TIDUR LEBIH LENA DENGAN RANGKAIAN SPA CEYLON LUXURY AYURVEDA
Ayurveda merupakan satu kaedah sistem penyembuhan secara holistik yang tertua didunia. Ianya tidak ada sebarang kaitan rapat dengan agama atau bangsa tertentu seperti yang sering dianggap oleh masyarakat hari ini. Perkataan 'Ayurveda' itu berasal Sanskrit. Ayur bererti kehidupan sementara Veda pula membawa maksud ilmu pengetahuan atau sains.
Ayurveda merupakan pendekatan secara holistik yang merawat akar penyebab sesuatu penyakit di dalam badan dan minda. Sama seperti ubat-ubatan dalam kaedah perubatan moden hari ini, Ayurveda adalah sistem penyembuhan secara holistik yang patut diamalkan oleh sesiapa sahaja demi memastikan tahap kesihatan mereka terjamin baik dari dalam mahupun luaran juga termasuk dalam soal penampilan diri dan kecantikan.
Konsep asas Ayurveda yang perlu difahami adalah setiap ciptaan semulajadi dihasilkan daripada lima elemen asas iaitu tanah, air, api, udara dan ruang. Rawatan Ayurveda dibebaskan berdasarkan corak rekabentuk tenaga atau lebih dikenali dengan istilah 'Dosha' yang dimiliki oleh setiap individu. 'Dosha' setiap individu adalah berbeza dan dibahagikan kepada tiga (3) kumpulan utama iaitu Vatha, Pitha dan Kapha. Ketiga- tiga elemen ini wujud dalam pelbagai tahap di dalam diri kita dan melalui keseimbangan ketiga-tiga elemen Dosha ini, kesejahteraan fizikal dan mental seseorang indivitu itu dapat ditentukan.
5 elemen asas Ayurveda yang terdiri dari udara, ruang, api,air dan tanah dibahagi kepada 3 corak tenaga utama, dikenali dengan istilah Dosha yang wujud dalam setiap peringkat diri setiap individu
RASAI NIKMAT TIDUR LENA DAN BERKUALITI
Dengan tekanan yang dihadapi sepanjang hari di pejabat, pastinya kita memerlukan waktu rehat yang cukup serta tenang tanpa sebarang gangguan sewaktu berada dirumah. Tidur yang cukup dapat mengembalikan semula aura dan tenaga yang hilang sewaktu bekerja di siang harinya. Rangkaian Spa Ceylon Sleep Intense dapat membantu anda untuk mendapatkan tidur yang lena setiap malam.
Rangkaian produk-produk ini merupakan gabungan herba Ayurveda yang menyegarkan dan menyejukkan bersama minyak pati yang kuat bagi menggalakkan corak tidur yang nyenyak.
Aroma Neroli Blossom yang menyegarkan dapat membantu melegakan tekanan harian lalu melegakan tubuh untuk bersedia tidur. Sementara itu aroma Ylang Ylang yang eksotik dapat menenagkan minda dan badan. Aroma Lavender oriental pula sememangnya telah diketahui khasiatnya dalam membantu menenangkan deria dan menolong tidur yang lena dan tenang.
Sementara itu, Fresh Organic Aloe Vera membantu menghidratkan kulit dan Witch Hazel pula membantu mempertingkatkankesihatan kulit secara keseluruhan.
SLEEP INTENSE - DREAM ESSENCE MIST
Cara Penggunaan:
Sembur ke seluruh tubuh, bantal dan cadar. Untuk kesan yang optimum, lakukannya selepas mandi dan sebelum tidur.
