CANNIS SASARKAN TERSENARAI DI NASDAQ
Pada 18 Ogos 2018 yang lalu syarikat Nimpmos Sdn. Bhd., penyedia kepada platform blockchain e-dagang secara langsung dari Malaysia telah memperkenalkan aplikasi Cannis yang mampu mengumpul lebih 10,000 pengguna dalam tempoh 24 jam. Setelah hampir 2 bulan, aplikasi berkenaan telah berupaya mengumpulkan lebih seratus ribu pengguna sekali gus telah membentuk satu trend aplikasi terkini. Kini Cannis mensasarkan matlamat yang lebih besar iaitu untuk tersenarai di Nasdaq, Amerika Syarikat.
Cannis merupakan sebuah aplikasi telefon pintar yang dibina sebagai sebuah platform digital yang menyediakan 7 fungsi meliputi keperluan asas harian seperti saluran lansung e-dagang, saluran lansung penyiaran, sosial media, kandungan video kreatif, platform pembayaran, diskaun membeli belah serta permainan atas talian. Pendek kata, Cannis merupakan platform integrasi pertama di dunia yang membenrkan orang ramai untuk tidak lagi perlu memuat turun pelbagai aplikasi berbeza.
"Cannis terus mencari peluang untuk melabur dalam industri yang paling popular sejak awal tahun 2018, memfokuskan kepada pembangunan teknologi, filem, kecantikan, perubatan, pertanian dan sebagainya. Dengan kerjasama yang dibina bersama rakan strategik mereka, Cannis telah memperluas pasaran mereka di banyak negara Asia Tenggara dengan cepat , dan dijangka tidak lama lagi akan disenaraikan di Nasdaq", ujar Ketua Pegawai Eksekutif Dato 'Dr. Ching Eu Boon , sewaktu berucap dihadapan 3000 peserta di persidangan “The Upcoming Greatest Star in Nasdaq”
Suku ketiga (3) tahun 2018 telah menjadi tempoh yang paling menguntungkan untuk App Store dan Google Play. Jumlah muat turun aplikasi yang komprehensif disepanjang tempoh tersebut di App Store dan Google Play telah melebihi daripada 29 bilion, kenaikan 10% berbanding masa lalu. Walaupun perbelanjaan pengguna global telah mencapai hampir 20 bilion dolar AS, kenaikan 20% berbanding dengan tempoh yang sama pada masa lalu, kedua-duanya menetapkan rekod sejarah baru.
Analisa mendapati muat turun aplikasi dibawah kategori, permainan, hiburan dan aplikasi penyiaran video mencatatkan rekod yang paling banyak dan didapati sebagai faktor. Prestasi yang kukuh oleh dua (2) jenis aplikasi diatas akhir-akhir ini menunjukkan terdapat permintaan dalam pasaran umum untuk kandungan kreatif.
Secara keseluruhannya, suku ketiga (3) tahun 2018, App Store dan Google Play telah mencatakan jumlah turun turun dan perbelanjaan pengguna yang tertinggi. Ini sekaligus menunjukkan trend pasaran aplikasi terus meningkat seiring penigkatan penggunaan telefon pintar, menyumbang kepada perbelanjaan tanpa henti serta peluang kepada potensi pembangunan yang besar.
Memanfaatkan peluang yang ada Cannis memberi tumpuan kepada industri yang paling pesat berkembang, menyediakan platform integrasi, serta mewujudkan aplikasi dengan 7 fungsi dalam satu yang kuat.
Cannis juga mensasarkan untuk menghubungkan aliran perbelanjaan keseluruhan pelanggan secara luar talian dengan pangkalan data dalam talian dengan membina model 'Online to Offline' (O2O). Melalui proses ini, akan membolehkan aktiviti promosi pemasaran secara secara "front-end" berlaku , akses oleh ahli dalam dan luar talian & perkhidmatan penghantaran barangan oleh "back-end" menjadi lebih lancar.
Ahli-ahli Cannis boleh menggunakan manfaat ini bagi mendapatkan diskaun di dalam dan di luar talian , termasuk pembelian di stor peruncitan yang menjadi rakan kongsi strategik Cannis. Mata ganjaran yang diterima di dalam talian boleh digunakan untuk mendapatkan diskaun sekali gus membantu pengguna untuk menjimatkan wang. Ahli juga boleh mengambil bahagian dalam siri pertandingan yang direka Cannis dan memenangi hadiah utama melalui perkongsian.
Ketua Pegawai Operasi Cannis, Encik Mohammad Mustaqim bin Abdullah telah menekankan bahawa platform ini akan terus aktif menjalankan tata letak komprehensif untuk perkhidmatan dalam talian & luar talian, supaya stor fizikal tidak lagi dibatasi oleh saiz atau sekatan kawasan serantau. Melalui mod e-dagang Cannis & belanja istimewa, maklumat pedagang boleh diakses pada kos terendah ke pasaran sasaran yang tepat, sekaligus memaksimumkan keberkesanan pengiklanan.
Cannis juga yakin bahawa kepelbagaian kumpulan etnik dan budaya di Malaysia sebagai titik permulaan, lebih mudah untuk mengembangkan Cannis dari Asia Tenggara ke seluruh dunia.