysia dalam 5 tahun akan datang. Lulu menjang bakal mengadakan lebih dari 4,000 peluang pekerjaan baharu di Malaysia.


Selain terkenal dengan harga berpatutan dan barangan yang berkualiti tinggi, Lulu turut uga membawa masuk beberapa jenama fesyen antarabangsa di pusat membeli-belah mereka.


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page