top of page

NICKELODEON’S PAW PATROL LIVE! “THE GREAT PIRATE ADVENTURE” DI ISTANA BUDAYA


Semua bersedia! Nickelodeon Asia bersama Shiraz Projects Sdn Bhd, TEG Life Like Touring dan VStar Entertainment dengan gembiranya mengumumkan tarikh jelaja 2018 Malaysia untuk " Nickelodeon’s PAW Patrol Live! “The Great Pirate Adventure”. Pementasan ini akan diadakan dari 29 November hingga 2 Disember 2018 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Tiket untuk melihat karakter-karakter yang memulakan pelayaran bertema bajak laut ini telah mula dijual pada hari Rabu, 10 Oktober 2018 dan boleh didapati di www.myticket.asia

Produksi yang penuh dengan aksi dan muzikal, PAW Patrol Live! "The Great Pirate Adventure" akan menampilkan watak-watak yang dikasihi dari siri animasi popular prasekolah Nickelodeon yang diterbitkan oleh Spin Master Entertainment. Pementasan ini akan berlangsung selama 1 jam 30 minit termasuk dua ‘acts’ dan ‘intermission’, dengan menggabungkan pendekatan kostum yang inovatif untuk membantu membawa watak-watak PAW Patrol ke panggung, berserta kenderaan dan pengembaraan hebat mereka.

Dalam Patrol PAW Live! "The Great Pirate Adventure", Datuk Bandar Goodway mendapatkan segala bentuk kapal untuk menyambut perayaan besar Pirate Day di Adventure Bay. Apabila Cap'n Turbot jatuh ke dalam gua yang gelap dan misterius, PAW Patrol datang untuk menyelamatkan! Chase, Marshall, Rubble, Skye, Rocky dan Zuma menyelamatkan Cap'n Turbot dan menemui peta harta karun lanun rahsia yang membawa mereka ke pengembaraan epik. Di daratan dan di lautan, PAW Patrol mencari harta karun untuk Datuk Bandar Goodway supaya sambutan dapat diteruskan. Perkara menjadi rumit apabila Datuk Bandar Humdinger pula mahu mencari harta karun untuk Foggy Bottom.




PAW Patrol bersiap sedia di atas dek kapal untuk pengembaraan lanun mereka termasuk mendapatkan bantuan dari rakan yang baru iaitu Tracker! Dengan menggunakan skil hero penyelamat, mencari solusi serta bekerja berkumpulan, PAW Patrol berlayar untuk misi penyelamat! Tiada yang terlalu besar untuk lanun sikecil selesaikan!

 

INFORMASI PEMENTASAN DI MALAYSIA

Tarikh : Khamis 29 November hingga Ahad 2 Disember 2018 Masa : 11.00 pagi, 3.00 petang, 6.00 petang Venue : Istana Budaya, Kuala Lumpur Laman web : www.pawpatrollive.my Harga Tiket : RM305 (Diamond) RM245 (Platinum) RM195 (Gold) RM155 (Silver) RM95 (Bronze) Restricted view Tiket : www.myticket.asia Talian Tiket : 03 8605 0195 Talian Info : 012 256 0082 Facebook : @PAWPatrolLive

Para peminat boleh melayari www.pawpatrollive.my untuk jadual pementasan dan jualan tiket.

PAW Patrol Live! “The Great Pirate Adventure,” dipersembahkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd dan diterbitkan oleh TEG Life Like Touring dan VStar Entertainment.

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page