11 TAHUN TERBANG JARAK JAUH BERSAMA AIRASIA
AirAsia menandakan 11 tahun penerbangan jarak jauh dengan tambang penerbangan berpatutan bagi para tetamu serendah RM 211* sehala bagi tempat duduk standard dan dari RM 611* sehala untuk tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah.
Promosi ulang tahun ke-11 ini termasuk destinasi ternama seperti Taipei, Wuhan dan Chongqing bagi RM211*; Perth, New Delhi, Chengdu, Hangzhou, Busan dan Xi’an dari Kuala Lumpur hanya dari RM311*, dan Melbourne, Gold Coast, Sydney, Tokyo, Osaka dan Sapporo dari RM411*.
Syarikat penerbangan jarak jauh AirAsia, AirAsia X mula terbang dari Kuala Lumpur bermula pada tahun 2007 dengan hanya dua kapal terbang A330, dan sejak itu mula mengembangkan armadanya dengan 32 pesawat bersama sekutunya di Malaysia (kod penerbangan D7), Thailand (kod penerbangan XJ) dan Indonesia (kod penerbangan XT).
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail berkata, "Sebagai perintis perjalanan tambang rendah jarak jauh, kami berbangga mencapai pencapaian penting ini. Ketika kami memulakan 11 tahun lalu di Malaysia, perjalanan udara jarak jauh yang berpatutan masih belum diuji. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada lebih dari 40 juta tetamu yang telah memilih untuk terbang bersama kami sehingga kini dan mengucapkan tahniah kepada Allstars yang berdedikasi, rajin dan sentiasa komited untuk memberikan pengalaman terbaik untuk para tetamu kami.”
Hari ini, Kumpulan AirAsia X mengendalikan penerbangan ke lebih dari 29 destinasi di seluruh Asia Pasifik, Timur Tengah dan Amerika Syarikat, dan merupakan syarikat penerbangan kos rendah pertama di Asean yang diberikan kelulusan oleh Pentadbiran Penerbangan Amerika Syarikat (FAA) untuk beroperasi di Amerika Syarikat dengan laluan Osaka-Honolulu.
"Kami berbangga dapat menawarkan harga yang berpatutan secara konsisten, membolehkan lebih ramai terbang lebih jauh dengan harga rendah. AirAsia X merangsang dan mengembangkan pasaran perjalanan udara di mana sahaja kami terbang yang memanfaat pelancong, industri pelancongan dan ekonomi," tambah Benyamin.
"Permintaan untuk jarak jauh, perjalanan kos rendah terus berkembang di seluruh dunia, dan dengan 100 pesawat A330neo yang baru dalam pesanan, pengguna boleh menantikan lebih banyak penerbangan dan destinasi baru yang menarik dari AirAsia X pada masa akan datang."
Pada tahun ini, AirAsia X melancarkan laluan baru di India dari Kuala Lumpur ke Jaipur dan Amritsar. Di China, AirAsia X baru-baru ini menggandakan kapasiti ke Changsha dan mengumumkan laluan baru ke bandar Tianjin yang akan memulakan operasi pada 2 Disember 2018. AirAsia X juga baru-baru ini meningkatkan kekerapan pada laluan Kuala Lumpur-Osaka-Honolulu dari empat kali seminggu ke tujuh kali seminggu dan awal minggu ini, mengumumkan perkhidmatan baru dari Taipei ke Osaka bermula 30 Januari 2019.
Tambang promosi ulang tahun ke-11 boleh didapati di airasia.com bermula hari ini hingga 4 November 2018 untuk perjalanan dari 1 Mei 2019 hingga 26 November 2019.
Untuk maklumat lanjut tentang berita, aktiviti dan promosi, ikuti AirAsia di Twitter(twitter.com/AirAsia),Facebook(facebook.com/AirAsia), dan Instagram (instagram.com/AirAsia)
*Tambang termasuk semua adalah bagi perjalanan sehala sahaja dan termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.