top of page

JOE FLIZZOW PENGHIBUR TERBAIK ASIA TENGGARA!


MTV hari ini mengumumkan bahawa bintang hip hop Malaysia, Joe Flizzow telah dinobatkan sebagai pemenang Best Southeast Asia Act atau Penghibur Terbaik Asia Tenggara di “2018 MTV EMAs” (Anugerah Muzik Eropah MTV 2018), salah satu acara muzik tahunan terbesar dunia yang meraikan artis-artis terhebat dari seluruh dunia. Acara “2018 MTV EMAs” telah disiarkan seluruh dunia secara langsung dari Bilbao Exhibition Centre, Sepanyol.

“2018 MTV EMAs” telah bersiaran secara langsung awal pagi ini, Isnin, 5 November jam 3 pagi untuk acara karpet merah, dan 4 pagi untuk acara utama. Pada yang terlepas untuk mengikuti acara tersebut pagi tadi boleh juga menonton siaran ulangan pada jam 7 malam nanti untuk karpet merah, dan 8 malam buat acara utama si saluran MTV/MTV Asia.

“Saya benar-benar bersyukur dan terharu kerana seluruh Malaysia menyokong saya. Saya harap kemenangan ini akan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk tidak berhenti mengejar impian dan berusaha keras demi mengecapi cita-cita mereka. Saya juga ingin menujukan anugerah ini kepada keluarga saya, pasukan saya di Sony Kartel dan pengurus saya Yaniz Merican. Terima kasih di atas kesetiaan dan dedikasi anda. Dan sudah tentu buat peminat-peminat saya atas sokongan dan kasih sayang yang tidak pernah pudar.” – Joe Flizzow.


GALERI: KARPET MERAH

“Tahniah buat Joe Flizzow! Nampaknya para peminatnya sudah bersuara! Kami sudah lama menyaksikan perkembangan kerjaya muziknya hari demi hari. Kejayaan Joe merupakan satu lagi contoh bagaimana kami akan terus menyokong dan mengangkat artis-artis Asia Tenggara di pentas antarabangsa,” kata Paras Sharma, Timbalan Presiden Kanan dan Pengurus Besar, Asia Tenggara, Viacom International Media Networks.

“2018 MTV EMAs” menampilkan barisan bintang ternama dunia termasuk Hailee Steinfeld, Nicki Minaj, David Guetta, Jason Derulo, Little Mix, Bebe Rexha, Halsey, Rosalía, Panic! at the Disco, Alessia Cara, Marshmello, Bastille, Anne-Marie, Jack & Jack dan penerima anugerah “Global Icon” Janet Jackson.

Bintang Pop Latin tersohor Sofia Reyes, telah membuka pra-acara karpet merah tahun ini dengan membuat persembahan, di samping menyampaikan anugerah di acara utama. Selain Reyes, model Jourdan Dunn serta pelakon Terry Crews turut ditampilkan sebagai penyampai, bersama dengan Lindsay Lohan, Anitta, Debby Ryan, Ashlee Simpson dan Evan Ross, serta bintang Netflix Michael Peña dan juga Diego Luna.

 

SENARAI PENUH PENERIMA ANUGERAH 2018 MTV EMAs

BEST ARTIST

Camila Cabello

BEST VIDEO

Camila Cabello - “Havana” ft. Young Thug

BEST SONG

Camila Cabello - “Havana” ft. Young Thug

BEST POP

Dua Lipa

BEST NEW

Cardi B

BEST LOOK

Nicki Minaj

BEST HIP HOP

Nicki Minaj

BEST LIVE

Shawn Mendes

BEST ROCK

5 Seconds of Summer

BEST ALTERNATIVE

Panic! At The Disco

BEST ELECTRONIC

Marshmello

BIGGEST FANS

BTS

BEST WORLD STAGE

Alessia Cara, MTV Spotlight @ Hyperplay, Singapore 2018

BEST PUSH

Grace VanderWaal (December 2017)

BEST US ACT (WORLDWIDE ACT*)

Camila Cabello

BEST JAPAN ACT

Little Glee Monster

BEST GREATER CHINA ACT

Loura Lou

BEST KOREAN ACT

Loona

BEST SOUTHEAST ASIA ACT

Joe Flizzow

Penaja rasmi karpet merah MTV EMA merupakan platform video-ringkas terkenal dunia, TikTok.Untuk segala perkembangan terbaru EMA, ikuti acaranya di Instagram, Twitter, Snapchat (@MTVEMA) serta Facebook dan ikuti perbualan sosial menggunakan #MTVEMA @MTVEMA.

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page