DUTA ZERO SHAHROL SHIRO RAI ULANGTAHUN KE 8 ZERO HEALTHCARE BERSAMA PEMINAT DI JB
Pelawak Popular Shahrol Shiro turun ke Angsana Mall, Johor Bahru baru-baru ini bagi program ‘Meet Zero with Shahrol Shiro’ bertemu dengan peminat beliau di JB bersempena Ulangtahun ke 8 Zero Healthcare.
Selain meraikan Ulangtahun ke 8 Zero Healthcare, acara ini juga ingin memperkenalkan Shahrol Shiro secara rasmi sebagai Duta Zero dan bersama-sama berkongsi pengalamannya menggunakan produk-produk Zero.
''.....mula-mula mendapat tawaran sebagai Duta Zero Healthcare, saya google dan kemudian saya dapatkan info mengenai produk serta pergi sendiri ke showroom Zero seterusnya guna produk tersebut dan merasakan produk Zero setanding malahan lebih hebat daripada produk-produk lain di pasaran dari segi kualiti, apa yang ditawarkan kepada pelanggan dan ianya sangat berbaloi.....'' Kata Duta Zero Shahrol Shiro, beliau ditemui oleh MB ketika di acara tersebut.
Duta Zero, Shahrol Shiro bersama Encik Terry Tham, Pengarah Eksekutif Zero Healthcare merasmikan majlis pelancaran produk terbaru syarikat itu Ucare
Selain menjadi Duta Zero ketika ini beliau sedang sibuk saban minggu berentap bersama-sama kumpulan Shiro di pentas Maharaja Lawak Mega 2018. Zero juga antara penaja bagi program tersebut.
Pelbagai aktiviti dan acara promosi produk Zero ini telah diadakan selama 9 hari bermula 1 Disember hingga 9 Disember 2018 di kompleks beli-belah Angsana Johor Bahru. Produk yang dilancarkan adalah merupakan kerusi urut rawatan teknologi terkini daripada Korea ZERO iaitu Ucare dengan Harga promosi sekitar RM10,000. Selain itu produk lain turut dipamerkan seperti peralatan gym iaitu treadmill, basikal gym dan sebagainya.
Kerusi urut uCare adalah produk yang istimewa bukan sahaja boleh mengurut tetapi boleh merawat dimana ia direka secara Fully Auto Censor iaitu dapat menentukan posisi badan yang mengambil kira aspek tinggi dan berat seseorang. Ia juga mempunyai fungsi yoga yang dapat menjadi elemen terapi kepada pengguna.
Di samping itu aktiviti-aktiviti seperti cabutan bertuah, happy hour, kuiz, hadiah-hadiah percuma dan lain-lain turut diadakan bersama para pengunjung.
Encik Terry Tham, selaku Pengarah Eksekutif Zero memberitahu jenama Zero ingin membina masyarakat tanpa penyakit (Zero-Illness) dan masyarakat tanpa tekanan (Zero-Stress) melalui produk-produk Zero yang boleh membawa kesejahteraan dan kesihatan kepada orang ramai.
Zero Health care telah beroperasi sejak 8 tahun lalu telah mempunyai 40 cawangan bermula di Sabah dan seluruh Malaysia.
'..kami merancang akan memasarkan produk Zero di negara Brunei pada pertengahan tahun 2019..' Ujar Encik Terry Tham, Pengarah Eksekutif Zero Healthcare.
Menurut beliau lagi, Zero akan mengadakan tawaran istimewa sempena jualan musim perayaan hari krismas nanti.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk Zero bolehlah melayari laman sesawang Zero di www.zerohealthcare.com dan Facebook Zero Healthcare atau careline 1300-800-600. MYBUZZ!