MENTOR 7 ADA KEJUTAN! AIZAT AMDAN DAN DATUK SYAFINAZ SELAMAT TERTEKAN PILIH PROTÉGÉ
Program realiti nyanyian TV3, Mentor 7 kini kembali buat tatapan penonton setia rangkaian televisyen Media Prima Berhad. Mentor 7 memperkenalkan barisan baharu tenaga pembimbing yang luar biasa hebat dan versatil iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Aizat Amdan, Hafiz Suip dan Siti Nordiana. Para mentor ini akan memastikan protégé di bawah sayap mereka bersedia menjelang konsert mingguan.
Konsert pertama Mentor 7 malam tadi, merupakan pentas pengadilan yang menentukan siapakah yang menjadi protégé sebenar dua nama besar industri nyanyian di Malaysia, Aizat Amdan serta Datuk Syafinaz Selamat. Kesemua mereka memberikan yang terbaik demi merebut tempat bersama mentor masing-masing. Namun hanya dua bakal terpilih.
Persembahan pembukaan pada konsert pertama ini dimulakan oleh para mentor, Datuk Syafinaz dan Aizat Amdan. Persembahan yang begitu memukau penonton di studio. Nyanyian bakal protégé pertama Aizat Amdan oleh Pasya dengan lagunya 'Aku Mau' cukup memukau. Tidak hairan Aizat memilihnya sebagai bakal protégé.
Megat tampil berani membawakan lagu Menghujam Jantungku dengan begitu bertenaga dan bersahaja. Penonton di Sri Pentas 2 temyata teruja dengan kedua-dua persembahan itu. Faris selaku yang terakhir daripada #TeamAizat juga tidak mengecewakan dengan persembahan lagunya , 'Sulit'.
Baru minggu pertama, Datuk Syafinaz berjaya menjadikan ketiga-tiga bakal protegenya seperti telah ama dalam industri professional. Ranisha membuka pentas dengan nyanyian lagi 'Lelaki Teragung' dikuti Aznona membawakan lagu asal nyanyian lagenda Anita Sarawak. Terakhir, satu-satunya kumbang dalam kawanan bunga milik Datuk Syafinaz, Lazarul mendendangkan lagu 'I Believe I Can Fly' dengan begitu mempersonakan.
Aizat Amdan diapit oleh protégé; Pasya (kiri) dan Megat (kanan)
Selesai persembahan kesemua bakal protégé bagi kedua-dua Mentor merupakan momen yang sangat memberi tekanan kepada Aizat dan Datuk Syafinaz. Kedua-dua mereka terpaksa memilih dua (2) daripada tiga (3) bakal protégé mereka ke episod selanjutnya.
Setelah penilaian mendalam, Aizat telah memilih Pasya dan Megat sebagai protégénya. Agak mengejutkan apabila Aizat mengenepikan Faris kerana terdahulu, Faris telah menerima undian atas talian paling popular dari ketiga-tiga protégé tersebut.
Sementara itu akur dengan format pertandingan, Datuk Syafinaz Selamat telah memilih Ranisha dan Lazarul sebagai protégénya sekaligus mengenepikan Aznona untuk terus bersaing. Seperti yang dijangka, Lazarul turut menerima undian atas talian paling popular kerana persembahannya yang begitu konsisten.
Episod malam semalam dikejutkan dengan pengumuman oleh pihak produksi Mentor 7 apabila 'format baru' yang memberi kelainan dari Mentor musim terdahulu. Dalam Mentor 7, protégé yang tersingkir di peringkat saringan masih boleh menarik nafas lega.
Kesemua Mentor pada musim ini akan diberi satu peluang untuk 'memilih' seorang protégé dikalangan yang telah disingkirkan oleh Mentor asal mereka, sekiranya protégé tersebut dirasakan mempunyai potensi dan lebih baik dari protégé sedia ada.
Sementara itu, jika terdapat 2 Mentor yang memilih protégé yang sama, maka protégé tersebut diberi peluang untuk 'memilih' sendiri Mentor yang ingin mereka bernaung. Ini sekaligus memberi satu ruang dan peluang kepada protégé yang tersingkir di peringkat saringan untuk kekal bertanding di episod akan datang.
Datuk Syafinaz Selamat bersama protégé Lazarul (kiri) dan Ranisha (kanan)
Tidak lengkap program realiti nyanyian tanpa kehadiran juri. Tiada yang lebih layak untuk menghakimi persembahan para protégé selain Datuk Wah ldris, komposer tersohor Malaysia. Berkelulusan Berkeley College of Music, Boston, Datuk Wah ldris berkesempatan meluangkan masa beliau setiap minggu untuk bersama para mentor dan protégé dalam perjalanan mereka mempelajari selok belok bidang nyanyian professional. Selain Datuk Wah Idris, terdapat seorang lagi juri yang akan berganding bahu namun ianya masih rahsia . Pemarkahan adalah berdasarkan penjurian oleh juri tetap ( 50 % ) undian atas talian di laman web www.xtra.com.my ( 30 % ) dan juri awam ( 20 % ) .
Pentas Mentor 7 malam semalam turut dipanas dengan persembahan penyanyi Black, yang hadir untuk mempromosikan lagu barunya Pot Pek dan Salma dengan persembahan lagu Stop Love. Tidak hairanlah mereka berjaya dalam bidang ini kerana mereka benar-benar mempunyai bakat yang hebat.
Sejak mula bersiaran dari musim pertama pada 2005, kini Mentor terus berdiri teguh dalam melahirkan bintang bintang seperti Aiman Hakim, Hael Husaini, Anas Ridzuan, Shila Zikir, Sandra Dianne, Fiq Halim, Salma dan Black.
Mentor 7 mula bersiaran pada setiap Ahad, mulai 28 Oktober 2018 selama dua jam bermula 9.00 malam sehingga 11.00 malam, Mentor 7 yang dihoskan oleh Shuk Sahar dan Nana Mahazan serta Sarancak pastinya menggegarkan industri hiburan tanah air dengan aura yang dibawa oleh pendatang-pendatang baharu ini. Ditambah pula dengan kebijaksanaan mentor masing-masing dalam mengolah bakat-bakat yang dahagakan kemenangan mutlak.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu@TV3Malaysia. Jangan lupa untuk memeriahkan alam maya dengan hashtag #mentor . Tunjuk ajarku sifu ! |MYBUZZ