"KARD" BAKAL HANGATKAN LAZADA 11.11 SUPER SHOW MALAM INI!
Bagi peminat-peminat setia muzik K-Pop, berita baik untuk anda! Kumpulan Baharu Terhangat Korea Selatan, "KARD" kini di Malaysia! Buat julung kalinya, KARD akan membuat kemunculan istimewa di Lazada 11.11 Super Show yang bakal berlangsung di Axiata Arena pada malam ini! Lazada 11.11 Super Show adalah kemuncak kepada festival beli-belah atas talian terbesar di Malaysia selama sehari oleh Lazada iaitu Festival Beli-Belah Lazada 11.11. Bakal bersiaran secara langsung di TV3 dan ntv7 pada pukul 10.00 malam, malam yang penuh dengan persembahan hebat, drama pentas dan permainan ini turut menampilkan bintang-bintang terkenal seperti Cakra Khan, Ella, Ziana Zain, Amy Mastura, Bunkface, Khai Bahar dan ramali lagi. Kemuncak pada malam ini adalah persembahan oleh KARD, yang dinanti-nantkan oleh para peminat tegar K-Pop. KARD merupakan artis di bawah naungan DSP Media dan dianggotai oleh 2 lelaki dan 2 perempuan iaitu J.Seph (Ace), B.M (King), Somin (Black Joker) dan Jiwoo (Colour Joker) Kumpulan ini telah membuat “debut” rasmi mereka pada Julai 2017 dengan album mini mini berjudul berjudul "Hola Hola". Walaupun baru sahaja setahun dalam Industri, KARD telah memenangi anugerah artis berkumpulan baharu terbaik (Best Rookie) di Asia Artist Award, serta anugerah berkumpulan baharu terhangat (Hottest Rookie) di CJ E&M America Awards. KARD telah menjelajahi lebih 17 negara di mana setiap persembahan mereka habis terjual di serata dunia antaranya Amerika Utara dan Selatan, Eropah serta Australia. Antara single KARD yang berjaya menakluki tempat pertama di carta utama iTunes untuk 13 negara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Australia dan Amerika Syarikat adalah ‘Oh Nana’, ‘Don't Recall’, dan 'Rumour’. Lebih menarik lagi, “Hola Hola" telah menduduki tempat ketiga di carta Billboard World Album walaupun baru seminggu dilancarkan pada tahun lalu.
Sidang media bagi memperkenalkan kumpulan K-POP "KARD" kepada media
Menariknya di Lazada 11.11 Super Show malam ini, penonton di arena dan di rumah turut berpeluang untuk memenangi kereta Volkswagen Beetle 1.2 TSI menerusi panggilan video yang akan dibuat oleh artis kegemaran mereka melalui permainan secara langsung di aplikasi Lazada ketika program ini berlangsung. Kepada peminat muzik K-Pop, jangan lupa untuk saksikan persembahan KARD secara langsung di Lazada 11.11 Super Show malam ini! Acara ini juga boleh disaksikan secara strim langsung berdefinisi tinggi di Youtube TV3 Malaysia serta aplikasi Lazada. Acara karpet merah pula akan bersiaran secara langsung di saluran nty/7. Acara ini juga boleh ditonton secara strim langsung berdefinisi tinggi di YouTube ntv7malaysia Kunjungi www.lazada.com.my dan laman media sosialnya untuk mendapatkan maklumat Festival Beli-Belah Lazada 11.11! Layari juga laman sesawang www.xtra.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Lazada 11.11 Super Show ini . Gunakan tanda pagar #MYLazada1111 untuk menghangakan perbualan di laman media sosial anda.