top of page

JOM SHELL OUT DI OMBAK KITCHEN. PAKAI TANGAN JER!


Bila sebut fasal Shell Out maka terbayanglah bermacam-macam jenis spesis laut dimasak sekali dengan pilihan sos dan dihidang atas meja tanpa piring, pinggan, sudu mahupun garfu. Maka terpacul lah jugalah 2-3 buah restoran yang kami pernah pergi sebelum ni di sekitar Lembah Klang.


Apa yang membuatkan menu Shell Out tu berbeza adalah ramuan sos nya sama ada 'kick' atau pun 'hado'. Tak ketinggalan juga pilihan makanan lautnya yang pelbagai jenis, saiz serta tahap kesegarannya. Ada tempat pilihan makanan lautnya biasa biasa jaaa tapi harga bukan main 'mencekik!!!"


Minggu lalu kami sempat singgah di satu restoran Shell Out yang dah famous jugak. Restoran ni pun dah viral sebab ramai selebriti, royalties tak ketinggalan VIPs yang dah pernah singgah dan cuba menu Shell Out di sini. Disebabkan itu kami telah pergi untuk merasai kenikmatan menu Shell Out, Ombak Kitchen!


Premis restoran ini terletak di kawasan perniagaaan D'Vida Business Centre, Bukit Jelutong, Shah Alam. Pertama kali masuk ke kawasan ini, terkejut juga sebab ada pusat komersil canggih kat kawasan ni.


Apa yang best di Ombak Kitchen, menu hidangan Shell Outnya disediakan dari pilihan makanan laut yang segar dan harganya yang kami boleh katakan berbaloi dan berpatutan. Masakan tidak, restoran ini sudah terkenal sebagai hub makanan laut import segar dan berkualiti premium di Lembah Klang. Pelanggan boleh memilih sendiri makanan laut seperti Alaskan King Crabs, Canadian Red Lobster, Rock Lobster yang masih hidup. Selain dari itu Ombak KItchen turut menyediakan pilihan makanan laut segar seperti Ireland Oysters, Hamaguri Clams dan banyak lagi. Pengunjung boleh pilih menngikut citarasa masing-masing.


Selain dari lokasinya yang menghadap kolam pancuran serta reka hiasan dalamannya yang menarik dan cukup selesa pasti buatkan pengunjung yang datang makan disini puas dan tersenyum lebar! Kata orang, bila perut dah kenyang, hati pun suka! Walaupun rekaan dan hiasan dalaman restoran ni mewah, bak restoran 5 bintang, pengunjung tak perlu nak ikut protokol sangat! Tiada sebarang syarat atau etika berpakaian yang ditetapkan untuk datang menikmati makanan disini. Semuanya terserah pada keselesaan pengunjung. Kehadiran anda dialu-alukan walaupun anda berseluar pendek dan berselipar Jepun!


Tak habis disitu, etika dimeja makan pun terserah pada pengunjung. Lupakan segala peraturan! Memang beetul! Nak ketuk, tumbuk dan hantuk semahu-mahunya. Bak kata orang sekarang, Berjimbalah seperti tiada orang yang melihat. Makan ikut cara kita sendiri. Tiada sudu , tiada garfu. Pengunjung bebas menggunakan tangan untuk menikmati hidangan segar dan premium yang disediakan oleh chef yang berpengalaman lebih tiga dekad yang pernah berkhidmat di hotel-hotel terkemuka di ibu negara. Yang pastinya, pengalaman gastronomi serta kenangan yang berharga yang bakal dibawa pulang.


Di Ombak Kitchen, pengunjung boleh memilih hidangan serta combo yang diingin kan serta pilihan mana-mana sos yang kena dengan selera masing-masing. Tapi kami mengesyorkan 5 pilihan sos yang kami rasakan sedap! :


Hidangan signature - Ombak 'Crazy Cajun'


1. OMBAK 'CRAZY' CAJUN' - Untuk penggemar rempah yang berani. Tidak perlu

dikhuatirkan kerana campuran rempah ratus untuk sos ini

telah dimodifikasi sesuai dengan citarasa 'pedas' orang

Malaysia.


2. DARK CHILLI CHOCOLATE - Sos yang dicipta dengan resepi rahsia yang tersimpan rapi.

Hanya boleh di nikmati di Ombak Kitchen. Pedas-pedas

manis, kene dengan jiwa Malaysia


3. CHEEZY ZESTY LEMON - Waduh, lemak berkrim disukai ramai.... Padat dengan rasa

yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Sangat sesuai

untuk semua peringkat umur, katanyaaa!.....


4. CREAMY TOM YUM - Tak perlu bersusah payah untuk 'cross border' hingga ke

Thailand! Dengan rasa lemak santan yang memikat selera,

diadun bersama cili dan rempah yang menusuk ke jiwa


5. BUTTERMILK - Menjadi all-time favourite pengunjung...susu lemak manis

ehhemmm...jadi tak perlu diperkenalkan dengan lanjut!

 

Jom Melantak! Ekspresi Gaya Gastronomi Malaysia Kini


Penyediaan makanan di Ombak Kitchen sememangnya sihat. Tiada kaedah gorengan. Semua hidangan disediakan secara kaedah rebus dan stim. Ini bagi menjamin kesegaran mkanan yang dihidangkan disamping kaedah penyediaannya yang sihat. Begitu juga dengan penyediaan nasi, dimasak menggunakan pilihan beras wangi bermutu tinggi.


Kalau dah makan kenelah ada air minumnya. Kalau tidak nanti pasti ada yang tercekik! Pastinya pilihan air minuman terdiri dari pelbagai pilahan citarasa teh dan kopi yang dihidang secara dingin dan panas serta jus buah-buahan segar dan pilihan mocktail yang pelbagai rasa. Sebut apa saja pasti bisa disediakan. Jangan lupa untuk pesan 'Rainbow Dessert' untuk hidangan pencuci mulut.



Waktu santapan sebenarnya merupakan waktu untuk kita merehatkan minda dan menenangkan jiwa. Ianya lebih dari sekadar makanan yang dihidangkan. Apa yang lebih penting ialah pengalaman yang melekat di jauh di lubuk rasa. Dengan gabungan pilihan makanan dan rasa yang pelbagai dilengkapi dengan eleman hiasan dan rekaan dalaman yang WOW! serta keramahan kakitangan yang ramah sedia membantu, menjadikan pengalaman makan di Ombak Kitchen suatu ingatan yang mustahil untuk dilupakan.


Kredit foto: FB @Ombak KItchen

Alamat: 5.G.01, D'Vida Business Centre, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150

Shah Alam

Telefon: 03-77344699, 010-2205946

Emel: ombakkitchen@gmail.com

Laman sesawang: www.ombakkitchen.my


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page