SLEEP INTENSE - DREAM BALM
Cara Penggunaan:
Sapukan balm secara perlahan-lahan pada bahagian belakang telinga, belakang leher serta pergelangan tangan. Untuk kesan optimum, sapu sebelum tidur
SLEEP INTENSE - SOOTHING BODY ELIXIR
Cara Penggunaan:
Letakkan dan gosok pada tapak tangan dan untuk mengaktifkan aroma pati herba. Rapatkan tapak tangan pada bahagian muka. Hirup aroma yang terhasil secara perlahan dan tenang. Sapukan pada tangan dan keseluruhan badan. Urut hingga meresap ke bawah kukit. Untuk kesan optimum, sapu selepas mandi atau 15 minit sebelum tidur.
Spa Ceylon Luxury Ayurveda menghasilkan lebih daripada 450 produk penjagaan diri, kesihatan dan wangian rumah semulajadi berinspirasikan Ayurveda. Kira-kira 250 produk boleh didapati di Spa Ceylon Malaysia. Produk lengkap ini terdiri daripada rangkaian penjagaan kulit berprestij, badan, mandian, persediaanrawatan kulit kepala dan rambut, minyak, balm, campuran aroma rumah, lilin, kemenyan , teh dan banyak lagi.
Diformulasikan hanya daripada bahan-bahan semulajadi serta asli, produk Spa Ceylon kaya dengan herba bermanafaat Ayurveda seperti minyak pati, mineral semulajadi berharga, minyak kelapa dara yang terbaik didunia, garam laut serta herba terbaik di Ceylon.
TENTANG SPA CEYLON
Spa Ceylon Malaysia ditubuhkan pada tahun 2015 dan kini telah mempunyai 5 cawangan di Malaysia. Berasal dari kepulauan Sri Lanka yang turut dikenali sebagai Ceylon - kepulauan titisan air mata Lautan Hindi yang diiktiraf sebagai kepulauan eksotik yang kaya dengan keindahan semulajadi.
Spa Ceylon menggabungkan kebijaksanaan Ayurveda, bahan semulajadi yang halus serta reka bentuk kontemporari untuk melahirkan suatu interpretasi paling mewah tentang Ayurveda untuk kesihatan, kesejahteraan & bersantai.
Rangkaian produk Spa Ceylon termasuk minyak rawatan, balm urut, minyak urut dan mandian, minyak pati, sabun pembersihan, sabun pengelupasan, gel mandi, scrub badan, detox, mandian susu, losyen badan, balm pelembab badan, body mist, balm penenang, produk penjagaan kaki dan kompres herba.
Rangkaian Spa Ceylon yang membariskan kemewahan Ayurveda adalah merupakan hasil kepakaran hampir 50 tahun dalam bidang produk kesihatan & kecantikan semula jadi dari perintis dalam perawatan kecantikan Ayurveda moden di Sri Lanka.
Produk-produk SPA CEYLON diformulasikan dari bahan-bahan semulajadi asli serta kaya dengan herba bermanafaat dan penuh dengan nilai perubatan Ayurveda, minyak pati yang diperkaya dengan mineral semulajadi seperti minyak kelapa dara, garam laut serta herba terbaik Sri Lanka.
Objektif utama Spa Ceylon adalah untuk menawarkan gaya hidup yang memuaskan dan kesihatan semulajadi kepada setiap pengguna, Spa Ceylon menawarkan perkhidmatan Ayurveda berkualiti tinggi melalui reka bentuk, inovasi, kakitangan runcit profesional dan pengedar di seluruh dunia. Klik!
Cawangan Spa Ceylon Malaysia:
1. Lot LG.12, NU Sentral, KL Sentral
2. KLIA1 - Lot SATP Fo6, Satelite Building, 1/0 No.104-Do66
3. KLIA2 - Gateaway@klia2-L2-89
4. G2-60A, Publika Shopping Gallery
5. LG86 Mid Valley, Kuala Lumpur (akan dibuka 2019)
HQ:
11-1-10 Jln 5/109F Danau Business Centre, Taman Danau Desa KL
Tel:03-7972 2666/266 Hotline : 017 318 0072
Facebook: Spa Ceylon Malaysia
Instagram : @spaceylonmalaysia