ZOEY RAHMAN DAN APRENA MANROSE BAKAL MUNCUL DALAM FILEM KOMEDI AKSI 'AWANG GERUDI'
Setelah agak lama tidak menerbitkan filem, KIRAWANG SDN. BHD. kini mempertaruhkan sebuah filem terbaru bertajuk AWANG GERUDI. Filem bergenre komedi aksi yang akan menemui penonton di pawagam pada 27 Disember 2018 ini mendapat sentuhan pengarah berpengalaman, Zek Lokman.
Untuk filem ini, Zek Lokman telah menggabungkan barisan pelakon muda dan pelakon berpengalaman seperti Zoey Rahman, Ika Nabila, Aprena Manrose, Mustapha Kamal, Abon, Accapan, Rashidah Jaafar dan Dato’ T.S. Jeffry.
Filem ini digarap dengan jalan cerita menarik dan tersendiri serta memiliki gabungan aksi dan komedi ringan yang sesuai ditonton seisi keluarga. Filem yang akan diedarkan oleh EMPIRE SOLUTIONS SDN.BHD. ini diharapkan dapat menyajikan yang terbaik bagi peminat filem Melayu di negara kita.
Bahasa: Melayu Sarikata: Tiada Klasifikasi: P13 Tarikh Tayangan: 27 Disember 2018 Genre: Komedi/Aksi
Penerbit: KIRAWANG SDN. BHD. Pengedar: Empire Film Solution Pelakon: Aprena Manrose, Zoey Rahman, Ika Nabila, Mustapha Kamal, Abon, Accapan, Rashidah Jaafar dan Dato’ T.S. Jeffry Pengarah: Z. Lokman Format: 2D
SINOPSIS
Dalam kilang makanan halal, Awang dipanggil oleh bosnya En. Tapa kerana salah laku dalam mengutip hutang. Awang telah memukul Pak Mahmud hingga terseliuh leher. Awang dibuang kerja. Tetapi Eda, anak gadis En. Tapa merayu pada ayahnya supaya menarik balik surat berhenti Awang. Rayuan Eda diterima.
Ibu Awang yang telah menjanda ada menyimpan barang antik berharga iaitu Gerudi Emas. Sebilah lagi dibawa pergi oleh ayah Awang entah ke mana. Gerudi Emas tidak boleh dijual kerana barang warisan yang tidak ada surat ‘bon’.
Percintaan Awang dan Eda berjalan lancar. Ina Inul datang mengganggu dengan dendamnya kerana Awang pernah memukul gerudi pada ayahnya Pak Mahmud dan pengikutnya yang juga aktif dalam aktiviti pengedaran dadah. Ina Inul yang pakar dalam tarian gerudi berdepan dengan Awang Gerudi yang kesudahannya membawa bencana kepada keluarga Ina Inul.
Awang dan Eda dihantar oleh En. Tapa ke Lumut untuk membeli kilang makanan Tuan Amran yang terbengkalai. Awang mula menyiasat latar belakang kilang dan Tuan Amran. Didapati Tuan Amran seorang yang licik dalam mengendalikan kerja-kerja haram.
Dia juga mempunyai Gerudi Emas. Sesudah diselidik tahulah Awang yang Gerudi Emas itu kepunyaan arwah ayahnya yang mati dibunuh oleh Tuan Amran. Berjayakah Awang menuntut bela atas kematian ayahnya? Apakah kedua-dua Gerudi Emas dapat disatukan?