top of page

AIRASIA X LANCAR LALUAN PENERBANGAN BAHARU, HUBUNGKAN KUALA LUMPUR-FUKUOKA EMPAT KALI SEMINGGU


Tambang termasuk semua ahli dari serendah RM199* sehala tersedia untuk tempahan dari 30 November hingga 9 Disember 2018


AirAsia X hari ini mengumumkan penerbangan terus baharu eksklusif menghubungkan Kuala Lumpur dengan Fukuoka, Jepun. Perkhidmatan empat kali seminggu ini akan mula beroperasi pada 28 Februari 2019, menjadikan destinasi kelima syarikat penerbangan tersebut ke Jepun dan yang keempat dari Kuala Lumpur, memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia- Jepun menerusi pembangunan sektor perdagangan dan pelanconngan tempatan.


Tambang termasuk semua bersempena pelancaran ini adalah bermula dari RM199* sehala bagi tempat duduk biasa dan RM799* bagi tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah dan tersedia untuk tempahan di laman airasia.com bermula 30 November (0001 GMT+8) hingga 9 Disember 2018 bagi perjalanan antara 28 Februari 2019 dan 28 Oktober 2019.


Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail berkata, “Tidak berapa lama lagi Kuala Lumpur akan dihubungkan terus dengan Fukuoka buat pertama kalinya dengan perkhidmatan empat kali seminggu dan tambah rendah bermula RM199* kami. Ini adalah usaha dalam melunaskan janji kami untuk menghubungkan dunia dengan pasaran baharu pada nilai yang hebat.”


“Dengan lebih enam juta para tetamu yang telah terbang bersama kami ke negara tersebut sejak memulakan operasi pada tahun 2010, Jepun kekal pasaran yang amat penting buat kami. Kami sangat teruja untuk memulakan laluan ini pada awal tahun hadapan yang mana akan memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun dan pada masa yang sama menghubungkan dunia dengan Fukuoka melalui rangkaian terluas kami di rantau ini,” tambah Benyamin


Duta Besar Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dr. Makio Miyagawa berkata, “Tahniah kepada AirAsia X atas pelancaran laluan unik ke Fukuoka, Jepun. Kami berbesar hati dengan usaha AirAsia X dalam usaha memperkukuh hubungan baik antara Jepun dan Malaysia. Fukuoka dan bandar sekitarnya terkenal dengan pemandangan indah dan sajian yang enak dan kami menjemput semua untuk melawat dan menikmati pelbagai tarikan pelancongan di daerah ini.”

AirAsia X terbang ke Tokyo, Osaka, dan Sapporo dari Kuala Lumpur, dan juga pernebangan harian antara Osaka dan Honolulu, Hawaii. Secara kumpulan, AirAsia X menghubungkan Jepun dari lapan bandar termasuk laluan Taipei - Osaka yang diumumkan baru-baru ini; sementara AirAsia Jepun mempunyai operasi yang berpangkalan di Nagoya dengan satu laluan domestik ke Sapporo.


Fukuoka mempunyai banyak monumen bersejarah seperti Dazaifu Tenmangu shrine dan Istana Fukuoka yang terletak seiring dengan pusat pembangunan moden dan perindustrian. Para pengunjung boleh menikmati persisiran pantai indah di semenanjung Itoshima yang sesuai bagi mereka yang ingin menikmati aktiviti santai dan sukan air terutama pada musim panas. Tarikan lain termasuk taman Kawachi Fuji-en di Kitakyushu, terusan Yanagawa dan bandar Hakata yang menganjurkan dua festival besar-besaran setiap tahun, Hakata Dontaku dan Hakata Gion Yamakasa.


Sajian istimewa Kyushu termasuk makanan laut bertaraf dunia, yakitori dan sup panas motsunabe yang enak di nikmati semasa musim sejuk. Peminat Hidangan mee ramen perlu mengambil peluang menikmati Ramen Hakata istimewa yang dikatakan terbaik di Jepun dan dijual di gerai-gerai tempatan atau dikenali sebagai Yatai yang terdapat di merata sudut bandar ini.


Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page