REPLIKA PERAHU LAYAR EMAS MERIAHKAN SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI SUNGEI WANG
![](https://static.wixstatic.com/media/50a2d9_bea9669e18624c4581e54710d8f23b2e~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_735,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/50a2d9_bea9669e18624c4581e54710d8f23b2e~mv2.jpg)
Pusat membeli-belah ikonik , Sungei Wang, baru baru ini telah melancarkan kempen beli-belah bersempena sambutan Tahun Baru Cina 2019 dengan tema 'Berkat Kemakmuran' dengan gimik 'Pelayaran Menuju Musim Bunga'. Kempen sambutan yang bermula sejak 5 Januari akan berlansung sehingga 11 Januari 2019.
Untuk tahun ini, pihak pengurusan Sungei Wang menampilkan binaan replika besar perahu layar emas di ruang pentas tengah pusat membeli belah tersebut yang turut dilengkapi dengan layar besar yang diperbuat dari fabrik yang dijahit menggunakan teknik jahitan tampal sebagai salah satu elemen dekorasi utama yang membawa maksud keberkatan dari keluarga, orang atau individu yang berlainan. Selain dari itu , sebuah tanglung raksasa yang dikelilingi dengan deretan tanglung mini tergantung indah yang membawa maksud nasib baik kepada pengunjung yang membeli-belah di sana.
Diilhamkan dari sebuah pelabuhan purba di China, para pengunjung boleh berjalan kaki ke "Dewan Pasar Kemakmuran" yang terdapat di dalam Sungei Wang untuk membeli-belah dan meneroka pelbagai kedai yang menyediakan hidangan dan produk-produk mewah seperti dekorasi hiasan dalam rumah, hamper dan kostum tradisional Cina yang sempurna untuk musim perayaan Tahun Baru Cina.
![](https://static.wixstatic.com/media/50a2d9_36e0e631c64143eab6fda5db9b814649~mv2_d_4032_3024_s_4_2.jpg/v1/fill/w_980,h_735,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/50a2d9_36e0e631c64143eab6fda5db9b814649~mv2_d_4032_3024_s_4_2.jpg)
"Tahun Baru Lunar adalah perayaan terbesar bagi etnik Cina. Pada tahun ini, Sungei Wang membawakan "Sungai Emas" kepada penunjung yang membawa maksud limpahan kemakmuran. Pengunjung dialu-alukan untuk menaiki ke atas perahu layar emas berukuran emas dan merasai pengalaman seperti seorang nakhoda . Selain itu, kami juga menambah layar yang diperbuat dari fabrik teknik jahit tampal sebagai salah satu unsur utama bari hiasan tahun ini, dan berharap agar dapat mengenang dan mewariskan warisan ini kepada generasi akan datang ", kata Encik Abdul Hadi, Pemangku Pengurus Kompleks Sungei Wang.
Gimik pelancaran 'The Grand Blessings of Prosperity' pada hari tersebut dimulakan dengan persembahan tarian singa akrobatik yang menakjubkan oleh kumpulan tarian singa Kwong Ngai Lion Dance yang merupakan pemenang anugerah tarian singa antarabangsa.
Majlis diteruskan dengan tayangan video 'Sungei Wang CNY Charity Initiative' mengenai lawatan pihak pengurusan Sungei Wang ke Pusat Penjagaan Siri Jayanti Metta, yang merupakan sebuah pusat penjagaan serta rumah warga emas yang terletak di Setapak. Wakil dari Persatuan Pedagang Sungei Wang Plaza hadir untuk beramah mesra dengan warga emas yang turut sama dalam lawatan tersebut. Manakala pihak SCCA pula memberikan sesi potongan rambut percuma kepada warga emas tersebut bagi mengalu-alukan kehadiran Tahun Baru Cina tidak lama lagi. Kesemua warga emas tersebut kemudiannya dihiburkan dengan pertunjukan tarian singa serta penampilan khas 'Tuhan Kemakmuran'. Lawatan ke pusat penjagaan tersebut idiakhiri dengan sesi menggaul 'Yee Sang .
Sekitar majlis pelancaran kempen beli belah 'Blessings of Prosperity' bersempena sambutan Tahun Baru Cina
Pelancaran pada hari tersebut telah dirasmikan oleh Encik Lee Bing Hang (Setiausaha YB Fong Kui Lun, Ahli Parlimen Bukit Bintang), Cik Yuen May Chee (Pengurus Hartanah Sungei Wang) dan Encik Abdul Hadi (Pengurus Kompleks Sungei Wang) dengan gimik melepaskan layar kapal dibahagian anjung kapal layar sebagai simbolik bagi memastikan perjalanan menuju tahun baharu yang riang dan lancar. Selepas itu, majlis diteruskan dengan sesi menggaul Yee Sang beramai-ramai yang membawa simbol kepada keberkatan kekayaan dan kemakmuran yang baik untuk memulakan tahun ini. Majlis pelancaran pada hari itu diakhiri dengan persembahan tarian istimewa Tahun Baru Cina.
Untuk mengetahui aktiviti-aktiviti menarik serta promosi yang disediakan oleh pihak pengurusan pusat membeli-belah Sungei Wang bersempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini , sila lawati www.sungeiwang.com atau di platform media sosial Facebook, di www.facebook.com/sungeiwangplaza.